Selasa, 19 Julai 2011

Cerita hantu 5 [akhir]

Kita akhiri kisah hantu dengan DUA perkataan:

GHAZWATUL FIKR

Apakah ertinya? Peperangan fikiran.

Kita sedang memerangi fikiran yang telah diterapkan oleh musuh kita.. Siapakah musuh kita? Syaitan dan segala benda yang membawa kita kearah kebatilan.

Okaylah sebelum meneruskan bacaan. Adalah baik untuk kita tahu siapakah KITA ini? Sibuk-sibuk menerangkan siapakah musuh, entah-entah siapa kita pun belum jelas lagi..

Jadi..

Siapakah kita?? -sila jawab sendiri- jika merasakan anda tidak dapat menjawab, maka bolehlah membuat permintaan untuk penulis terangkan.

Apakah kaitan cerita hantu dan serangan pemikiran ini?

Betapa banyak kita disogokkan dengan cerita hantu. Pelbagai jenis hantu dan pelbagai edisi. dari timur hingga barat. Tidak terbilang banyaknya. Hingga kita menjadi sangat takut pada hantu. Seolah-olah hantulah yang berkuasa di bumi ini..

Mari kita bawa perhatian kearah yang berbeza sedikit. Jika selama ini sedang memandang terlalu ke kiri, pusingkan lah kepala anda ke kanan sedikit. Anda akan merasa sedikit lega di leher anda selain mata anda dapat melihat sesuatu yang lain dari biasa.

Lihatlah kembali pada ajaran Islam.. Perhatikan kembali cerita-cerita Allah dalam Al-Quran.. Kemanakah ketakutan itu perlu digunakan? Kepada hantukah? atau kepada hasil dari timbunan dosa-dosa kita?..

Pernah terfikirkah selama ini, bahawasanya, dosa-dosa kita itulah yang akan menjadikan hidup kita huru hara.. dosa-dosa kita itulah yang mengharu-biru-hijaukan segala urusan dunia dan akhirat kita.. dan Keangkuhan kita untuk menurut perintah Allah itulah yang menyebabkan kehancuran kita..

Tapi..
Adakah kita takut? usahkan takut, terlintas dalam otak kita yang canggeh itu pun tidak pernah, walaupun secepat kilat..

atau 
sebenarnya kita lebih takutkan hantu dari segala kesan dosa yang sedang menjalar dan merosakkan kehidupan kita.. Bahkan dosa itu bukan sahaja merosakkan kehidupan sekarang tetapi akan tetap bersifat begitu hingga hari akhirat kelak jika kita tidak bertaubat.

Ya..
Kita tidak pernah terfikir.. apatah lagi merasa takut.
[dalam mod yang sangat tak-tahu-nak-cakap-apa-dah]..

Fikiran kita telah diserang. Kita diajar takutkan hantu. Bertahun-tahun lamanya. Kita di selewengkan dari takut pada Allah kepada takut kepada hantu.. takut kepada orang-orang yang kita anggap seperti hantu.. Sedang hakikat yang sebenarnya, takut itu hanyalah pada Allah.. takutlah pada kesan MENDERHAKAI ALLAH..

ia bukan seringkas menyatakan "eh, aku TERbuat MAKSIAT pulak". Kita hanya akan sampai hati menyatakan ayat ini jika kita belum benar-benar TAKUT pada ALLAH.

Sekian.. 


Tiada ulasan:

Entri terkenal