Sabtu, 2 Mei 2009

Batak 2

Baiklah, sekarang balik kepada kisah yang penulis janjikan, macam mana cara ulama dahulu mengumpulkan hadith Rasulullah s.a.w. Penulis bukanlah mahu bukak kuliyah ulum Hadis dalam blog ini. Maksudnya; penulis tidaklah menghuraikan satu-satu syarat dan langkah-langkah yang digunakan oleh Imam Nawawi, An-Nasa’i, Imam Bukhari, Muslim dan Ibnu Majah. Penulis cuma mahu memberikan gambaran bagaimana berhati-hatinya para pengumpul hadith Nabi s.a.w. okay, jom sambung baca cerita di bawah ini:

Mengumpul hadith dizaman dahulu tidak semudah zaman sekarang. Hendakkan satu matan, perlu berjalan jauh berhari-hari. Zaman dahulu kan.. dimanalah mahu cari segala internet, kapal terbang, kereta, motosikal atau perkhidmatan pos dsb. Maksudnya, para pengumpul hadith terpaksa menempuh perjalanan yang jauh dan susah semata-mata untuk mendapatkan satu matan hadith.

Nak dijadikan cerita, ada seorang pengumpul hadith ini, telah bersusah payah berjalan jauh untuk mengambil hadith dari seseorang. Setibanya di tempat yang dituju; dia ternampak orang yang bakal dia ambil hadith dari orang tersebut sedang mengacah kuda makan. Faham tak? Susah betul nak hurai cerita dalam bentuk tulisan ni.

Maksudnya, orang yang didakwa menyimpan hadith yang dikehendaki oleh pengumpul hadith itu sedang mengacah kuda makan. Maksud mengacah adalah, menyuakan tangan ke mulut kuda tersebut, tapi menarik semula apabila kuda itu mahu mengambil makanan yang berada dalam tangannya..

Maka tidak jadi lah pengumpul hadith itu mengambil hadith dari orang tersebut, kerana mengacah kuda makan. Kira orang itu macam menipu binatang lah. Walhal, kalau kita lah, mesti kita kata “ala bukan tipu orang pun, acah je, nanti bagi jugak makanan tu pada kuda”.

bersambung..

Tiada ulasan:

Entri terkenal