Assalamualaikum para pembaca yang dirahmati Allah.
Sebelum ke topik utama, sukacita penulis mahu tegaskan disini, ada perkara kita perlu suarakan dengan mulut, ada perkara tidak perlu. Dan apabila sesuatu perkara dilontarkan, dengarlah dengan adil.. Jika hanya mendengar separuh jalan kemudian menghukum.. Maka sedarlah kita adalah manusia yang tergopoh gapah. Sekalipun telah mendengar keseluruhannya, bukan tugas kita untuk menghakimi orang.
Sedikit pembuka kata setelah melihat gelagat kawan-kawan dan manusia di alam siber.
Kita bergaul dengan manusia, kita berdakwah juga pada manusia dan kita juga adalah dari kalangan manusia.
Manusia bukan spesis malaikat. Ertinya manusia punya hawanafsu yang tiada pada malaikat. Tapi manusia dimuliakan dengan Nabi dan Rasul. Ertinya tiada Nabi dan Rasul dikalangan malaikat..
Atau dengan makna yang lebih mendalamnya, manusia ada kesalahan. Kesalahan itu untuk dibaiki dan digunakan sebagai jalan mendapatkan pahala.
Tapi apa yang biasa kita buat dengan kesalahan dan kelemahan?
Jika kelemahan itu pada orang lain
Kita korek, cari, dan bongkar. Biar dia malu dengan salahnya. Siapa suruh tidak tahu menjaga maruah orang? Kononnya dia adalah terbaik dengan memberi nasihat pada orang lain.
Atau mungkin kita tidak membongkar dengan mulut. Tetapi kita jatuhkan maruahnya dengan perbuatan-perbuatan yang menyakitkan hatinya.
Jika kelemahan itu pada diri kita
Kita tutup simpan, senyap dan tidak pernah fikir untuk mengubahnya. Jika pun berusaha, sudah penat mencuba. Biarlah aku dengan sikapku. Aku sudah letih melawan diri sendiri.
Kafilah dakwah ini adalah kafilah manusia.. Manusia tidak sunyi dari salah dan silap. Itulah sebab kita berjamaah, agar kita saling lengkap melengkapi.. Bukan saling jatuh menjatuhi.
Kita memberi saling memberi ingatan bukan kerana kita lebih baik dari yang lain. Tetapi itulah ibadah kita.. kerja kita.. sebagai hamba Allah. Kerja yang paling mulia adalah kerja-kerja menyeru manusia kepada Yang Maha Mulia.
Bukanlah sesuatu yang janggal untuk orang berseluar jeans mengingatkan orang berkopiah untuk membaki bacaan Qurannya. Atau orang sekolah biasa mengingatkan orang sekolah agama agar membetulkan bacaan dalam solatnya. Kerana tugas saling mengingat itu tanggungjawab bersama, bukan kerana aku lebih baik dari kamu.
Walau apa pun profesion kita, pelajar dan pekerja, profesion itu haruslah membuatkan orang yang berada di sekeliling kita kembali pada Allah.
Jika kita sibuk memikirkan profesion kita sehingga tiada adab sebagai seorang muslim [iaitu orang yang tunduk dan menyerah pada Allah], lupa bahawa rezeki dan harta itu pemberian dan ketetapan Allah.., atau menyebabkan orang menjadi jauh dari Allah.. maka apakah kita sedang menghambakan diri pada Allah [beribadah]...? Atau adakah kita sebenarnya sedang melakukan tugas kita sewajarnya?..
Betapa buruknya diri apabila melakukan sebuah dosa kemudian membela perbuatan dosa itu dengan pelbagai alasan tidak rasional dan berbangga-bangga dengan dosa yang telah dilakukan.
Akhir kata, jika redha manusia yang kamu cari, itulah yang akan kamu peroleh. Jika redha Allah yang kamu cari, maka itulah sebaik-baik perkara yang kamu patut cari.
Ya Allah jauhkanlah kami dari perkara yang tidak diredhaiMu..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Entri terkenal
-
Saya tahu awak tidak ikhlas! Cewah? tahu saja hati orang. Eh saya boleh rasa tau. Hmm perlu komen ke? Eleh, belajar bukan bagus sangat Buat...
-
Haiii kawan-kawan. Apa khabar semua? Sihat? Iman dan ibadah ok tak? Hmm, biasala tu kadang-kadang sakit. Tapi jangan biar melarat ye.. Nanti...
-
Sob-sob. Ketibaan 1 syawal menandakan Ramadhan sudah berlalu. Sob-sob. Sudahkah aku menggunakan peluang madrasah lepas sebaiknya? Sob-...
-
Terima kasih Allah kerana mengilhamkan kata-kata keramat ini dari seorang tokoh dakwah hebat. Hasan Hudhaibi. Tidak kenal siapa Hasan Hud...
-
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani. Berjalan melihat ciptaan Allah memang menarik. Banyak pengajaran dan pelajaran....
-
Assalamualaikum, Sihat atau tidak, kerja dan urusan kehidupan perlu diteruskan. Jika sihat, maka caranya adalah dengan cara sihat, jika sa...
-
Dengan nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Allah buat pantai luas dan indah. Tiada manusia yang rasa 'tertekan' b...
-
Hai kawan-kawan! Selamat menjalani kehidupan ini dengan penuh kecintaan pada Allah. Hari ni nak membebel..? eh, Itu bukan perkataan sepatutn...
-
Nabi Nuh a.s. berdakwah 950 tahun. Nabi Saleh a.s. Kaumnya sombong. Siap bunuh lagi unta mukjizat. Nabi Lut a.s. Isterinya tidak mah...
-
Masih terbayang dimata.. Lelah Atuk berusaha membuka pintu rumah selepas di ketuk. Terngiang-ngiang di telinga pesanan Atuk, tolong tengokka...


Tiada ulasan:
Catat Ulasan