Disebabkan penulis ini berhi(gemar) do’oh(sangat) ‘melencong’ maka penulis buat lah satu entri fasal melencong ni. Supaya dapat melencong puas-puas..(bukan nak turut hawa nafsu yang suka melencong, tapi ajar nafsu ni macam mana cara nya nak melencong tapi masih berada di atas jalan lurus). fuh, konpem kengkawan pening,nak melencong, tapi nak duduk atas jalan lurus??. Macam tak boleh je. Senang cerita, nak ajar nafsu ni ikut iman.BUKAN iman ikut nafsu.
Seronok tak melencong? Bukan melanconglah.. -ME.LEN.CONG-. Kalau bercakap, memang mudah nak lencong, kona(pusing) sana, kona(pusing) sini, last-last, tak ingat apa yang kita tgh bincang. Sama jugak menulis, punya seronok menulis, sedar-sedar dah lari topik..
Adakah kita ni melencong dalam menulis dan bercakap sahaja??.. MUSTi lah jawapan nya ~tidak~ .kan? kan? Melencong cakap, bulih gostan(pusing balik), melencong tulis, bulih delete, (saje tak nak delete). cane pulak kalau melencong matlamat hidup??
Haaa ni lah yang penulis nak kongsi dengan kengkawan pembaca sekalian..
Semua orang pernah jalan jauh kan? Maksud penulis, travel jauh-jauh.. Tak kira lah naik kenderaan jenis apa, yang penting kita cepat sampai ke destinasi dengan selamat. Butui (betul) tak?.. Ini adalah cita-cita biasa seorang musafir (orang yang sedang berjalan).
Jalan jauh ni biasanya makan masa kan? (yo lah, takkan makan nasi pulak..penulis ni, yang tu pun nak tanya). Lagi lama perjalanan kita, lagi lah ‘besar’ hajat kita untuk cepat-cepat sampai ke destinasi.. Kadang-kadang tu, tak lalu makan sebab tak sabar-sabar nak jalan jauh..makan angin. (Nak kata punya lah semangat nak jenjalan [jalan-jalan]).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan