Selasa, 29 September 2009

Lupa lagi

Kawan-kawan pernah terlupa? aiseh, takkan lah tak pernah lupa pulakkan.. Kali ni penulis nak berkongsi hikmah lupa yang Allah buat dan beri pada kita. Yelah, kadang-kadang kita ni geram sangat kalau kita terlupa kann.. Nak-nak kalau ada temu janji, pastu orang yang kita janji tu pulak terlupa. Dah sejam tunggu baru cakap “eh terlupa”. Tak ke sakit jiwa jadi nya? Haii tak payahlah sakit jiwa.. Masing-masing pun pelupa.

Dulu penulis dah pernah sebut, manusia itu asal perkataan dari insan. Insan pulak adalah salah satu dari kata terbitan ‘nasi’. Bukan nasik kita makanlah. Ini ni perkataan arab, nasi-un. Maknanya lupa.

Masalah lupa itu perkara biasa. tapi janganlah biasa sangat terlupa. Nanti susah nak hidup. Kita kan ada banyak masalah dalam hidup. Inilah fungsi dan hikmah lupa. Dengan adanya lupa, kita akan tabah menjalani hidup walaupun masalah kita bertimbun-timbun.

Kita semua pasti ada perkara yang susah betul kita nak di lupakan kan? Asik tersemat elok je kat kepala tu. Lagi nak lupa, lagi ‘dia’ datang. Tapi itu pun kita boleh terlupa jugak apa.. Bila dah sibuk dan banyak urusan-urusan penting yang perlu diselesaikan.

Sama jugak kalau kita marah. dengan tiadanya lupa yang diberi Allah itu, agak-agak bolehkah kita jadi sejuk dan reda? hehe, boleh tapi entah bila kan?.. Dengan adanya lupa, kita pun boleh jadi pemaaf.. Haa bagus sebenarnya pelupa nikan..

Tapi janganlah maksimumkan penggunaan sifat ‘pelupa’ ini semasa kita belajar dan menuntut ilmu. hehe. Terkena batang hidung sendiri dah ni. Bukan kita sengaja nak lupakan? TER-lupa, haa, ni dah tulis huruf besar semua dah ni.. -TER- .. Apa-apa lah alasan pun, bergantunglah pada diri kita macam mana kita nak manipulasi segala kebaikan dan keburukan yang ada pada kita itu menjadi perkara yang memberi keuntungan pada kita diakhirat kelak..

Lupakanlah apa yang patut dilupakan itu. Mari kita ingat perkara yang patut kita ingat sahaja..

Isnin, 21 September 2009

Mengapa dan mengapa

Apabila kita berbuat sesuatu, perkara yang paling penting adalah kita memahami apa yang kita lakukan dan tahu untuk apa kita lakukan perkara tersebut.

Contoh senangnya begini: Ramai pelajar perempuan sekolah agama akan melayang tudung sebaik sahaja keluar dari sekolah. Walaupun disekolah tudungnya yang putih bersih itu labuh menutup aurat.

Kembalilah pada Allah. Luangkan masa untuk diri sendiri. Renunglah sejenak mengapa aku melakukan itu dan ini. Untuk apa aku lakukannya. Dapatkan penjelasan dari orang yang sepatutnya jika tidak bertemu sebab dan tujuan melakukan.

Ikut-ikutan tidak akan membawa pada istiqamah dan istimror. Hanya kefahaman, pengetahuan dan azam yang kuat sahaja yang menyebabkan kita akan terus melakukan amal solih.

Ya tepat sekali kefahaman mesti disertai dengan keazaman yang kuat untuk melakukan. Insya Allah kita akan diberi peluang melakukan..

Ahad, 20 September 2009

Alasan je tuh

Ala aku tak famous

–begitu pentingkah populariti untuk menyeru orang lain? Jika ada, ia Cuma satu bonus dan ujian.

Dia tak pela ade kelebihan macam-macam
–jika asyik melihat orang lain, sememangnya kita akan melupakan diri sendiri

Aku tak pandai
–jika mengetahui keadaan diri, baikilah.. tambahlah ilmu

Aku takde pape, nak bercakap pun tak berani
–benarkah tiada apa-apa? Setiap manusia diciptakan dengan kelebihan dan kekurangan. Pastikan kita betul-betul mengenali diri.

Ilmu aku sikit je
–sikit tidak terlepas dari tanggungjawab menyebarkan kebenaran. Masih boleh menambah. Ilmu boleh dicari

Eh, nanti buat ajaran sesat pula
–sebelum beramal pasti ada pemahaman. Keranaa itu kita mempunyai ramai teman seperjuangan yang bersedia membantu kita memperbaiki diri. Mesti optimis. jangan terlalu pesimis.

Tak pela ramai lagi orang lain yang lebih hebat dan bagus
–Mahu biar orang lebih bagus dari kita sahaja mendapat pahala? Ayuh rebutlah pahala sebanyak mungkin

Bukan tak nak buat tapi tak bersedia lagi
– mahu benar-benar bersedia? Lojikkah alasan ini dibentang di hadapan Allah kelak setelah Allah memberitahu senarai nikmat yang telah Dia kurniakan pada kita?

Aku bukannya baik sangat
–Islam sentiasa memberi ruang kepada umatnya untuk memperbaiki diri. Bila-bila masa dan peringkat usia.

Taknaklah, nanti orang cakap aku skema, begitu dan begini
–adakah apa orang cakap itu lebih kita ambil tahu dari kedudukan kita di sisi Allah?

Malulaaa, aku bukannya biasa buat
–Dimanakah sepatutnya malu kita perlu disalurkan? Adakah kita sepatutnya malu dengan Allah kerana berbuat baik?? Aiseh Atau malu dengan Allah kerana tidak berbuat baik seperti yang telah diperintahkan Allah?

Sabtu, 19 September 2009

Peram-peram, tak basi punya 4

Dalam perubatan, penyakit kronik adalah penyakit yang sudah lama mendiami penghuninya. Dan ‘kekronikkan’ itu menjadi lebih teruk jika empunya badan tidak sedar yang mereka telah diserang penyakit tersebut. Ia sukar diubati. SUKAR bukan TIADA. Jika diubati pun, kesan adverse ubat pasti akan kelihatan. Kerana penyakit kronik, memerlukan tempoh rawatan yang lama sebagaimana lamanya penyakit tersebut.

Itu penyakit fizikal. Kita masih ada para doktor, ahli farmasi, jururawat, specialist dan segala profesional kesihatan untuk membantu proses rawatan dan pencegahan. Jika penyakit sosial, siapakah yang bertanggungjawab?

Ustaz? Orang alim? Imam? Ketua kampung? Mufti? Hadooooiii haii. Inilah masalah kita semua. Kita tidak dapat mengenal pasti SIAPAkah yang akan bertugas sebagai ‘doktor’ dan pasukan perawat penyakit sosial.

Jawapannya, sesiapa sahaja yang telah menyedari merebaknya penyakit sosial dan memahami tanggungjawab menyampaikan. Sesiapa sahaja. omputih cakap ANYONE. Jangan tunggu ustaz. Jangan tunggu Mufti atau orang yang lebih baik dari kita.. Allah tidak melihat jawatan dan kerjaya yang disandang kita. Allah memandang pada apa yang kita lakukan. Tugas ini bukan tugas pasukan tertentu, organisasi tertentu, atau individu tertentu. Ia tugas dan TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA.

Sedarkan masyarakat kita yang sedang tidur dan tidak menyedari penyakit kronik mereka. Bukan mudah untuk mereka menerima yang mereka sedang sakit.

Sekurang-kurang kita ada satu cita-cita untuk mengembalikan Islam ke dalam hati setiap individu yang mendiami negara kita Malaysia.. SEKURANG-KURANGNYA.

Kemenangan dipihak yang batil kerana kecuaian dipihak yang benar. Kita mencuaikan tugas kita.. Ayuh kawan-kawan bangkitlah. Berbuatlah sesuatu. Semoga kita kembali pada Allah dengan satu bekalan yang tidak memalukan kita di hadapan Allah kelak. Allah telah memberikan kita satu nikmat yang paling berharga: ISLAM. Adakah adil jika pulang menghadap-Nya dengan tangan kosong???

Setelah berjela menulis, inilah sebabnya mengapa penulis gagahkan diri menggunakan internet walaupun tak minat!

p/s: ni penulis nak BISIK ni ~baca senyap-senyap tau~. Sebelum balik cuti hari tu, kawan-kawan sekelas penulis sibuk berbincang mengenai facebook.PAda pendapat penulis ok je kalau ade akaun kat fb tu. Cuma jagalah segala batasan yang Allah dah gariskan. jangan sampai terabai solat (maksudnya main game dalam tu sampai solat pun lambat), kesihatan (tak tidur malam), tanggungjawab (terpaksa ponteng kelas atau terlupa kerja-kerja yang patut diselesaikan), hukum hakam (mengata orang sana-sini, ngumpat, dan menyusahkan hidup orang lain). KAlau jadi gini, apa-apa pun jadi tak boleh. bukan fb je.

Jumaat, 18 September 2009

Peram-peram, tak basi punya 3

Cubalah kawan-kawan duduk dan belek akhbar harian yang berada dipasaran sekarang. Analisa dan perhatikan berapa mukasuratkah dari sebanyak-banyak muka akhbar memaparkan berita kebejatan sosial masyarakat? Dari isu kahwin sekejap dan bercerai, hinggalah kepada kes buang anak dan bunuh sana-sini. Apakah maksud semua ini?

Adakah kita hanya sibuk dengan urusan di dalam kampus sahaja?

Ya-ya, exam ni. Susah tau kos saya ni. very tough. kene studi lebih sikit dari orang lain.

Atau

hanya keluar ke pejabat pagi-pagi selepas solat subuh, khusyuk melakukan segala kerja di tempat kerja dan malam kembali ke rumah kepenatan terus tertidur tanpa sedar apakah yang telah berlaku pada rakan serumah atau jiran tetangga kita?

Sekarang mari kita beralih kepada DUNIA TANPA SEMPADAN (internet) kita. Belum klik mana-mana laman, sudah ‘terpop up’ segala benda pelik dan lucah.

“Eh? apa ni?” “Ngacaulah benda ni”.

Kemudian, kita pun menekan punat tutup laman sambil beristighfar dan meneruskan kerja-kerja kita.. Jika sekali, mungkin ia boleh diabaikan. Tetapi ia tidak mungkin sekali.

Kawan-kawan, ayuh kita renung bersama. Tiada simpatikah kita pada masyarakat kita yang rosak dan tidak mengenal Allah? Jika mengenal Allah pun tidak, kita mengharapkan mereka meniggalkan segala kebejatan sosial kerana takutkan seksaan hari akhirat? oooohhh sudah semestinya sungguh luar biasa sekali. Itu seperti memberikan segala jenis ubat kepada seseorang yang sedang sakit kronik dan tidak tahu yang dia sedang kronik. Mustahil dia mahu mengambil ubat. Sudahlah tidak sedap, menyusahkan, pelbagai jenis pula.

Inilah keadaan masyarakat kita sekarang. KRONIK. Masyarakat kita sedang KRONIK dengan penyakit sosial. Pergaulan lelaki perempuan tanpa batasan telah di KRONIK kan lagi dengan DUNIA TANPA BATASAN. Ha, amik tu terbesar pulak dah tulisan ni..

Khamis, 17 September 2009

Peram-peram, tak basi punya 2

Isunya: Dunia tanpa sempadan

Kawan-kawan, ini adalah kali kedua penulis bertemu dengan sesuatu yang lucah di internet. BARU KALI KEDUA ok. Entah orang lain sudah kali ke berapa ratus pun tidaklah diketahui. Mungkin juga ada yang masih belum terkena.

Semasa kali pertama dahulu, penulis tidak sedar lansung yang laman lucah ‘terpop up’ ke skrin. Kali ini penulis sendiri ‘terklik’ ke laman berkenan. Siapa sangka dengan tajuk blog seperti “itu” akan menyebabkan penulis bertemu sesuatu yang mengganggu jiwa dan iman. Ya, iman siapa tidak terganggu dengan penulisan sebegitu? Sungguh dahsyat. Seolah-olah menganggap Allah tidak mengetahui apakah isi penulisannya. Baru membaca perenggan pertam dan tidak sanggup lagi meneruskan pembacaan. Ketahuilah ini suatu indikasi kerosakkan masyarakat. Satu dari BErJUTA bukti kerosakkan masyarakat.

Kawan-kawan,

Selama hampir 8-9 tahun penulis melayari internet, tahun inilah tahun mimpi ngeri dengan internet kerana dua pengalaman di atas. Penulis adalah pemudi. dan tidak boleh lagi dikategorikan sebagai kanak-kanak. Berapa ramai lagi pengguna internet jatuh dalam golongan kanak-kanak dan pemudi? Itu belum lagi pemuda, orang dewasa, budak kecil, orang tua dan sesiapa sahaja. Penggunaan internet sekarang tiada batas. TIADA BATAS. Sesiapa sahaja, di mana sahaja, apa sahaja, semuanya ada.

Sememangnya kita pun tahu, internet adalah DUNIA TANPA SEMPADAN. Semuanya ada di internet. Mahu tahu apa? Tekan sahaja, segala jenis ejen carian ada. Dari yang berbayar kepada yang tidak berbayar. Sekalipun di tengah malam, masa bukanlah halangan untuk melayari internet. Internet telah melepasi sempadan waktu, bangsa, agama, budaya, geografi dan segala-galanya. (Ops kecuali kekuasaan Allah).

Sememangnya internet sudah banyak memudahkan kita. Jika mahu menyelesaikan assignment, lab report, thesis dan kajian kes; ‘copy and paste’ sahaja. Eh, salah tu. Terpecah rahsia pula. Oh, bukan penulis dan kawan-kawan yang membaca blog inilah. Itu kes terpencil.. (Aiseh melencong dah, ok-ok sambung balik).

Tidak perlu penulis senaraikan baik dan buruk internet di blog ini. Pasti semuanya tahu apakah senarai tersebut. Apa yang penulis mahu lakukan di sini adalah SERUAN. Seruan kepada kebaikan. Kebaikan yang benar menurut neraca Al-Quran dan keredhaan Allah.

Rabu, 16 September 2009

Peram-peram, tak basi punya 1

Sebenarnya ada macam-macam isu yang ingin dikongsi bersama masyarakat Malaysia dan sesiapa sahaja yang mampu memahami Bahasa Melayu.

Tulis-tulis, peram-peram. Pelbagai lah alasannya. Antara alasan lapuk adalah sibuk dan tiada ‘sense’ untuk melayari internet. Walaupun sudah berada pada zaman “dunia tanpa sempadan”, hingga sekarang penulis rasa tiada minat langsung dengan internet. Baik dari segi programming, blogging, berkawan siber dan apa-apa sahajalah yang berkaitan dengan komputer. (Pelik betul kan? Sudahlah mengendalikan 2-3 blog, tetapi masih berkata tidak minat. Yang dahsyatnya jika sudah ‘berlayar’ 2-3 jam pun tidaklah disedari, masih mengaku tidak berminat).

Kebiasaannya tulisan akan diperam sehingga masak barulah ia diterbitkan. Akan tetapi, entri kali ini tidak akan diperam. Ia masih fresh segar bugar.

Pagi tadi penulis berlayar lagi. Asalnya mahu menghantar surat yang telah dijanjikan pada seorang sahabat. Sambil mengarang surat, melawatlah laman-laman lain juga. Setelah berpuluh kali ‘log in’ ke wordpress, inilah kali pertama penulis cuba membuka senarai-senarai blog yang terpapar di skrin dashboard.

Membaca sepintas lalu tulisan-tulisan tokoh-tokoh dakwah dan pemimpin negara memang menjadi sumber inspirasi. Hanya dengan susunan kata-kata mereka sahaja boleh menjadikan pembaca blog mereka terpaku dan meneruskan pembacaan. Walaupun kadang-kadang tulisan mereka tidak ‘sealiran’ dengan pendapat dan fikiran penulis.

Tiba-tiba, kekhusyukkan dan kebahagiaan penulis terganggu apabila menekan pada salah satu dari ‘tab’ yang banyak itu. Ya ALLAH! Blog menulis perkara lucah! Sakitnya hati. Terasa kepala pening tiba-tiba. Apa ini? Kenapa pagi-pagi lagi ‘ter’ klik blog macam ni? Astaghfirullah al-azim. MARAH betul tau. TAK SUKA sangat-sangat. Habis kotor hati dan kepala.

Kawan-kawan, dengan peristiwa ini, penulis merasa betul-betul terpanggil untuk membincangkan isu ini di blog penulis. Walaupun sebelum ini, penulis lebih cenderung untuk berkongsi mengenai aqidah dan tauhid tapi kali ini penulis ‘terpaksa’ dan memaksa diri sendiri untuk menulis isu ini. Apakah isunya?

Haaaa, jeng-jeng.. nanti dalam entri kemudian ye

Selasa, 15 September 2009

Miaow 3 -terakhir-

Cuba fikir betul-betul. Kalau cakap benar kene marah dengan pensyarah, tapi Allah tak marah kita. Dan kita terlepas dari azab akhirat. Sebab tidak ada dosa terkumpul kerana cakap bohong.

Cuba kalau cakap bohong. Memang lah pensyarah tidak marah. Tapi Allah dah murka. Mana kita takut? Murka Allah ke Murka pensyarah? Apa sangat pensyarah kita boleh buat jika berbanding dengan kekuasaan Allah? Berbohong sekejap didunia, tapi seksa akhirat yang bakal kita lalui nanti lagi dahsyat. Sanggup ke?

oleh itu kawan-kawan, sebagai orang Islam, kita mestilah memandang jauh ke hadapan. Kita lebih maju dari orang kafir, sebab kita merancang hingga ke hari akhirat. Hari yang kita tak tahu bila kita akan ke sana. Tapi orang kafir hanya merancang untuk hidup di dunia ini sahaja.. k, semoga kawan-kawan lebih bersemangat untuk menjadi yang terbaik di sisi Allah.

Mari buru lailatul qadr. MAsa dah semakin suntuk ni

Isnin, 14 September 2009

Sedihnyaaa

Ramadhan sudah tinggal beberapa hari sahaja lagi. Ayuh kita gandakan segala amal solih. Jangan tangguh-tangguh.

Cantas semua amal dosa. Mohon sebanyak-banyak ampun. Kita belum pasti akan bertemu Ramadhan akan datang..

Ahad, 13 September 2009

Miau 2

Sudahlah banyak riwayat hadis, suka kucing pulak tu.. Jadi pengajaran kali ini adalah, kita mesti ada rasa kasih pada makhluk Allah yang lain. Mereka juga amanah Allah pada kita. Berdosa kalau kita buat tak baik dengan mereka. Contohnya kalau nampak semut telah berbaris banyak-banyak. Janganlah saja-saja rendam dan rosakkan barisan mereka. Mereka tak mengganggu pun. Kalau mengganggu tu lain ceritalah jugak.

Islam ajar kita belas dengan haiwan. Kalau tengok cara nak sembelih pun ada cara, supaya binatang tak terseksa. Haa nampak tu, dengan haiwan pun kita kena buat baik. Itu kira haiwan kita nak makan tuh. Bukannya haiwan kita nak bela buat binatang kesayangan pun. Islam ni cantik sebenarnya. Tapi mata kita ni kadang-kadang tak cukup “magnification” nak tengok keindahan yang ada pada Islam..

Islam suruh kita jadi baik. Tapi kita takut sangat orang label kita ‘skema’. Kenapa takut sangat nak jadi baik? Yang paling penting sekali, kenapa kalau nak buat baik 100 kali fikir, tapi kalau buat maksiat, tak fikir pun boleh buat. Kenapa kita jadi macam tu ye?

Sebab kita berfikiran pendek lah. Opps tertembak pula. Ini memang betul-betul jadi. Kat mana-mana pun ada benda macam ni. Rugi kah kalau kita cakap benar? Rugi kah kalau kita menjaga pandangan dari melihat benda-benda haram? rugi kah kalau kita makan makanan yang halal dan toyyibah (maksudnya boikot makanan yang kene boikot lah, bukan setakat makan yang ada tanda halal sahaja)..

Entri terkenal