Ahad, 16 Mei 2010

Guru

Siapakah yang dapat menafikan peranan guru dalam hidup seseorang? Sudah tentu tiada. Hari ini penulis mahu bercerita tentang guru. Bukan ngumpat tau. Ini nak ucapkan TERIMA KASIH. Ha? apedia? tak faham? Owh sabarlah. Belum cerita lagi bagaimana mahu faham..

Semenjak penulis besar panjang, (eh tak lah panjang sangat pun, ramai lagi orang yang lebih ‘panjang’ hehe), penulis mula belajar menghargai guru. Yelah, masa kecik-kecik dulu rasa macam

“apalah cikgu-cikgu aku ni. Bagi homework banyak-banyak, nak cuti pun tak seronok”.

Masih segar dalam ingatan ketika darjah empat. Cuti 10 hari. Tetapi karangan BM yang perlu diselesaikan ada 11 tajuk (BM=Bahasa Melayu tau; nanti karang ade pulak yang terbaca baitul Muslim..qua-qua). Bayangkan? Darjah empat.. Itu belum dikira kerja sekolah matematik lagi. Berlambak betul. Lengah tangan menulis karangan.

Pernah suatu masa dahulu penulis kene tarik telinga dengan cikgu sebab tidak siap kerja sekolah matematik. Sakit ooo. Kene pulas cuping telinga. Siapa yang pernah jadi nakal tu mesti tahu punya rasa macam mana. Bukan tak nak buat.. Maksud penulis; bukan tak nak buat kerja sekolah. Tapi tak ingat! (Itulah, balik rumah asyik ingat nak main je, mane lah ade ruang ingatan untuk buat kerja sekolah kan?)

Mak penulis selalu tanya:
ade kerja sekolah?
penulis jawab dengan selambe je
“tak dop”.
Esok disekolah cikgu minta hantar buku, barulah teringat!.
EH dah lencong pulak dahhh.

Baik kembali ke tajuk asal. GURU. Ada orang panggil, cikgu, mu’allim, murrabbi, ustaz dan macam-macam perkataan lagi lah. Bagi penulis, panggil apa pun tidak lah menjadi isu besar selagi cikgu-cikgu suka mereka dipanggil sedemikian. Yang penulis kesah adalah cikgu-cikgu yang berperanan sebagai PENDIDIK. Walaupun anak muridnya sudah besar panjang atau besar tapi tak panjang-panjang (tak kesahlah mana-mana), cikgu-cikgu tidak lupa untuk MENDIDIK. Yelah bila dah besar panjang, ramai cikgu suka cakap

“kamu ni dah besar panjang, pandailah kamu jaga diri”..

Ha’a, kan? Dah besar panjang. Tapi perangai tak macam dah besar panjang pun. Sebab itulah masih jadi anak murid.

Kadang-kadang cikgu tak pernah bosan ingatkan perkara yang sama dalam kelas. Walaupun bukan cikgu tak tahu dah berkali-kali dia ingatkan anak murid dia. Tapi kita ini asyik lupa saja. Kadang-kadang, cikgu bercakap sorang-sorang di depan, anak murid tidur nyenyak di belakang. Entah-entah cikgu kita lebih sibuk dari kita tapi KITA TAK TAHU. ingat kerja kita, letih kita saja.

Kadang-kadang tu, cikgu bercakap sampai hilang suara mengajar kita. Tanya kita faham ke tak? Kita jawab fahammm. Tapi bila dalam periksa; jawab soalan pun tah hapa-hapa tah yang di tulisnya.. Walaupun kita jawab tah hapa-hapa, cikgu tak marah. Siap betulkan lagi apa-apa yang tidak kena dan di mana yang tersalah.. cikgu tetap bagi semangat..

Walaupun cikgu marah kita tidak berdisiplin, cikgu tetap tersenyum menegur kita.. Mana nak cari cikgu macam ni sekarang?? TERIMA KASIH cikgu. Cikgu tegur, kita sakit hati, buat keras hati, buat tak faham cikgu cakap apa.. Sampai bila kita nak jadi orang tidak berapa faham bahasa..

Tiada ulasan:

Entri terkenal