Tidak seperti tahun lepas, mahu ke tempat praktikal perlu berbasikal hampir 20 minit. Bukan tiada lesen memandu.. Tetapi terpaksa patuh larangan ibu yang tidak membenarkan penulis memandu van yang tersadai disebelah rumah itu. Tahun ini lebih bernasib baik kerana adik sudah punya lesen memandu. Jadi; ada drebar! Tetapi untuk beberapa hari sahaja. Selebih harinya, penulis memandu sendiri atau berjalan kaki sahaja.. (sekali sahaja berjalan, lepas tu serik.. rasa macam nak tercabut sendi kaki. sebab penulis ada sejarah kemalangan terseliuh kedua-dua pergelangan kaki.. banyak kali tau.. penangan budak buas).
Ok itu bukan kisah mencabar. Itu cuma kisah biasa sahaja. Ini kisah yang sebenar penulis mahu berkongsi.
Mudah sahaja penulis mendapat tempat untuk belajar di kedai farmasi pilihan penulis itu. Walaupun pada mulanya, dia tidak mahu menerima. Katanya mahu melakukan sedikit ubahsuai kedai. Jadi tak sesuai kalau nak datang. Selain dari alasan ahli farmasi tersebut kerana dia telah mengambil pelajar dari universiti lain..
Entah macam mana penulis buat kecek dengan ahli farmasi tersebut akhirnya dia bersetuju untuk menerima penulis.. Jadi, bermulalah latihan penulis sebagai pelajar di kedai farmasi tersebut.
Ok pendek cerita. Penulis pun berkenalanlah dengan staff yang ada di kedai. Ada dua orang. Seorang melayu dan seorang cina.. Promoter pulak ada banyak. Promoter ni biasanya wakil syarikat yang akan mempromosi barang-barang edaran syarikatnya kepada pelanggan dan pembeli yang datang/singgah ke kedai farmasi. Ramai sungguh promoter.. Ada dalam 4 orang yang penulis kenal. Semuanya cina. Kehadiran promoter bergantung kepada kehendak ahli farmasi di premis masing-masing. Sesetengah ahli farmasi tidak inginkan kehadiran mereka atas alasan tertentu.
Baiklah.. Antara ramai-ramai yang penulis kenal tu, mestilah yang melayu itu yang rapat dengan penulis.. Katanya sebelum ini tiada pelajar melayu yang diterima masuk sebagai pelajar ke kedai farmasi tersebut. TERKEZOT lah penulis..
Sebenarnya melayu ke cina ke bagi penulis tak penting sangat, tapi yang membimbangkan sikit.. Pelajar ISLAM yang pertama. Maksudnya, penulis akan membina reputasi pertama mengenai pelajar farmasi MELAYU ISLAM di kedai tersebut. Bukannya apa. Penulis ni bukanlah pandai sangat.. Takde lah ingat segala ubat-ubat yang ada tu untuk kaunseling pelanggan dan pesakit yang datang.. Bila pelanggan datang mintak ubat pun terkial-kial juga penulis mencari ubat.. iyelah. Ubat bukannya satu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan