Selasa, 22 Jun 2010

Tak tahu malu ke?

Terhegeh-hegeh. Orang tak cari dia pun dia datang cari orang. Itulah terhegeh-hegeh. Dia kawan dengan aku dulu, bukan aku kawan dengan dia.. Jadi dialah yang muka kobis. Tetiba datang nak berkawan dengan orang, muka tak malu.

Huh dahsyat sungguh mentaliti kita ni kan? Hina sungguh ke orang lain datang memulakan taaruf? Atau jelik sangatkah orang yang menamatkan pergaduhan panjang dengan memulakan senyuman dan sangka baik? Hmm, itulah mentaliti tak kena..

Kita rasa kita mulia sangat orang lain datang kawan dengan kita? Kita rasa kita diminati kerana semua orang cari kita?? Mungkin kita perlu banyak-banyak beristighfar.. Ini adalah salah satu cara syaitan mengenakan kita.


Apabila seseorang memulakan sesuatu kebaikan, dia akan dapat lebih pahala berbanding orang yang kemudiannya. Sebab dia PENCETUS untuk orang lain melakukan perkara kebaikan.

Misalnya, apabila bertemu seorang saudara seislam, kita berikan salam pada dia.. Orang yang memberi salam itu akan mendapat lebih pahala dari orang yang menjawab salam. Sebab tu kalau orang bagi salam "Assalamualaikum" kita kena jawab "waalaikumussalamwarahmatullah". Tak boleh "waalaikumussalam" saja, tak cukup..

Oh, tak tahu ke.. Ok, tak pe sekarang sudah tahu.. Jadi, itulah contoh menunjukkan kemuliaan orang yang memulakan sesuatau kebaikan.

Usahlah kita merasa mulia kerana orang berlumba berbuat baik pada kita sedang kita tidak pernah berlumba berbuat baik pada orang.. Berlumba berbuat baik pada orang, kerana mahu keredhaan Allah. Mahukan redha Allah kerana melakukan sesuatu demi memakmurkan bumi sebagai Khalifah Allah.. Bukan berlumba berbuat baik pada orang kerana mahukan keredhaan orang tersebut atau sesiapa saja.

Dan yang lebih penting, usahlah kita merasa kita ini betul semua dan begitu penting sekali; apabila ada manusia yang sudi merendahkan hatinya untuk memohon kemaafan. Belum tentu orang yang memohon maaf itu sahaja yang bersalah.

Perjalanan hidup tanpa keimana pada akhirat akan jadi lebih teruk dari mengembara dalam hutan tanpa tujuan
Ingat, Allah Maha Tahu segala yang berlaku dan Allah Maha Adil dalam menentukan sesuatu. Jika kita merasa kita telah teraniaya di dunia; ingatlah akhirat masih ada sebagai MAHKAMAH membela manusia seadil-adilnya.

Tiada ulasan:

Entri terkenal