Isnin, 27 Ogos 2012

jahiliyyah apakah?

IKLAN DUA SAAT:

Menyembah sesuatu itu bermaksud, kita sangat memerlukan sesuatu itu hingga merasa tidak cukup dan tidak mampu tanpa sesuatu itu.

............................................................................................

Jahil = kebodohan.

itu bahasa senang.

Bahasa lebih senang;
Jahiliyyah adalah segala perkara yang dilakukan tanpa suluhan iman dan petunjuk dari Allah dan ia dilakukan hanya mengikut rasa.

Jahiliyyah itu termasuklah..

"ketidakmampuan" kita meninggalkan dosa yang dianggap ringan.
"ketidakmampuan" kita meninggalkan perkara yang sia-sia..
(betapa kita sebenarnya merasa -perlu- untuk melakukan jahiliyyah itu)

Dengan bahasa lebih mudah..

Jahiliyyah itulah agama kita. Jahiliyyah itulah sembahan kita.

Kita seolah-olah sedang menyembah perkara tersebut kerana merasa "tidak mampu" untuk meninggalkan perbuatan tersebut atas pelbagai alasan yang telah kita reka dan sediakan agar ia kelihatan begitu munasabah.

Islam masih kalah.
Islam masih dihina.
Ummatnya masih LEMAH.
kerana KITA..
yang bergelar Islam,
masih belum mengamalkan ISLAM secara keseluruhan.

Kita masih belum Islam dalam hati.
Kita masih belum Islam pada perbuatan setiap hari.
Kita masih belum bersedia berkorban demi kecemerlangan Islam..
Kita masih seronok dan tertipu dengan segala kemewahan dunia..

Hanya dengan satu alasan JAHILIYYAH yang dirasakan munasabah:

"Aku bukan seorang yang layak untuk memikul tanggungjawab dakwah"

Sesungguhnya bekal yang Allah beri pada setiap kita, cukup untuk kita mampu dan berusaha menyampaikan ISLAM..

Ya Allah berilah kami semua kekuatan dalam menggenggam(beramal dengan) risalah ini, menyampaikannya dengan bersungguh-sungguh hingga kami sanggup memberikan segalanya untuk kepentingan agama kami!..

1 ulasan:

Abang AM berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

Entri terkenal