Selasa, 29 Januari 2013

Something to ponder...

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

cerita 1

 Di tandas awam PLUS.

2 orang kanak-kanak riang sedang belari keluar masuk dari tandas.
Sambil berdiri dihadapan bilik kumuhan, salah seorang dari mereka menurunkan kepala; mengendap bawah pintu tandas...

terkejut dan senyum sikit.

Tiba-tiba, seorang wanita menjerit. Barangkali ibu kedua-dua kanak-kanak tersebut. Bergema seluruh tandas.

"eh, siapa ajar kamu buat macam tu?"
"elok ke buat macam tu? siap kamu nanti"

Kanak-kanak berdua itu pun pandang memandang sesama sendiri.
tersengih-sengih kelat selepas di -jerkah- di tempat awam.


cerita 2

tempat solat di salah satu stesen RnR (rehat dan rawat) PLUS.

Kelihatan begitu ramai ummat Islam mahu menunaikan hak Allah diwaktu itu.
Alhamdulillah.
Penuh kawasan solat tersebut.. Semuanya sibuk dengan ibadah masing-masing.

Disatu dinding, menjadi tempat sejadah dan telekung digantung...

Lepas seorang datang membentang sejadah.. betul-betul di hadapan tempat gantung sejadah dan telekun.. semakin ramai pula mengambil tempat disekitar kawasan sama..

Hingga tiada ruang lagi bagi para jemaah yang datang bersolat untuk meletakkan semula sejadah atau telekung ditempat tersebut..

Manakala jemaah baru pula tidak dapat memanfaatkan sejadah dan telekung yang tergantung kerana penuh muslimat bersolat disekitar kawasan tersebut..

......

Pastinya ada pengajaran disebalik 2 kisah di atas.
Apakah yang pembaca semua fikirkan???

Tiada ulasan:

Entri terkenal