Khamis, 7 Mei 2009

Pengalaman yang hampir dilupakan 2

Apa yang boleh dipelajari dari dua situasi yang penulis lalui ini?..


pertama, seseorang itu tidak boleh dinilai dengan pandangan pertama kita. Kerana pandangan pertama tidaklah menggambarkan hakikat sebenar seseoarang manusia. Tapi kenyataannya, kita sentiasa menilai manusia dengan pandangan pertama. Jika tidak percaya, tanyalah pada abang-abang dan kakak-kakak kita atau pakcik makcik yang lebih berpengalaman dari kita. Bukankah untuk mendapatkan sesuatu pekerjaan, kita perlu menghadiri temu duga?, dan bukankah temu duga itu penilaian dari pandangan pertama?..Ini pengajaran bila penulis mula-mula masuk kelas tadi.

Selain itu, pengalaman ini juga mengajar penulis, kadang-kadang kita akan diajukan dengan soalan-soalan yang dirasakan tidak perlu dan penting, tetapi kita tidak boleh menolak soalan tersebut. Jadi, ia bergantung pada kebijaksanaan kita untuk menjawab soalan tersebut dengan bijak. Ini pengajaran kedua, apabila anak murid merangkap adik-adik itu bertanya terlalu banyak soalan..

Baiklah, cerita seterusnya;

Pernah suatu hari, penulis menyuruh mereka menyalin nota yang agak panjang (bagi merekalah, bagi penulis pendek je).. tiba-tiba salah seorang dari mereka berkata:

“Muallimah, banyak lagi ka?”..

Penulis pun menjawab, “ada sikit lagi nii, tak banyak pun, dua helai kertas A4 ni je”.

Pada masa itu, baru satu helai siap disalin oleh mereka..

Tahu apa mereka jawab? “Haa?! banyak lagi la tu muallimah..Ana dah lengah tangan ni.”..

“Muallimah selalu bagi nota panjang-panjang”..

Pada hari yang lain dan di kelas yang lain, apabila muallimah (dibaca: penulis) menyuruh seisi kelas menyalin nota; dengan taatnya mereka pun membuka buku nota masing-masing. Tetapi sebaik sahaja muallimah memaling muka membelakangi mereka dan mula menulis nota di papan putih, terdengarlah suara-suara mereka berbual-bual kosong. Muallimah pun berpusing dan mecari siapakah yang berbual tadi. Hairan?!.. semua nampak khusyuk menyalin nota yang telah muallimah tulis dipapan putih.

Jadi muallimah pun menyambung semula penulisan dipapan putih. Kali ini perbualan mereka semakin jelas. “Laa muallimah ni banyak sungguh nota muallimah bagi, ana tak mahu salin dah lah. lengah tangan.”. Muallimah pun berpusing dan bertanya “siapa yang cakap macam tu tadi?”. dengan tak semena-mena, dua tiga pelajar lelaki saling tunjuk menunjuk sesama sendiri dan berkata “dia muallimah”, “bukan ana la muallimah, dia yang cakap”. Haii anak murid aku nii..

Pernah juga pada suatu hari, seorang pelajar mengeluh kerana tulisan jawi muallimah buruk. dia tidak dapat memahami tulisan jawi muallimah. Penulis sudah tidak ingat apakah yang dikatakan pada penulis, sehingga penulis begitu geram dan berkata, “nta nak salin, salin, nta tak nak salin, jangan salin. Muallimah nak ajar orang yang nak belajar je”.

Apabila muallimah berpaling dan meneruskan penulisan di papan putih, terdengar seorang anak murid berkata “tu la hang! mangkuk, p kata kat muallimah macam tu sapa suruh! kan muallimah dah merajuk!”. Hehe, lucu pulak mendengar pergaduhan mereka.

Tapi kerana menggunakan perkataan yang kurang sesuai, setelah selesai menuliskan semua nota dipapan putih, muallimah pun bertanya kepada mereka.. “sapa cakap mangkuk tadi?”.. Lagi sekali mereka berkata sambil menunding jari masing-masing ke arah kawan-kawan mereka. “dia, dia, muallimah! bukan ana”.

“Ni,ni dia yang kata, muallimah!”.. Akhirnya yang berkata pun mengaku salah dan berkata “ala muallimah, cakap mangkuk pun salah ka? mangkuk, pinggan, cawan..” Aiseh, muallimah lagi sekali jadi pening.. nak tergelak pun ada, geram pun ada..

Apakah pengajaran dari pengalaman ini? Setiap pengalaman dan situasi yang kita lalui sudah tentu mempunyai seribu satu pengajaran yang tidak ternilai harganya..

Lagi? pengajaran.. dalam entri akan datanggg..

Tiada ulasan:

Entri terkenal