Selasa, 29 Jun 2010

Tulisan tidak berkualiti


Apalah mutiara bd ni, tulis macam tu. Tak berkualiti langsung bahasanya. Apatah lagi gaya bahasanya yang tunggang langgang.

Ini memang komen dari-dulu-hingga sekarang mutiara bd dapat. Tak pernah berubah. Komen yang sama. Dan mutiara bd tak pernah jugak ubah bahasa serta gaya bahasa yang mutiara bd gunakan untuk blognya (tak tahulah kenapa degil sangat).

Sebenarnya, segala gaya bahasa dan perbendaharaan kata yang digunakan penulis untuk blog ini telah dirancang dari awal penerbitan blog. Ia memang dilatari konsep bahasa yang tah hapa-hapa bagi pencinta Bahasa Melayu; tapi bagi penulis, ia adalah bahasa ‘santai-santai’. (Tapi kalau ada penggunaan gaya bahasa yang tidak sopan, silalah tegur. Itu bukan termasuk dalam senarai gaya bahasa baik untuk mengajak manusia pada kebaikan).

Penulis akui, penulisan di blog ini bukanlah bagus sangat pun jika dibandingkan dengan penulis-penulis ternama lain. Ia sekadar melorongkan kawan-kawan pembaca supaya terbit bibit rasa untuk lebih mengenali Islam, lebih cenderung pada Allah dan Rasul-Nya. Menjadikan mutiarajannah sebagai sumber rujukan utama dalam memahami ajaran Islam adalah agak tidak sesuai..

Mutiara bd bukan pelajar jurusan agama, bukan ustazah berkaliber dan yang lebih penting hanya bersekolah agama selama 3 tahun sahaja.

Ingat; mutiarajannah hanyalah booster/pelonjak supaya kawan-kawan pembaca lebih teringin kepada Islam. Itu matlamat dan visi utama mutiara bd menulis.

Perbezaan personaliti antara kita adalah umpama pelangi, jika pelangi hanya punya satu warna maka hilanglah keindahannya. Hargailah teman sekeliling walauapa jua personaliti
Entri ini adalah sebagai peringatan kepada penulis, bahawasanya menulis walaupun santai perlulah bermatlamat dan matlamat itu hendaklah membawa keuntungan akhirat. Sekian jumpa lagi di lain entri.
Allah tidak membebankan lebih dari yang hamba-Nya mampu.

Tiada ulasan:

Entri terkenal