Sabtu, 2 Julai 2011

Patutlah sabar itu sebahagian iman 2

Sabar. Tiada perkataan dalam bahasa lain yang boleh menterjemahkan perkataan ini.

Ia adalah keupayaan badan, perasaan, fikiran dan keseluruhan aspek manusia dalam menanggung sesuatu. Samada sesuatu itu kepayahan, kesakitan, kesenangan atau kenikmatan.

Yang kita selalu dengar:
"Keupayaan setiap orang berbeza-beza. Mereka akan melakukan mengikut kemampuan masing-masing"

Yang kita jarang dengar:
"Sabar tiada batas. Kerana pahalanya tiada had"

Keupayaan kita menanggung sesuatu bergantung kepada pelbagai faktor. Contohnya mengangkat beban berat. Faktor yang membolehkan kita mengangkat beban berat itu:
  • tangan
  • alat bantu
  • tenaga, makan ke tidak pada hari itu
  • fikiran yang bersedia untuk mengangkat beban
  • beban itu masih dalam kapasiti kita untuk diangkat
  • kehendak untuk mengangkat
Telah dikenali apa itu sabar secara ringkas. Maka apakah pula iman? Hari-hari cakap beriman dengan rukun iman. Entah ya entah tidak. Maksud iman pun tidak tahu, bagaimana mahu mengamalkannya.

Iman itu percaya. Percaya itu bagaimanakah.


"Saya percaya pada Allah. Saya percaya nama Allah yang 99 itu." Cukupkah dengan hanya dakwaan?

Walaupun telah menghafal nama-mana Allah, tetapi kita masih melakukan dosa ketika orang lain tidak melihat kita. Sedangkan Allah Maha Melihat..

Apa kita buat apabila kita PERCAYA API ITU MEMBAKAR? Kita sama sekali tidak berani meletakkan jari sewenang-wenangnya pada api yang menyala. Kan? Kita lebih percaya api itu membakar dari Tuhan Yang Membuatkan api itu membakar. Betul?

Kita lebih takut orang marah dari Allah Yang Menggerakkan hati si pemarah. 
Kita lebih gerun mati kemalangan dari ketakutan pada Allah Tuhan Yang Maha berkuasa menetapkan kemalangan itu sebagai sebab kematian.
Kita lebih malu pada manusia kerana gagal dari percaya pada Allah Yang Maha Berkehendak menentukan berjaya dan gagalnya manusia.

Maka percaya itu apabila ia tersemat kukuh dihati, didakwa di lidah dan lahir dalam bentuk perbuatan.

Masih belum nampak kaitan sabar dan iman?

bersambung

Tiada ulasan:

Entri terkenal