Ahad, 17 Mac 2013

siapa pun boleh bercakap

selamat petang.
selamat sejahtera.
Yang paling istimewa adalah assalamualaykum.
tahukah kita boleh sahaja memberi dan menjawab salam orang bukan islam?

hmm..
jika tidak percaya, silalah cari pakar...

setiap kali kita wujud di satu tempat, pasti kita datang dari satu tempat yang lain. dan bila kita ada di satu tempat juga menunjukkan kita pasti ada matlamat untuk berada disitu. walaupun matlamat itu saja-saja. Saja-saja pun matlamat, tapi matlamat yang tidak berfaedah...

........

Hari ini adalah hari untuk membebel panjang selepas lama tidak membebel...
semoga bebelan ini bermanfaat dan bukan mengikut hawa nafsu sesiapa walaupun diri sendiri. InsyaAllah.

Mengapa kita berlaku sopan?
Apa erti sopan yang penulis maksud kan?

inilah sopan yang dimaksudkan;

Dari Ibnu ‘Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Bukanlah dari kalangan pengikut kami, yang tidak berkasih sayang kepada yang kecil dikalangan kami, yang tidak menghormati yang tua dikalangan kami, yang tidak menyuruh akan kebaikan, yang tidak melarang dari kejahatan.
(HR Tirmizi)

Hadith ini dikutip dari Muntakhab hadith dalam riyadhus salihin karangan imam Nawawi.

>> apakah perkara penting yang mahu dibebelkan disini?

ia adalah tentang berkasih sayang kepada yang kecil dan menghormati yang tua..
mengapa kita lakukan itu?

kerana mahu menjadi sebahagian dari pengikut Rasulullah s.a.w.
Mengapa mahu menjadi pengikut Rasululllah s.a.w. ?
Kerana itulah cita-cita kita dan kerana Rasulullah lah panduan dan contoh teladan kita..

Jadi, kita berkasih sayang dengan yang muda dan menghormati yang tua kerana mahu menjadi ummat Rasulullah dan mahu menjadi pengikut Rasulullah.. sebagaimana tertera dalam hadith..

Kita bukan menghormati seseorang kerana kehebatannya..
kita juga menghormati seseorang bukan kerana sanjungan manusia lain terhadapnya.
dan..
kita juga tidak mengasihi seorang yang muda dan kecil kerana keuntungan yang akan kita peroleh bila mengasihinya..

akan tetapi kita mengasihi yang muda dan menghormati yang tua kerana kita mahu menjadi sebahagian dari pengikut utusan-Nya!

Ya Allah ampunilah dosa kami, kecuaian kami dan keterlanjuran kami. Sesungguhnya kami menzalimi diri kami sendiri..

Sekian.


nota kaki: isi penting hadith ini ada banyak. apa yang diceritakan disini hanyalah salah satu dari isi pentingnya.

Tiada ulasan:

Entri terkenal