Sabtu, 23 Oktober 2010

Senang hatinya

Allahu akbar walillaahil hamd..

Apa petua mahu jadi senang hati walaupun kerja banyak menggunung dan ya Allah! masalah bersimpul dahsyat..

Senang aje dong.. Ingatlah hari Akhirat hari dimana kita akan bertemu kekasih kita.. ALLAH.

Walaupun terasa berat beban di bahu. Airmata tak larat nak tadah.. Kerja tak cukup tangan dan otak nak diselesaikan..Tapi hati rasa LUAS dan bahagia sekali.. Betul..! BAHAGIANYA..

Hehe. Serius bahagia bila ingat Allah dan hari akhirat.

Haa dengan satu syarat. Kena tahulah macam mana caranya nak ingat Allah dan hari akhirat tu..

Kuang-kuang. kalo tak tahu, cane la nak jadi bahagia..

Khamis, 21 Oktober 2010

Tajarrud

T
A
J
J
A
R
R
U
D
.
B
U
L
A
T
K
A
N
H
A
T
I

P
A
D
A

A
L
L
A
H

Selasa, 19 Oktober 2010

Persepsi yang ek-hem

hai semua. Assalamualaikum warahmatullahiu wabarakatuh. ha baca gaya orang nak berpidato gitu. Baru semangat. Jangan baca macam pemegang mohor raja-raja nak buat pengumuman raya tu. Sah-sah la tertidor nanti. hehe.

Sebagai hamba Allah yang mempunyai akal fikiran, kita memang akan berfikir. Bezanya fikir banyak sikit atau cara berfikir.

Hidup dizaman sekarang, zaman jahiliyyah moden.. penuh dengan pelbagai persepsi ciptaan.. Kalau bukan persepsi ciptaan pun, persepsi yang lahir kerana budaya hidup zaman jahiliyyah moden.

eh? kita hidup zaman jahiliyyah ke?.. Ha'a. Zaman Jahiliyyah Moden gitu. Segala jahiliyyah zaman dahulu sudah muncul kembali dalam sarung MODEN. kan-kan? perasan tak?

Bunuh anak.. dulu anak perempuan sahaja. Tapi moden punya ni, laki perempuan pun tak kesah.

Wanita yang dieksploitasi. Dulu hamba sahaja yang dieksploitasi. Sekarang habis segala wanita merdeka pun terkena sekali. Edisi moden punya ni, dah jadi makin dahsyat, sebab, yang dieksploitasi bukan rasa terhina, tapi rasa mulia pulak. Sebab jadi popular.. Hmm mestilah popular, sebab semua orang tahu dia cantik. Poster muka dia ada merata-rata kat tepi jalan. Besar.

Ha.. inilah dia persepsi yang ek-hem tu. Persepsi tak kena. Wanita cantik, gambarnya tertempek di sana sini dikatakan sangat 'MAHAL' dan 'bertuah'.. Waduh-waduh.

Bertuah ke kalau semua orang dah tengok sesuatu yang Allah suruh tutup dan simpan dari pandangan orang ramai?

Apa jadi kalau tak dengar cakap Allah? dapat dosa. Bila dapat dosa.. dapat siksaan Allah. Dapat siksaan Allah maksudnya, Allah murka la kan.. Dah kalau Allah marah dengan kita.. Ada 'chance' ke kita nak merasa nikmat syurga yang Allah janji nak beri pada hambaNya yang taat??

PAstilah tak de 'chance' dah. Kalau dah takde 'chance' untuk merasai syurga Allah.. Maka BERTUAHkah kita???

Ahad, 17 Oktober 2010

Virus ukhuwah fillah

Kawan-kawan pernah dengar tak istilah ini? Hmm virus H1N1 itu biasalah dengarkan. Apakah sifat virus? Hmm sifat ke sikap. Ha?! Habit/tobiat virus.

Habit virus yang paling biasa: tersebar dengan cepat apabila suasana dan tempat itu sangat sesuai untuk pembiakannya..

Habit seterusnya, ia akan hilang dan berdiam diri jika terasa iklim dan perumah itu sudah tidak lagi sesuai untuk tujuan pembiakannya. Tetapi AWAS. Ia akan kembali membiak apabila keadaan perumah kembali OPTIMUM untuk replikasinya.

Kawan-kawan fahamkan maksud penggunaan perkataan optimum dan replikasi yang penulis gunakan??

Dalam perjuangan kita berbuat amal kebaikan, bukan mudah untuk kita mencapai tahap ikhlas. Lafaz “Aku ikhlas” bukanlah penunjuk keikhlasan yang ada di hati. Hanya Allah yang tahu ikhlas atau tidak. Kadang-kadang, diri kita sendiri pun boleh menilai sejauh mana kasih kita pada tuhan itu mendorong kita melakukan amal baik tersebut.

Amal baik kita boleh dirosakkan dengan pelbagai jenis penyakit hati yang bersarang dalam diri. Jika tidak di ubati.. rosaklah segala amal baik kita. Menjadilah ia debu yang beterbangan. He. Takut tak? Sungguh seram kan. Lebih seram dari tengok cerita hantu kan..

Begitulah juga dengan ukhuwah fillah. Persahabatan kerana Allah. Ia bukan sesuatu yang murah untuk dimiliki sesiapa sahaja. Tapi ia adalah hadiah Allah buat orang-orang baik. Hadiah Allah buat orang-orang yang memiliki cinta pada Allah. Jika kita tidak menyintai Allah, masakan Allah akan beri cinta orang-orang yang menyintai-Nya. Kan-kan??

Ok setakat itu dahulu. Jumpa lagi.

Jumaat, 15 Oktober 2010

jom pergi haji.. yeay!

Hayo.. Bahasa elok sungguh cik mek ni sorang.

Sepatutnya, Jom pegi haji. Alhamdulillah.
Bukanya yeay macam tajuk di atas.
Sebenarnya terinspirasi dengan blog seorang makcik BUDAYA ILMU.

Kenapa? Kerana memberi semangat untuk melakukan haji di usia muda. Kan ibadah haji itu termasuk dalam ibadah badaniah. Maksudnya, ibadah yang perlukan kekuatan fizikal dalam melaksanakan.

Kadang-kadang kita ni lupa.. Bila orang tanya: Nanti nak buat apa dengan gaji pertama?.. Oh, macam-macam lah cita-cita kita yang hebat tu kan. Tak nak la tulis kat sini.

Simpan buat pergi haji.. Tapi nak guna kereta. nak beli rumah. Nak kawin. (eh tersebut sesuatu yang sensitif untuk anak dara berumur pertengahan 20an pulak). Habis macam mana?
Karang hutang keliling pinggang pulak. Hmm.. itulah. Bukan tak nak jawab. Tapi nak bagi peluang kawan-kawan berfikir dengan aqal pemberian Allah itu..

Rabu, 13 Oktober 2010

Berbuat baik sesama manusia

“Dan janganlah kamu memalingkan wajah dari manusia dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh. Sungguh Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga diri”

Surah Luqman: 18

Jeng-jeng.. Ayat ini sangatlah jelas maksudnya. Ayat ini ada je dalam Quran, tapi entah kita sedar ke tidak ayat ini ada dalam Quran.. Atau dengan kata lain, adakah kita menghargai kewujudan ayat ini?

Berapa lamakah masa yang kita guna untuk menghayati ayat-ayat Allah..

Kenapa kita jadi sombong?

Kerana kita lupa kita adalah hamba Allah yang tidak memiliki apa-apa.

Kerana kita lupa kita hanya pemegang amanah segala benda hakmilik Allah.. Layakkah untuk kita menyombong diri dengan perkara yang bukan milik kita..

Kerana kita lupa bahawasanya kita ini asalnya dari tanah dan akan kembali menjadi tanah

Kerana kita lupa bahawa sombong itu hanya layak untuk Allah Yang Maha Segalanya

Kerana kita lupa semua manusia punya perasaan sama seperti kita.. insan.. 

Kerana kita lupa bahawasanya diri kita punya seribu satu kekurangan..

Kerana kita lupa tawadhu itu satu keperluan

Sebagai manusia.. Mustahil untuk kita mengetahui segalanya. Kalau tahu pun belum tentu ingat segala yang diketahui; sedang apa yang telah disebut mulut sendiri pun kita masih terlupa..

Salah tidak mengapa. Yang penting sedarnya kita akan kesalahan itu dan bagaimanakah usaha kita untuk membaikinya.

Walaupun sejuta kesalahan orang pada kita, sedarlah juga bahawasanya berjuta juga kesalahan kita pada orang..

Semoga diri kita bersyukur terhadap peringatan Allah.

Kita jahil, Allah beri ilmu.
Bila berilmu; Allah mudahkan kita untuk beramal.
Bila beramal, kita mesti berusaha untuk ikhlas.
Barulah tercapai matlamat hidup. Insya Allah.

Selasa, 12 Oktober 2010

Pergi takkan kembali lagi

Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Pesan Nabi Yakub kepada anak-anaknya setelah menasihatkan mereka untuk mendapatkan kembali adik tiri mereka; bunyamin.

Yang ditahan akibat dituduh mencuri harta raja Mesir pada masa itu. Sedangkan ia hanyalah muslihat Nabi Yusuf untuk bersama kembali dengan saudara kandungnya setelah lama terpisah kerana hasad saudara-saudara lain.

Maksudnya, harapan pada Allah semestinya tidak akan dihampakan Allah. Oh.. sayangnya Allah pada kitakan. Tidak akan menghampakan cinta kita padaNya.

Maksudnya jugak, kita tidak perlulah meletakkan harapan pada manusia. Kerana manusia tidak mampu untuk memenuhi segala harapan kita itu.

Sikit-sikit mengharap oklah. Tapi kalau nak mengharap yang banyak.. Maka Allahlah sebaik-baik tempat untuk mengharap.

Maka dengan itu jangan ganggu saya lagi ok? Harapan saya hanyalah Allah mengampuni dosa kita. Saya tidak mengharapkan apa-apa dari awak. Hehe.. dah semakin ganas dah ni.. NGAP. hehe.. seram tak?

Selasa, 5 Oktober 2010

Persaudaraan Islam

Oleh: Prof. Dr. Ahmed Abdul Hadi Syahin

Persaudaraan Islam termasuk salah satu komponen kekuatan, iaitu:
1. Kekuatan iman dan akidah
2. Kekuatan persaudaraan dan ikatan
3. Kekuatan penolong dan senjata

Tiga kekuatan inilah yang menjadikan masyarakat di zaman nabi terlalu istimewa dan menjadi masyarakat mithali yang menyebabkan nabi berjaya mengembangkan Islam dan mengibarkan panji tauhid ke tempat yang tertinggi dan meneguhkan Islam di muka bumi tidak kurang daripada setengah kurun lamanya.

Pada hari ini wahai saudara sekalian..pada kurun ke lima belas hijrah, kita berusaha memperbaharui kekuatan ini di kalangan muslimin, kerana terbukti ia memberi kesan yang kuat dan efektif untk mengembalikan umat seperti keagungan di zaman silam dan keunggulan yang lampau.

1. Kedudukan persaudaraan

Persaudaraan Islam (ukhuwwah Islamiah) merupakan satu nikmat dari Allah, satu kurniaan yang suci daripada Allah SWT, satu pancaran rabbani yang dihadiahkan oleh Allah kepada hamba-hambaNya yang ikhlas dan penolong-penolongNya yang tulus.

Benar, persaudaraan adalah satu nikmat daripada Allah kerana Dialah yang memberinya. 

Firman Allah:

“lalu menjadilah kamu Karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara”. (Ali-Imran: 103)

Persaudaraan adalah kurniaan dari Allah, kerana Dialah yang memberinya. 

Firman Allah:

“walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah Telah mempersatukan hati mereka”. 
(Al-Anfal: 63)

Firman Allah:

“dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, Maka Allah mempersatukan hatimu”. 
(Al-Anfal: 103)

Justeru persaudaraan adalah nikmat, kurniaan, penyatuan, kemesraan dan kasih saying. Daripada Nu’man bin Basyir bahawa nabi saw telah bersabda:

“Perumpaan orang-orang mukmin di dalam berkasih mesra dan saying-menyayangi seperti satu tubuh, apabila salah satu anggotanya menderita sakit, akan menyebabkan seluruh anggota yang lain untuk berjaga malam dan demam”. 
(Muslim)

Persaudaraan Islam Berjaya membangunkan umat Islam dengan suatu binaan yang tersusun kukuh dan bangunan yang teguh, kerana persaudaraan Islam adalah sekuat-kuat binaan maknawi dan ikatan yang menyatukan sesuatu masyarakat. Persaudaraan Islam juga lebih kuat daripada binaan kebendaan, kerana binaan kebendaan mudah terdedah kepada kehancuran dan keruntuhan di hadapan factor perosak dan perubahan masa. Oleh itu persaudaraan Islam seakan-akan sebuah batu besar yang menghancurkan semua alat pemecah batu di hadapannya. 

Daripada Abu Musa al-Asy’ari r.a, nabi saw bersabda:

“Orang mukmin bagi mukmin yang lain seumpama sebuah binaan yang saling kukuh-mengukuhkan antara satu sama lain”. (Bukhari)

Persaudaraan tidak mampu dibeli dengan harta dan wang, tidak mampu diwariskan melalui kata-kata tetapi persaudaraan berlaku melalui pergaulan dan pencampuran ruh dengan ruh, pelukan hati dengan hati dan ia merupakan ciri-ciri keistimewaan mukmin yang soleh. 

Daripada Jabir bin Abdullah r.a nabi saw bersabda:

“Orang mukmin adalah sentiasa mengasihi dan dikasihi, dan tiada kebaikan bagi orang yang tidak mengasihi dan tidak dikasihi”. (Ibn Hibban)

Persaudaraan Islam adalah berkait dengan iman dan takwa. Begitu juga iman berkait dengan persaudaraan. 

Firman Allah:

“Orang-orang beriman itu Sesungguhnya bersaudara”. (Al-Hujurat: 10)

Iaitu bukanlah orang-orang mukmin melainkan ada persaudaraan, bukanlah persaudaraan yang sebenar melainkan ada persaudaraan iman, kerana seandainya anda melihat persaudaraan tanpa iman, ia hanyalah persaudaraan dusta, tiada akar umbi dan tiada berbuah. Seandainya anda melihat iman tanpa persaudaraan, maka ia hanyalah iman yang lemah tidak sampai tahap yang sepatutnya dan kadang kala sampai membawa kepada permusuhan. 

Firman Allah:

“Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa”. (Az-Zukhruf: 67)


2. Kelebihan persaudaraan

Persaudaraan Islam mempunyai banyak kelebihan dan faedah yang besar berupa ganjaran dan pahala kerana ia membawa kesan yang baik ke dalam masyarakat dalam usaha menyatukan pandangan, mengumpulkan barisan dan mempertautkan hati. Di antara kelebihan tersebut ialah:

- Mereka yang menghidupkan persaudaraan Islam merasai kemanisan iman tetapi selain mereka tidak dapat merasainya. 

Daripada Anas bin Malik r.a bahawa nabi saw bersabda:

“Tiga perkara sesiapa yang terdapat padanya akan merasai kemanisan iman; iaitu orang yang menjadikan Allah dan rasulNya lebih dicintai daripada yang lainnya, mengasihi seseorang semata-mata kerana Allah dan membenci kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan dirinya sepertimana ia membenci dihumbankan ke dalam api neraka”. (Bukhari)

- Mereka berada di dalam lembayung kasih sayang ilahi dan mendapat naungan Arasy Allah. Allah akan berkata pada hari Kiamat nanti seperti yang dinyatakan dalam sebuah hadith Qudsi daripada Abu Hurairah r.a:

“Manakah orang-orang yang berkasih sayang keranaKu? Pada hari ini Aku akan menaungi mereka di bawah naunganKu pada hari tiada naungan melainkan naunganKu”. (Muslim)

Dalam sebuah hadith daripada Abu Hurairah r.a nabi saw bersabda:

“Tujuh golongan yang akan mendapat naungan Allah pada hari tiada naungan kecuali naunganNya, mereka….dua orang lelaki yang berkasih sayang kerana Allah yang bertemu dan berpisah keranaNya”. (Bukhari)

Daripada Abu Hurairah r.a, nabi saw bersabda:

“Ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya di daerah yang lain, lalu Allah menghantar Malaikat untuk menyusulnya. Malaikat itu mendekatinya sambil bertanya: “Ke mana anda ingin pergi?”. Lalu dijawab lelaki itu: “Saya ingin menziarahi saudara saya di daerah ini”. Malaikat bertanya lagi untuk mengujinya: “Adakah anda akan mendapat apa-apa keuntungan daripada ziarah ini?”. Lalu dijawab lelaki itu: “Tidak, aku menziarahinya semata-mata kerana cintaku kepadanya kerana Alla”h. Malaikat itu menjelaskan: “Aku sebenarnya diutus Allah kepadamu untuk menyatakan bahawa Allah menyukaimu sebagaimana anda menyukai saudaramu kerana Allah”. (Muslim)

- Mereka adalah penghuni syurga di hari Kiamat. 

Hadith nabi daripada Abu Hurairah r.a, nabi saw bersabda:

“Barangsiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah, maka malaikat akan berseru kepasda keduanya supaya kamu mendapat kebaikan dan kebahagiaan akan mengiringi kamu dan akhirnya kamu mendiami tempat di syurga”. (Tirmizi)

Daripada Abu Hurairah r.a bahwa nabi saw bersabda:

“Di sekeliling Arasy terdapat mimbar daripada cahaya, di dalamnya ada satu kaum yang memakai pakaian daripada cahaya, wajah mereka kelihatan bercahaya, mereka bukan anbiya’ dan bukan syuhada’ bahkan para nabiya’ dan syuhada’ senang hati dengan mereka. Lalu sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, terangkan kepada kami siapakah mereka?. Nabi menjawab: Mereka adalah golongan yang saling berkasih saying kerana Allah (di jalan Allah), mereka saling bersaudara kerana Allah dan saling ziarah-menziarahi kerana Allah”. (Al-Iraqi berkata perawinya dipercayai)

- Persaudaraan termasuk perbuatan paling utama dan ibadah yang mendekatkan hamba kepada Allah.

Daripada Barra’ bin Azib r.a bahawa nabi saw pernah ditanya tentang iman yang paling utama. Nabi saw bersabda:

“Kamu cinta kerana Allah dan kamu benci kerana Allah”. Ada sahabat bertanya: “Apakah maksudnya wahai Rasulullah?”. Nabi menjawab: “Kamu menyukai manusia sebagaimana kamu menyukai dirimu sendiri dan membenci mereka sebagaimana kamu membenci dirimu sendiri”. (Al-Munziri)

- Mereka diampunkan dosa-dosanya. 

Daripada al-Barra’ bin Azib bahawa nabi saw bersabda:

“Apabila dua orang Islam bertemu dan bersalaman, maka lenyaplah dosa-dosa mereka berdua sepertimana daun-daun yang gugur dari pokok pada malam yang sangat dingin”. (Al-Iraqi berkata sanadnya lemah)

3. Syarat dan hak

- Syaratnya hendaklah kerana Allah dan demi mengharapkan keredhaan Allah, bukan mengingini apa-apa manfaat, atau kepentingan dan bukan kerana tujuan-tujuan keduniaan, tetapi matlamatnya hanya mengharapkan keredhaan Allah yang pertama dan terakhir, dan menguatkan binaan dalaman umat Islam bagi menghadapi serang pemikiran dan ketenteraan yang bercita-cita merosakkan akidah umat dan agamanya.  

Daripada Umar bin al-Khattab r.a bahwa nabi saw bersabda:

“Sesuatu pekerjaan dimulakan dengan niat..”. (Bukhari)

- Hendaklah saling bantu-membantu semasa senang dan susah, gembira dan duka, lapang dan sempit. Nabi as telah memohon Allah SWT untuk menguatkan usahanya menyampaikan dakwah dengan mengutuskan saudaranya nabi Haron as. Katanya:

“Dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku. (yaitu) Harun, saudaraku. Teguhkanlah dengan dia kekuatanku. Dan jadikankanlah dia sekutu dalam urusanku. Supaya kami banyak bertasbih kepada Engkau. Dan banyak mengingat Engkau. Sesungguhnya Engkau adalah Maha melihat (keadaan) kami". (Thaha: 29-35)

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa nabi saw bersabda:

“Tiada satupun hartabenda seseorang yang boleh memberi manfaat kepadaku seperti manfaatnya harta Abu Bakr”. (Tirmizi)

Daripada Abdullah bin Umar r.a bahawa nabi saw:

“Seorang muslim adalah saudara kepada muslim yang lain, oleh itu janganlah kamu menzaliminya, membiarkannya dan tidak menolongnya..seseorang itu dikira melakukan kejahatan sekiranya menjauhi saudaranya melebihi tiga hari, ketika kamu bertemu sebutlah ini dan sebutlah ini, sebaik-baiknya dimulakan dengan memberi salam”. (Muslim)

- Menunaikan hak-hak yang umum di dalam Islam kepada saudara yang lain sekurang-kurang. 

Daripada Abu Hurairah dari nabi saw:

“Hak muslim ke atas muslim yang lain ada enam; apabila bertemu ucaplah salam kepadanya, apabila bersin ucapkanlah yarhamkallah, apabila sakit pergilah menziarahinya, apabila mati iringilah jenazahnya, apabila bersumpah bersihkan dirinya dan apabila dijemput penuhilah jemputannya”. (Muslim)

4. Contoh perlaksanaan persaudaraan

- Contoh pertama yang terbayang di benak muslim dalam perlaksanaan persaudaran ialah seperti yang dilakukan oleh nabi saw yang telah mempersaudarakan golongan Muhajirin dan Ansar, Aus dan Khazraj. Nabi saw telah memegang kedua-dua tangan golongan Muhajirin dan Ansar sambil bersabda:

“Kalian telah dipersaudarakan kerana Allah dua orang dua orang”.

Justeru baginda telah mempersaudarakan Saad bin Rabi’ dan Abdul Rahman bin Auf. Oleh itu Saad telah menawarkan Abdul Rahman untuk membahagikan separuh daripada hartanya, memberikan satu rumahnya dan menceraikan salah seorang isterinya untuk dikahwinkan kepada Abdul Rahman. Begitulah berhati mulianya golongan Ansar menyantuni golongan Muhajirin.

Namun Abdul Rahman menolaknya: “Biarkanlah harta, rumah dan isterimu untukmu..tetapi tunjukkanku di mana pasar supaya aku boleh berniaga!”.

Saad meminjamkan beberapa dirham bagi memulakan perniagaan. Lalu Allah telah membuka pintu rezeki kepada Abdul Rahman.

