Jalan-jalan beli roda,
Roda antik untuk mertua,
Selamat pagi itu biasa,
Salam Aidiladha utk semua.
Pergi ke sungai niat mengail,
Mengail ikan guna lukah,
Nabi Ibrahim, Nabi Ismail,
Itulah Nabi terpilih dalam sejarah.
Madu Hajar Siti Sarah,
Pelengkap cerita dalam sirah,
Semua berlaku dengan izin Allah,
Menjadi ikutan dan ‘ibrah.
Sabar menunggu lahirnya keturunan,
Akhirnya tekad membuka cawangan,
Beroleh zuriat yang dinantikan,
Bermulalah satu kisah perjuangan,
Pabila datang arahan dan suruhan,
Mengorbankan anak yang bari dihadiahkan.
Perintah tuhan segera di patuhi,
Walau berat tetap meredhai,
Datanglah syaitan membisiki,
Pelbagai helah demi menghalangi,
Namun kekebalan iman tidak bisa dicerobohi.
Anak solih minta penjelasan,
Adakah ini perintah tuhan?
Jawapan ayah penuh keikhlasan,
Sungguh, arahan ini dari tuhan.
Dileher sang anak, pisau dibenam,
Sekelip mata sembelum memejam,
Membuktikan Allah tidak kejam,
Kibas rupanya korban pisau tajam.
Terlafaz segala puji dan syukur,
Setelah taat ridha di ukur,
Segala-galanya telah disusun atur
Supaya kita renung dan bertafakkur.
Andai mengaku beriman,
Sudah pasti menempuh ujian,
Lupakan keinginan goyang kaki dan badan,
Kalau mahu bahagia di hari kemudian.
Sirah ini sungguh berpengajaran,
Menjadi panduan umat akhir zaman,
Faedahnya memang tidak dinafikan,
Dengan syarat punya aqal dan iman.
Bukanlah riya, ujub sendirian,
Membina sajak pantun rekaan,
Cumalah hasil penghayatan,
Kerana diri merasakan,
Kita manusia saling memerlukan,
Rantaian mutiara peringatan.
Setelah habis bermadah bicara,
Ingin hamba menutup kata,
Bukanlah hebat sangat bahasa,
Sekadar cuba berbasi-basa
(hihih, dah silap teknik. bukan ke berbasa-basi?? hentamlah..) Tak boleh nak fikir dah. TAk sabar nak g tgk lembu korban..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan