Ahad, 27 Januari 2013

edisi tak cukup tanah kembali lagi

berjuang tak pernah senang...
berkorban tak boleh wenang...
kerana hidup ini tidak panjang..

jalan ini memang panjang...
tidak boleh buat kerja sorang-sorang..
memang kena bincang..
agar kurang pincang..

............................


stresss bila harapan yang diberi setinggi gunung.
padahal kemampuan dan pencapaian tak sampai paras laut.

itulah masalah bila beramal untuk menjaga reputasi
tidak benar2 beramal kerana Ilahi.

................................

why should we hope from people?
even we know they are not God that can fulfil our need.

why we hope to much from people?
the ultimate hope should be towards whom has ultimate power to fullfil..

..............................

reputasi akan rosak suatu hari nanti.
harapan akan padam dan berkubur bila2 masa.

sayang dan simpati akan lenyap setelah sekian lama..
kasih sayang juga akan hilang.
jika kesemua ini bukan bertapak pada asas yang betul (kerana Allah).

..........................

Berusaha bekerja,
Mencari jalan terbaik.
Belajar dan menimba pengalaman.

Jika jalan A tidak mampu membawa ke destinasi, maka jalan B menjadi pilihan seterusnya. Jika jalan B juga tidak mampu maka usahakanlah untuk melalui jalan C. Jika jalan C juga tidak berjaya.. berusahalah hingga Allah memberikan petunjuk jalan terbaik!

Usaha-usaha itu tiada siapa yang tahu, dan tidak perlu memberitahu sesiapa..
Allah sudah tahu, Allah sudah melihat dan menyaksikan.
Allah sudah cukup sebagai saksi untuk setiap amalan.

Yang penting jaga niat.
Tabahkan hati dengan ujian.
Teruskan usaha.
Yakinlah dengan janji Allah.
Teruskan memohon hanya pada Allah!
Haraplah hanya pada Allah.



Tiada ulasan:

Entri terkenal