"Janganlah engkau menjauhkan diri dari seseorang yang selama ini engkau
puji kebaikannya dan engkau ketahui kehebatannya hanya disebabkan satu
keaiban pada dirinya atau dosa kecil yang telah dilakukannya. Ketahuilah
bahawa engkau tidak akan menemui seseorang yang bersih dari kesalahan,
sekalipun ia seorang yang terkenal memiliki kehebatan. Oleh itu, adalah
lebih baik jika engkau mencari-cari aib dirimu sendiri lalu
melenyapkannya dari dirimu”.
Ungkapan indah yang kubaca dari
buku La Tahzan (Janganlah Bersedih) benar-benar menjadi satu peringatan
yang menginsafkan. Memang benar, acapkali begitu mudah kita menjadi
penghukum, menghukum kesalahan orang lain berdasarkan sedikit kesilapan
yang dilakukan. Sedangkan jarang sekali kita merenung diri tentang
kesilapan dan kesalahan yang kerapkali kita lakukan. Benarlah ibarat
pepatah melayu, “Gajah di depan mata tidak kelihatan tetapi kuman di
seberang nampak jelas sekali”.
Apa yang lebih membimbangkan
ialah ada ketikanya kita lebih suka membicarakan keburukan orang lain,
bahkan menjadikannya berita sensasi yang dijadikan sebuah karangan
panjang lebar. Tanpa disedari kita telah terjebak dengan budaya mengadu
domba atau mungkin barangkali menjadi suatu fitnah yang digeruni jika
kita tidak berhati-hati.
Seorang teman pernah berpesan lewat sebuah perkongsian:
“Setiap
orang tidak hanya mempunyai satu sifat sahaja. Oleh itu, kekurangan
yang dimiliki seseorang teman haruslah dimaafkan. Waktu yang engkau
lalui bersama temanmu itu tidak perlu dikesalkan dengan apa yang telah
berlaku terhadap dirimu. Tidak usahlah pula engkau berburuk sangka
bila terjadi sesuatu yang negatif pada dirinya kerana adakalanya di
sebalik perubahan tersebut tersimpan sebuah HIKMAH yang mendalam, bahkan
barangkali akan menghasilkan sesuatu yang JAUH LEBIH BAIK dari
sebelumnya”.
Seorang penyair pula berkata :
“Hubungan
persahabatan kita dalam beberapa hari masih tetap setia, tetapi hujan
semusim yang bersemi telah berlalu meninggalkan kita. Kebenarannya
menyelamatkanmu tetapi engkau melihatnya dalam kesakitan yang hampir
merenggutnya. Berlindunglah kepada Allah, maka engkau akan menemukan
orang yang engkau marahi dalam ketenangan, bahkan dialah orang yang taat
kepada Penciptanya”.
Lantas teringat dimindaku bahawasanya
Rasulullah SAW pernah menjamin syurga ke atas seorang sahabat bukan
kerana banyaknya amalan tetapi kerana sifatnya yang suka memaafkan
kesalahan orang lain sebelum tidur.
Alangkah indahnya andai
aku dapat berbuat demikian….bersifat pemaaf dan suka memafkan kesalahan
orang lain walaupun adakalanya amat berat untuk dilakukan, apatah lagi
dengan amalan yang sekelumit cuma….yang sudah tentu amat jauh lebih
sedikit berbanding dengan amalan sahabat Rasulullah SAW.
Allah SWT berfirman:
“Dan
bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang
luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang
bertakwa, iaitu orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu
lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan
memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat
kebajikan.” (QS. Ali Imran:133-134)
tulisan dari seorang makcik yang kaya pengalaman: http://ummunad.blogspot.com/
Sesekali perasan dan terasa dengan tulisan yang memberi peringatan macam ini best jugak.
Selasa, 20 September 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Entri terkenal
-
Hadith Suhaib Ibnu Sinan atau Suhaib Ar-rumi Dari Rasulullah s.a.w bersabda "Adalah seorang raja sebelum daripada kamu Tidak me...
-
Bila kita merasai kebesaran ALLAH? Bila kita merasai cinta ALLAH? Bila kita merasai kemurkaan ALLAH? Bila kita sentiasa merindui dan me...
-
Aku membaca Al-Quran, tapi aku tidak meninggalkan mengumpat. Aku mencari jalan membersihkan hati, tapi aku tidak mahu memaafkan orang. A...
-
Assalamualaikum warahmatullah. Selamat pagi, selamat petang selamat malam. Bergantung kepada waktu anda membaca tulisan ini. Apakah yang...
-
Masih kisah Nabi.. Bukan mahu mengulang kisah Nabi yang para pembaca sekalian sudah tahu.. Tapi mahu menyentuh akal, minda dan perasaan ...
-
Suka sangat coklat? Dah bosan makan coklat kat supermarket? MAhu rasa coklat orang hafaz Quran buat? Cubalah rasa mars homemade chocs.. Temp...
-
Siapakah yang dapat menafikan peranan guru dalam hidup seseorang? Sudah tentu tiada. Hari ini penulis mahu bercerita tentang guru. Bukan ngu...
-
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Pernah dengar kisah seorang Yahudi tua yang selalu mengutuk Rasulullah? Sedangk...
-
Tau dah tak boleh buat. tapi nak buat jugak. Kenapa eh? Dah tahu tak boleh, tapi nak buat jugak? Yes, saya sangat jelas dan tahu.. Allah t...
-
Haiii..selamat petang..dah banyak baca buku?? ke bz sgt dah tak sempat baca buku? tak minat eh?? selain dari buku yang terpaksa kita baca se...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan