Jumaat, 4 Januari 2013

Aku cina kamu melayu

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Alangkah indah ciptaan Allah.. warna warni kan?
Kalau bukan kerana nikmat melihat mana mungkin kita tahu warna apakah yang ada disekeliling kita.

Setelah hampir beberapa bulan.. (tidak sampai setahun pun) bekerja di hospital yang penuh sesak dengan manusia.. terlintas beberapa soalan.

"Kenapa begitu memusuhi bangsa lain?"

dan

"dahsyatnya sangka buruk antara satu bangsa dengan bangsa yang lain"

dan

"kenapa kepelbagaian bangsa itu menjadi satu sebab yang SANGAT utama untuk tidak bersefahaman?"

Sedangkan Allah berfirman dalam surah al-hujurat ayat 13..

وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُو....

"...dan Kami ciptakan kamu berbilang bangsa agar kamu saling berkenalan.."

Maha Suci Allah.
Maha Hebatnya Allah.

Allah yang satu tapi menciptakan begitu banyak kepelbagaian.
Tak terasa kah kehebatan Allah disitu?

Kenapa yang terasa itu -rasapermusuhan- ??

adoi.
ok dah mula nak berleter gaya ibu tak cukup mulut nak buat syarahan.

Bukankah Islam yang Allah beri pada kita itu untuk seluruh ummat manusia?
Tiada pun anjuran Allah dalam perintah-Nya untuk kita bersangka buruk kepada sesiapa, larangan sangka buruk yang Allah sebutkan itu betul-betul ayat sebelum Allah ceritakan; Dia menjadikan kita berbilang kaum untuk saling berkenalan..

Dan kalau perasan..
Sebelum berakhir ayat itu Allah sebutkan..

إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّـهِ أَتْقَاكُمْ ۚ

"Yang paling mulia dikalangan kamu adalah yang bertaqwa!"

Lihatlah betul-betul...
Yang paling mulia yang paling bertaqwa..

Jika Islam pun..
Hati penuh permusuhan dengan manusia, apakah Islam yang penuh dengan keamanan dan ketenangan itu akan sampai kepada manusia yang masih belum mengenal islam?

Sudahlah manusia sekarang telah disogok dengan 'fobia pada Islam'..
Ummat Islam sendiri menambahkan lagi fobia non-muslim terhadap Islam..

Huhu..
Sesungguhnya tatkala menulis ini bukanlah kerana terasa baiknya Islam yang ada pada diri.

Tapi kerana BAIKnya ISLAM sedia ada yang telah Allah turunkan.
Hingga terasa sangat rugi jika diri ini tidak berusaha memberitahu pada orang lain betapa nikmatnya Islam yang kita ada ini..

Aku tahu aku bukan yang terbaik, tapi Allah sudah pun memberitahu apa yang terbaik buat hamba-Nya yang tidakkan akan sempurna baiknya sampai bila-bila.

Sekian muhasabah malam ini.
Selamat meningkatkan iman dan amal.

Tiada ulasan:

Entri terkenal