Dan aku tahu, ada rakanku yang cuba menafikan rasa sedih itu kerana tidak mahu ia mengganggu perjalanan hidupmu yang penuh dengan tanggungjawab dan amanah.
Walau sebesar mana pun kesedihan kamu wahai rakanku, ALLAH masih ada mendengar segala rintihanmu. Siapa pun sahabat kamu yang mendengar, dia tetap seorang manusia. Sahabatmu itu tidakkan mampu membantu dalam semua urusanmu. Tapi ALLAH PASTI MAMPU. YAKIN dan PERCAYALAH.
Sedih, pasti kerana banyak sebab. Walau apa pun sebab itu, ALLAH PASTI TAHU MENGAPA KAMU MENGALIRKAN AIRMATA ditempat solat. Iya rakanku. AKU PERCAYA dan YAKIN ALLAH SANGAT TAHU dan FAHAM. Yang lebih penting.. ALLAH SENTIASA berada DEKAT dengan aku dan kamu untuk mendengar segala rintihan kesedihan hambaNya.
Jika ALLAH YANG MAHA MULIA, YANG SATU-SATUNYA LAYAK DISEMBAH, mendengar dan memahami kesedihan kita.. Adakah ia tidak cukup untuk mengembirakan kita?
Umpamanya, seorang rakyat yang miskin, hina dina, tidak empunya apa-apa datang mengadu kepada perdana menteri yang jadualnya sibuk sepanjang tahun. Dan perdana menteri tersebut meluangkan masanya untuk mendengar segala aduan rakyatnya. Alangkah gembiranya rakyat tersebut. Lebih-lebih lagi jika perdana menteri telah menjanjikan suatu tindakan untuk membantu.
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa, apabila dia berdoa padaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu agar mereka memperoleh kebenaran”
Al-Baqarah: 186
Dan yang lebih penting, kesedihan kamu itu sebenarnya sekejap sahaja. Kerana dunia ini akan hancur.. Membawa bersama segala kehidupan sementara yang telah menyedihkan hatimu itu. Kamu akan bertemu kegembiraan yang kekal. Jika kamu bersabar. Sabar yang dituntut juga bukanlah sesuatu yang lama dan kekal. Hanya sementara. Sementara kita masih berjalan dimuka bumi ini.
Andai kamu kecewa kerana perbuatan manusia yang sentiasa menghampakanmu, sedarlah manusia sememangnya tidak mampu memenuhi semua harapanmu; walaupun dia seseorang yang kamu anggap sahabat. Kecewamu itu tidak akan panjang wahai rakanku, kerana kecewa itu hanyalah didunia. Dunia ini sementara wahai rakanku.
Kamu bersedih kerana salah manusia lain selama kamu mengenali/tidak mengenali dia?.. Usahlah bersedih lagi, kerana kamu dan dia sama-sama akan bertemu YANG MAHA PENCIPTA tidak lama lagi. Pembelaan Allah adalah PASTI.
Usahlah bersedih lagi di dunia yang sekejap ini. Kerana kamu PASTI akan mendapat pembelaan dari ALLAH, Tuhan Yang Maha Besar.
Teruskan urusan akhiratmu didunia ini. Pastikan segala urusan dunia itu menjadi bekal diakhirat kelak. Sedih itu akan terubat dengan imanmu pada ALLAH dan hari akhirat. Insya Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan