Rabu, 30 Jun 2010

Wahai kawan-kawan mari dengar cerita


Hai kawan-kawan, hari ini penulis mahu berkongsi cerita. Cerita betul punya.

PAda suatu malam, penulis telah diajak untuk ke satu program.. Memang teruja mahu menghadirkan diri kerana orang yang bakal memberi pengisian bukan calang-calang orang. Dr Hafidzi. Dr Hafidzi banyak menulis buku-buku fakta mengenai Palestin selain dari membongkar fakta-fakta sejarah Islam yang disorok oleh orang-orang berkepentingan. (Pastinya Dr Hafidzi tidak mengenali penulislah).

30 minit menunggu kedatangan Dr Hafidzi. Akhirnya sampai, setelah selesai beliau memberikan pengisian di satu bahagian lain Pulau Pinang..
Pulau Mutiara yang tak berapa nak mutiara

Ada banyak perkara yang dikupas oleh beliau. Tapi bukan semua mahu penulis tuliskan.

Antara perkara yang dikupas:

Seruan kita pada manusia adalah untuk kembali pada Allah. Item atau barang yang kita gunakan adalah Islam dan ia bersifat alami(universal).

Demi melaksanakan misi menyeru manusia pada Allah, hendaklah kita ikhlas. Dan tidak perlu menyatakan dengan mulut “Aku ikhlas ni”. Ikhlas itu urusan peribadi antara Pencipta dan hamba-Nya.

Gambar hiasan supaya tidak bosan (adik dah membebel: kaklong selalu bubuh gambar takde kaitan)
Dalam banyak-banyak cerita yang Dr Hafidzi cerita, penulis sangat terkesan dengan cerita dibawah: (sudah ditulis mengikut gaya bahasa penulis)

SAudara Norazaman, ketua misi LL4G menceritakan pada Dr Hafidzi: Apabila syahidnya 6 orang dikalangan mereka; yang berada diatas Mavi Marmara, Saudara Norazaman cuba ‘flashback’ apakah ciri yang ketara yang ada pada para syahid tersebut (yang mungkin tidak ada pada orang lain).

Dua ciri tersebut:
orang-orang yang suka berkhidmat dan sentiasa bermanis muka.. Semasa orang lain sibuk berbual dan berkongsi cerita dan tazkirah, mereka ini sibuk melakukan kerja dapur dan menghidangkan makanan pada anak kapal lain..

Jika mahu dinilai, kecil sahaja amal baik yang mereka lakukan. Melakukan kerja dapur dan bermanis muka. Tetapi mereka ini yang dipilih Allah untuk menjadi syahid. Subhanallah..

Kata Dr Hafidzi, “Ana tak heran dengar semua cerita hebat-hebat disebarkan, tapi bila ana dengar cerita ini, mengalir air mata ana”..

Iya kawan-kawan, lakukanlah seruan pada Allah seikhlas yang boleh. Walaupun kita bukan sesiapa dimata manusia (kadang-kadang kita dianggap pemberontak dan pengacau), tetapi insya Allah, kita akan menjadi ‘seseorang’ disisi Allah. Itu cita-cita kita. Syahid itu cita tertinggi kami.. Allahu akbar!.

Tiada ulasan:

Entri terkenal