Selasa, 8 Mei 2012

mencari dan teruskan pencarian


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Mus'ab bin Umayr r.a.
Siapa masih belum kenal beliau??

Inilah salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang MATI SYAHID di Uhud, perang kedua terbesar selepas di Badar.

Mus'ab bukan pelajar lulusan universiti.
Mus'ab juga bukan pelakon terkenal macam fahrin
[eh sapa entah, rasa macam pernah dengar].

Siapa Mus'ab?
Mus'ab adalah anak orang kaya yang sangat tampan.
Beliau memang terkenal lah di Makkah.
Menjadi kegilaan para gadis...
Pakaian dan minyak wangi nya sungguh mahal..
Anak kesayangan ibunya.

Apabila mendengar perutusan Rasulullah s.a.w,
Mus'ab telah memeluk Islam.
Subhanallah.

setelah memeluk Islam, ibunya telah menarik semua kemewahan yang diberikan..
Jadilah Mus'ab seorang pengutip dan penjual kayu api, untuk mencari rezeki dan meneruskan hidup.

Penjual kayu api di zaman Mus'ab, ibarat tukang sapu zaman sekaranglah. Ada orang pandang ke kerja macam tu??

Bukan sahaja tidak memandang malah mengutuk, anda setuju?

Mus'ab bin Umayr yang jadi penjual kayu api inilah yang di hantar Rasulullah s.a.w menjadi DUTA baginda ke Madinah..

Ok di ulangi sekali lagi.
DUTA RASULULLAH s.a.w di Madinah..

Mus'ab bin Umayr HAFAZ ayat-ayat Quran yang telah Rasulullah s.a.w ajarkan..
bukan sahaja hafaz, malah faham dan mampu mengajarkannya kepada penduduk Madinah..
Mahu tambah lagi, bukan sahaja mengajarkan pada penduduk Madinah yang datang bertemunya, malah kepada seluruh penduduk Madinah..
Yang datang atau yang tidak mendatangi nya.

MasyaALLAH!

baiklah.
Duta Rasulullah ke Madinah, maksudnya Rasulullah tiada bersamanya..
Tiada perjumpaan mingguan bersama Rasulullah..
Tiada MULTAQA, daurah dan nadwah.

Tapi Mus'ab tetap istiqamah menjalankan tugas.
Mus'ab tetap TABAH dan SABAR meneruskan tanggungjawab sebagai duta.
Tidak sampai pulak cerita pada kita yang terkemudian ini..
Tentang ketidak puasan hati Mus'ab kerana dirinya telah di abaikan..
Tiada pun edisi cerita menyatakan Mus'ab mengeluh kerana dihantar begitu jauh dari Makkah untuk melaksanakan tugas yang berat.

Maha Suci Allah!

Bersihkan hati, kuatkan jiwa dengan tarbiyyah zatiyyah wahai daei.
Kita semua daei.

Ya. Kita semua.
Bukan hafiz hafizah sahaja.
Bukan ustaz ustazah sahaja.
Bukan yang berlatar belakang sekolah agama sahaja.
Bukan yang petah bercakap sahaja.

Mus'ab telah membuktikan, Islam itu rahmat ke seluruh alam.
Mus'ab juga membuktikan, ter'campak'nya daei itu ke satu gurun 'jahiliyyah' telah membuatkan ia menjadi kawasan subur 'iman'..

Ya Allah!

Jauhilah kami dari bisikan syaitan yang mengelirukan.
Bisikan syaitan yang membuatkan kami me'reka' sejuta alasan uzur.
Kerana tercampaknya diri di gurun jahiliyyah..
Berilah kami kekuatan untuk menyuburkan diri dan tanah gersang ini dengan limpahan iman..

"Sesungguhnya kami redha Allah sebagai Tuhan kami, Muhammad Rasulullah sebagai Nabi kami dan Islam itu sebagai agama dan cara hidup kami".


Sabarlah.
Teruskan bersabar.

Istiqamahlah.
Teruskan istiqamah...

Redhalah.
Teruskan bersyukur..

Tawakkallah.
Teruskan berusaha..
Kerana janji Allah itu dekat!.



Tiada ulasan:

Entri terkenal