Firman Allah:

“ (juga) bagi orang fakir yang berhijrah yang diusir dari kampung halaman dan dari harta benda mereka (karena) mencari karunia dari Allah dan keridhaan-Nya dan mereka menolong Allah dan RasulNya. mereka Itulah orang-orang yang benar. Dan orang-orang yang Telah menempati kota Madinah dan Telah beriman (Anshor) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka (Anshor) 'mencintai' orang yang berhijrah kepada mereka (Muhajirin). dan mereka (Anshor) tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (Muhajirin); dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan. dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka Itulah orang orang yang beruntung”. 
(Al-Hasyr: 8-9)

- Semasa tentera muslimin Berjaya menawan 70 orang musyrikin di Badar terdapat saudara kandung Mus’ab bin Umair, bernama Aziz sebagai tawanan.

Lalu Mus’ab melihat saudaranya sambil berkata kepada sahabat lain: “Layanlah dengan keras ke atas tawananmu ini, dan mintalah darinya berapa banyak harta yang kamu ingini kerana ibunya seorang yang berharta (kaya).

Lantas Aziz berkata: “Adakah patut kamu berkata begitu kepada saudara kandungmu? Namun Mus’ab menempelaknya dengan berkata sambil menunjukkan kepada tentera muslim: “Kamu bukan saudara aku tetapi dialah saudara aku, bukan kamu!!”.

Rumusannya bahawa persaudaraan kerana agama lebih kuat daripada persaudaraan kerana nasab atau keturunan terutama ketika berbeza akidah dan agama.


Artikel ini telah di salin tampal/ edit sikit dari:
http://zadud-duat.blogspot.com/2010/10/persaudaraan-islam.html 

oh patutlah.. segalanya sudah terjawab.. Semoga Allah mengampuni kesalahan kita semua kerana tidak memahami apa itu persaudaraan kerana Allah.

Isnin, 4 Oktober 2010

Tapai kegemaranku

Ahad lepas dengar forum..


Kajian telah menunjukkan 2% alkohol wujud dalam tapai. Dan alkohol telah terbentuk selepas 5 jam proses pengawetan dilakukan. (Sumber: Pakar..)


Fatwa Yusuf Qardhawi: Alkohol hanya dibenarkan sebanyak 0.5% dalam makanan.


Jadi?! Bolekah kita memakan tapai? Jawapannya.. tidak boleh. Kerana jumlah alkohol yang ada dalamnya sangat tinggi dari peratus yang dibenarkan.


Selamat tinggal tapai. Setakat tak boleh makan tapai je.. ok apa. Banyak lagi makanan lain boleh dimakan. Redha Allah lebih penting.

Sabtu, 2 Oktober 2010

Hai

Semakin rajin meng 'update' blog semenjak dua menjak ni?


Selalu memberi alasan sibuk atas kerja dan tanggungjawab yang tidak dapat disempurnakan.


Patutkah apabila berjumpa Allah kelak apabila Allah bertanya:  


Kenapa kamu tidak menyempurnakan solat kamu sesempurna yang kamu mampu?


Lalu kita menjawab:  


Duhai Allah, aku sibuk dengan kerjaku sebagai ahli ubat..
oh alangkah ruginya kita..


Lebih rugi lagi jika:  


Duhai Allah, aku terlalu sibuk kejarkan kebahagiaan dunia hingga aku lupa pada kebahagiaan hari akhir ku


Itulah sebabnya penting untuk kita MEMPERBAHARUI NIAT dalam setiap tindakan dan pekerjaan kita di dunia ini. 

Segala pekerjaan dan perbuatan adalah ibadah dan mendekatkan kita pada Allah jika ia DINIATKAN hanya pada Allah..


Mahu diulang sekali lagi. Diri kita yang membuat keputusan untuk sibuk dengan apa..

Entri terkenal