Sabtu, 6 Disember 2008

BAiT-BAiT 4

Biasanya siapakah penghalang kita utk berubah? Sapa lagi.. Diri sendiri lah.. Jangan nak salahkan ibu mengandung pulaks. Cara kita berfikir dan jenis pemikiran yang ada dalam diri tulah yang perlu dipersalahkan.


Nak atasi benda macam ni, mmg tak de jalan lain, kena tuntut ilmu.. Hanya dengan ilmu baru kita boleh kenal pasti, pemikiran kita itu, benar dan selaras dengan kehendak Allah..(biasa lah manusia, dia cenderung utk ‘fikir’ guna hawa nafsu kalau tak cukup ilmu). Contoh situasi yang ni adalah, blum pun buat apa-apa langkah utk berubah tapi dah mula takut dengan tanggapan orang atau takut hidup tu jadi tak menarik..

“eh aku ni, biasanya tak senyum, nanti aku senyum kang org kata ada pape pulak” atau

“nanti kalau aku mula kawan dengan orang baik, aku tak boleh tgk wayang, tak boleh ngumpat orang, hmm, terkongkonglah hidup aku nanti”

dan apa-apa lagi yang seumpama dgn nya.

kedua, penghalang yang agak besar jugak utk sesetengah org, iaitu orang yang wujud di sekeliling.. Biasakan dengar pernyataan macam gini.

“aik? nak tunjuk baik pulak?” atau

“ko tok sah tunjuk alim pulak kat sini, macam lah aku tak tahu ko tu cane dulu”

atau “cewah dot-dot tu, tunjuk bagus pulak” atau

“sejak bila jadi skema ni?” atau

“eh? aku cam tak caye je ko jadi budak baik cenggini” atau

“takat kene sikit pun dah insaf ke? aku nk enjoy lagi” dan

macam-macam lagi lah ayat-ayat yang seerti dgn ayat di atas..

Haa nilah antara kata-kata biasa yang kita selalu dengar dan dapat kalau ade orang cuba berlaku insaf, menyesal atau nak melakukan perubahan.. Tahu tak, ini sebenarnya halangan kecil tapi besar kesannya pada seseorang yang berkeinginan untuk berubah. Sesiapa yang mampu mengharungi halangan ini, insya Allah, peluang utk dia berubah menjadi lebih baik dan taat pada Allah juga akan jadi makin besar.. Tapi, jika dia amik berat dengan segala ejekan macam ni, sukarlah dia nak buat satu perubahan..

Nak harungi halangan ini mudah aje, kalau ada keazaman yang kuat dan jelas. Keazaman yang kuat dan jelas itu datang dari cukup nya ilmu dan kefahaman tentang mengapa kita perlu berubah.. (tahu susah nak berubah, sbb tu tulis, -mudah- nak bagi perangsang). Nih nak bagi kata-kata motivasi sikit. Apa orang kata pada kita tu, tak boleh memudharatkan kita walau sedikit pun. Bukan dia yang nak kasi balasan pada kita di akhirat kelak. Mungkin kita perlu rasa –sian dia- sebab, dia tak dapat hidayah yang Allah beri pada kita. Selain itu, kita kena ingat perubahan kita tu bukan kerana dia, atau sesiapa yang kita sayang atas dunia ni, tapi perubahan kita itu adalah utk mendapat keridhaan Allah.

Yang ketiga, halangan biasa yang kita dah tahu tapi slalu sangat kita LUPA.. Hasutan syaitan.. Setan ni memang ler tak de keje lain. Asyik nak rosakkan kita jerr. Jadi, bila ade fikiran songsang, bila ade lintasan yang tak selari, bila ade gerak hati yang melencong, ingat-ingat lah.. ia datang dari musuh kita yang nyata tapi tak nampak. (Berbelit pulak ayat. Maksud nyata tu sbb syaitan ni kan musuh yang dah di ketahui umum dan tak nampak tu sebab dia tu makhluq ghaib). Utk elakkan yang ni, tak de jalan lain, kena ade dua-dua penyelesaian di atas, secara tidak lansung bulih lah hadapi halangan ni..

itu lah serba-serbi (bukan serba sedikit dah) yang bulih penulis kongsi dengan kengkawan pembaca sekalian. Asal nya dari lagu sekolah, dah masuk sampai ketajuk ni..

W/apa pun jadi, perubahan ke arah yang lebih baik adalah satu keperluan utk kita dan jalan nya terbentang luas, sama ada kita punya keinginan utk berubah atau mahu berada dalam takuk lama aje..

Untung=hari ni lebih baik dari semalam

Rugi=hari ni lebih teruk dari semalam

Sia-sia=hari ni sama dengan semalam

Tiada ulasan:

Entri terkenal