Berapa patah ayat Qurankah yang kita fahami hari ini?? Berapa ramai sahabat Rasulullah yang telah kita kenali semenjak kita mengirup udara pemberiaan Allah..
Berapa ramai Nabi dan Rasul yang telah kita contohi sepanjang hidup melata di dunia ini..??
Ini dinamakan muhasabah pagi. Bila-bila masa sahaja kita boleh muhasabah diri. Muhasabah diri maksudnya mengira-ngira diri. Bukan membilang 1,2,3 itu lah..
Siapa la suka orang cakap
"anda di kira kurang beriman berbanding si fulan"
Muhasabah diri bukan untuk jadi lebih baik dari orang lain ye. Habis untuk apakah?..
Untuk jadi lebih baik dari diri sendiri.. Diri yang semalam. Sekarang sudah jelas kan?.. Muhasabah dan menilai diri untuk menjadi lebih beriman dari semalam. Bukan lebih baik dari orang.
Orang baik yang kita kenal itu, untuk di buat contoh. Dibuat panduan bagaimana mahu jadi lebih beriman. Bukan untuk dibuat perbandingan. diulangi ye, bukan untuk dibuat perbandingan.
Allah temukan kita dengan orang yang baik dan beriman supaya mudah untuk kita beriman pada Allah. Bukan untuk tiru sebijik sejebon [ops, betul ke bahasa penulis ni?].. Habis dengan segala gaya-gaya dia kita tiru sampai jadi 'copy paste'..
Yang kita kena tiru adalah keimanan dan akhlaq mahmudah yang ada pada orang beriman.
Bukan meniru orang yang kita anggap baik.
Baik yang kita terjemah itu selarikah dengan ayat Quran dan kehendak Allah?
Itu sebab kita akan jumpa situasi begini:
orang yang kita anggap baik itu telah berbuat sesuatu yang menjengkelkan, hingga kita rasa "baik aku tak jadi baik, takde la buat macam dia"
Masalah kita adalah, maksud keBAIKan yang kita guna itu tidak sama dengan keBAIKan yang Allah cakap. Sudah-sudahnya kita yang serabut dengan makna baik yang kita reka sendiri..
Baikkah kalau kita cakap lemah lembut tapi tidak solat?
Baikkah kita kalau solat awal tapi masuk kelas/kerja lambat setiap hari??
Baikkah kita kalau kita sentiasa bersedekah tapi mengumpat jadi rutin??
Itu hanyalah sikit dari banyak-banyak muhasabah diri yang mahu di kongsi. Nanti kita kongsi lagi ye.
Jumpa lagi.
"Wahai orang yang beriman, masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah syaitan, sungguh ia musuh nyata bagimu"
Surah Al-Baqarah: 208
Jadilah baik kerana Allah, dan kerana itulah misi kehidupan kita. Bukan kerana mahu jadi lebih baik dari orang lain kerana dahagakan sanjungan manusia. Astaghfirullah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan