Rabu, 3 Disember 2008

BAiT-BAiT 2

Lagu sekolah biasanya memang bagus-bagus, tapi kita ni kalau nyanyi lagu skolah masa perhimpunan dulu –untuk sapa yang tak sekolah dah la- macam kena pukau kan?? tah apa yang kita sebut tu, main sebut jerr. Nak-nak lagi, kalau lagu skolah tu bahasa arab. Lagi lah menJADI, aktiviti “menggerakkan mulut” di pagi pertama persekolahan. Nak cakap nyerr, lagu sekolah di atas tu bukan sahaja ::bermakna:: untuk pelajar skolah Al-Islah, tetapi untuk sesiapa yang dapat memahami ‘makna dan nilai’ yang ada di sebalik lirik lagu ini.

Kita ni kan slalu je menyia-nyiakan kejadian di sekeliling kita kan? Kadang-kadang tu, siap persoal pulaks “kenapa lah kejadian ni jadi pada aku dan bukan pada orang lain”.. Tu okay jugak sebab fikir jugak kenapa kejadian itu terjadi. Yang tak tahan nya, pesen (fesyen/jenis) “apa jadi lantaklah, asalkan hidup ku bahagia”..

Sebab tu kita kena rajin-rajin doa dengan Allah, biar kita ni sentiasa dapat hidayah Allah dalam apa jua keadaan. Sekali tak de (walaupun sekali je) hidayah Allah, susah lah kita nak jadikan setiap apa yang berlaku itu sebagai ‘peluang’ untuk kebahagiaan di akhirat..

(aiseh, penulis ni memang gemar bebenar nulis sehingga l.a.r.i dari topik –ingatkan bercakap je senang nak melencong, rupanya menulis ni lagi senang nak ‘lencong’.. hihi. Itu lah sebab bila nak nulis sesuatu entri penulis kena bubuh tajuk entri je dalam kepala.. Kalau tak, “ini” lah jadi nya. Waduh lencong lagi. Sian kengkawan kan.. baca nak dapat input, tapi kena ‘lencong’ sesama dengan penulis.)

Nak sambung lagi sikit fasal maksud di sebalik lagu skolah ni. Kan di atas tu ada rangkap ‘Al-Islah nama sekolah, Al-Islah harapan ummah, Al-Islah penjalin ukhuwwah’. Kalau di lihat dari segi zahirnya, mmg lah macam mendoakan sekolah tersebut. Tapi di segi maknawi nya, Al-Islah itu kan makna nya perubahan.. (Haa dah masuk topik yang dah lama penulis nak kongsi dengan kawan-kawan pembaca tapi tak jumpa ‘teknik’ nak cerita sebelum ni). Tahu tak perubahan itu sangat sukar untuk dilakukan. Sama ada perubahan itu adalah perubahan berbentuk fizikal (nampak) atau spiritual (tak nampak). Perubaan fizikal memerlukan kepada perubahan mental dan spritual. Tak boleh pisah. Haaa, ni yang rasa macam nak mula bersyarah (padahal dah berjela dah bersyarah). Sapa bulih tahan nak baca lagi, sila lah teruskan. Yang tak tahan tu.. gi lah amik wudhu ke, minum air ke, buat yoga ke (eh, dah tak boleh buat! silap cadangan pulak)..

Okay berbalik kepada topik asal –perubahan-. Penulis nak sentuh fasal praktikal perubahan diri dan pemikiran. Biasanya, untuk berubah, kita memerlukan persekitaran baru. Tapi takkan lah kita nak tunggu persekitaran baru, baru kita nak berhempas pulas utk berubah.. Macam lah kita ni tahu sangat ajal kita bila.

bersambung

Tiada ulasan:

Entri terkenal