dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Sudah baca Quran kah hari ini?
Sudah berpuashati kah dengan amalan di pagi hari, hari ini?
Semoga Allah menerima amalan kita semua..
Yang penting, sentiasalah memperbaharui niat kita..
Agar tidak terpesong dan jika terpesong segera kembali ke jalan yang benar.
Marilah kita berkongsi 1 kisah benar hari ini untuk dibuat pengajaran dan sempadan.
Saya bekerja disatu tempat dibumi Allah. Terima kasih Allah kerana memberikan jalan untuk diri ini terus beramal dan berdakwah di muka bumi pilihan-Nya.
Ok, ditempat kerja saya ini, ada 1 budaya yang saya percaya ia bukanlah perkara baru. Sudah lama mengakar umbi... apakah budaya itu?
- kalau seorang itu bersalah, maka dia pasti akan mendengar ceritanya tersebar keseluruh jabatan..
- Jika dia bersalah hari ini, pastilah ada seseorang yang akan mengejar si dia esok lusa. Selagi tidak dilampiaskan kata-kata menyakitkan, selagi itulah si dia akan diburu dan dicari.
- apabila seseorang itu kelihatan tidak tahu dan 'bodoh' di mata sesetengah orang, maka siapsedialah seseorang tersebut untuk mendengar cacian dan sindiran yang menyayat hati dari pekerja-pekerja tertentu.
- akhirnya lahirlah 1 lagi golongan lain [selain dari yang menindas ini] iaitu golongan berdendam dan sakit hati... sentiasa tidak gembira di atas kegembiraan penindas, dan dalam masa yang sama, sangat gembira dengan kesedihan penindas mereka..
Kenapa saya katakan ia adalah budaya?
kerana ia sudah tersebar luas dan ia boleh dilihat dimana-mana pada kebanyakan pekerja di mana-mana jabatan..
astaghfirullah.
Penyakit ini jika tidak dibendung, maka ia akan menjadi BARAH.. naudzubillah.
Mengapakah ia akan menjadi BARAH? inilah yang berkait dengan teori relativity.
Teori relativity itu apakah?
Penulis tidak akan bercerita dalam bahasa sains dan matematik ok.
Dalam bahasa biasa sahaja.
Teori ini adalah teori yang mengatakan;
apabila sesuatu itu dalam keadaan jatuh bersama sesuatu yang lain [yang juga sedang jatuh],
ia tidak akan sedar akan kejatuhan itu kecuali/sehinggalah ia telah benar-benar ter"gedebuk" dan SAKIT kerana sudah mencecah tanah/permukaan/daya yang telah menghentikan proses jatuh itu..
Fahamkah?
Senang je kan.. Baca lah banyak kali sikit jika tidak dapat memahami.. insyaALLAH senang aje mahu faham.
Dan teori ini tidak mengecualikan sesiapa pun yang bernama makhluq Allah.
Kita adalah manusia..
[ofkos lah kan yang membaca blog ini takkanlah kancil dan semut pula]..
Apabila gejala keruntuhan akhlaq berlaku disuatu tempat dan melibatkan sebahagian besar penduduk.. Maka -mungkin- mereka tidak menyedari "kejatuhan" yang sedang berlaku.. Kerana mereka -jatuhbersama-...
-kejatuhanbersama- yang tidak disedari itulah yang diumpamakan seperti barah..
-kejatuhanbersama- yang tidak disedari itulah yang diumpamakan seperti barah..
Maka sesiapa yang tidak jatuh bersama -kejatuhan- itu hendaklah menyediakan tanah/daya untuk menghentikan kejatuhan itu.. Agar ketinggian budi dan nilai, kemuliaan akhlaq dan maruah manusia yang jatuh tadi dapat dikembalikan..
Jika dia [sesiapa yang tidak -jatuhbersama- tadi] tidak melakukan usaha untuk menghentikan kejatuhan itu, maka tidak lama lagi dia juga akan terkena barah tersebut.. kerana barah sifatnya merebak!
Jika dia [sesiapa yang tidak -jatuhbersama- tadi] tidak melakukan usaha untuk menghentikan kejatuhan itu, maka tidak lama lagi dia juga akan terkena barah tersebut.. kerana barah sifatnya merebak!
Yang diperangi adalah akhlaq mereka, bukan diri mereka sebagai individu dan rakan sekerja.
Bagaimana mahu menyediakan tanah/daya/permukaan agar kejatuhan itu dapat dihentikan dalam cara yang paling kurang kesakitan buat mereka??
oh.. pening.
Bagaimana mahu menyediakan tanah/daya/permukaan agar kejatuhan itu dapat dihentikan dalam cara yang paling kurang kesakitan buat mereka??
oh.. pening.
Semoga Allah memberikan kekuatan pada kita semua dalam meletakkan Islam sesuai ditempatnya..
p/s: dalam mode yang sangat runsing memikirkan keadaan ummat..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan