Isnin, 30 April 2012

Allahu ghayatuna

Maksudnya: Allah matlamat kami.

Segala perbuatan kita itulah matlamatnya.
Kehadiran kita ke dunia ini pun itulah tujuannya.

Dalam perjalanan..
Pelbagai petunjuk dan laluan..
Kadang-kadang keliru dengan penjelasan.

Lebih banyak penjelasan,
Lebih mengelirukan.
Lebih detail penjelasan..
Lebih jauh menyerabutkan..

Kadang-kadang..
Keliru dengan kejahilan..
Kejahilan sendiri dan kejahilan manusia sekeliling..

Maha Suci Allah!
Allahlah Yang Maha Pemberi Petunjuk.
Alangkah bermaknanya surah Al-Fatihah setiap kali berdiri dalam solat.

"Tunjukilah kami jalan yang lurus".. Al-fatihah: 6

Hidup ini untuk memilih jalan yang diredhai Allah.

Walaupun ia nampak sangat SUKAR.
Walaupun ia amat susah difahami orang lain.

Tapi sebenarnya,
dengan pilihan itu..
Ia membuatkan hati menjadi SANGAT TENANG!
Ia juga membuatkan hati menjadi begitu lapang.

Allahu akbar!

Kemampuan setiap manusia berbeza.
dan pilihan itu berdasarkan kemampuan IMAN!

Maka siramilah IMAN kita.
Sekian.




Tiada ulasan:

Entri terkenal