Jumaat, 18 Mei 2012

itulah hidayah Allah

Setiap hari mengulangi kata yang sama:

"Aku redha Allah sebagai Tuhanku, Muhammad s.a.w sebagai Nabi ku dan Islam itu sebagai agamaku"..

Ia suatu penyaksian dan peringatan buat setiap orang yang bergelar muslim. Mahu atau tidak mahu berikrar, kita memang sudah pun mengakui Allah sebagai satu-satunya Tuhan yang layak disembah semenjak sebelum lahir lagi.

Menjalani hidup setiap hari dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab..
tidak sepatutnya melupakan kita pada tugas dan tanggungjawab paling asasi.

Ya.
Praktikalnya itulah yang berlaku.
Kita hampir terlupa akan tugas yang paling asasi itu!

Apakah tugas asasi kita?
Mendekatkan diri pada Allah dan mengajak orang lain untuk turut sama mendekatkan diri kepadaNya.

Setiap hari mengadap pesakit di hospital..
Berapa ramai yang memelihara solat mereka?
Apa peranan kita bila berada di situ?

Setiap hari melihat pesakit mengeluh dan menangis,
Bagaimana dan apa yang kita buat untuk mereka kembalikan kesedihan dan kesakitan itu kepada Allah??

Setiap hari mengadap pesakit di hospital
berapa ramai yang merasakan, bila dah sakit tak payah pakai tudung..
tak payah tutup aurat.. hanya dengan alasan sakit.
Apa yang kita boleh buat?? Macam mana kita nak buat??

Bagaimana pula bila berhadapan para doktor, rakan sejawat dan jururawat??
Apa boleh kita buat dalam keadaan kita sangat baru dan serius banyak benda tak reti...


Apalah guna kerja dan kerjaya itu jika hanya pergi ke hospital hanya untuk
memastikan pesakit yang betul telah mengambil ubat yang betul dalam dos dan masa yang betul.

Apa beza pegawai farmasi yang selalu melafazkan

"Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah"

dengan

seorang pegawai farmasi yang kafir dan tidak beriman pada-Nya??

Apabila kedua-dua pegawai farmasi itu hanya bertugas untuk
memastikan pesakit yang betul telah mengambil ubat yang betul dalam dos dan masa yang betul -dimanakah perbezaan mereka disisi Allah.

Apakah kemuliaan yang akan diperoleh oleh seorang pegawai farmasi muslim jika dia hanya melakukan peranan yang sama dengan pegawai farmasi non-muslim??


Bagaimana dia mahu menuntut syurga dan kemuliaan pada ALLAH di hari akhirat kelak?


Subhanallah!

-inilah kepentingan dakwah dan akhlaq yang mulia!

Tiada ulasan:

Entri terkenal