Jumaat, 5 Disember 2008

BAiT-BAiT 3

Bila kita nak lakukan perubahan, sudah tentu akan banyak tentangan dan ujian yang akan kita lalui. Macam kita nak ‘renovation’ umah lah.. Ade yang tak pernah renovation umah?? Hmm kalau tak pernah, tanya lah dekat org yang pernah. Biasanya, bila nak renovate tu, kita akan jadi tak selesa sangat duduk dalam umah. Katalah tgh baiki dapur, mmg susah lah nak masak dan yang pasti, sangat tak selesa nak makan. Maklum lah, pekerja ‘renovation’ ade kat situ, dengan habuk simen nya, dengan bau cat nya, mana lah lalu nak makan.. masak konpem dah tak bulih..

Tapi bila dah sudah ‘renovate’, kita tgk dapur kita tu, rasa macam, itulah dapur yang tercantik di dunia (punya lah perasan). Dgn dapur tu kita bulih memasak dengan selesa dan bahagia. Kalau masa makan pulak lagi lah ‘syok’ berangan, mengenangkan dapur yang berpenampilan baru dan serba ‘nampak’ canggih dan moden..

isk, rasa macam perumpamaan ni tak dekat dengan kengkawan. Meh lah penulis kasi perumpamaan lain..laa tak jumpa pulak perumpamaan lain (tak datang-datang pulak idea..).

Yang penulis nak kongsi dgn kengkawan ni, perubahan itu memerlukan suatu ketidak selesaan.. Ye lah, sbb kita nak buang sesuatu yang kita dah selesa dalam hidup kita..mmg lah payah. tapi pabila dah sampai ke tahap akhir perubahan, tika kita sudah nampak kemanisan dan kelazatan berubah, masa tu, barulah kita mula gembira dan senang hati dgn perubahan kita (sama ada perubahan dari sudut gaya hidup dan pemikiran). Yang penulis cakap perubahan ni, adalah perubahan dari yang buruks kepada yang baik, dan yang baik kepada yang lebih baik. BUKAN yang baik kepada yang buruk atau yang buruks kepada yang lebih buruk..

Selain ketidak selesaan, ia memerlukan latihan. Dah nama nya latihan, mksd nya bukan buat sekali dua, terus menJADI. Yang penting kita tak putus asa dan ada keazaman nak berubah..

Point seterusnya, istilah ‘melentur buluh biarlah dari rebung hingga ketebu nya’. Sbb, kita sampai bila-bila pun boleh di lentur, bukan masa rebung aje. Faham ke??. Maksudnya, kita orang Islam ni sentiasa bersedia untuk berubah dan dibentuk pada bila-bila masa bukannya masa kecik-kecik sj.

Okay, habis sedikit sebanyak hakikat perubahan. Ada lagi yang lain, iaitu halangan-halangan biasa yang kita tempuh pabila ingin melakukan perubahan..

bersambung lagi

Tiada ulasan:

Entri terkenal