Jumaat, 29 Mei 2009

Khaulah Al-Azwar

Tahukah kawan-kawan siapa dia ini?

Pada suatu hari dalam sebuah peperangan yang di ketuai Khalid Al-Walid; ada seorang pahlawan yang sangat hebat bertarung melawan musuh, sehingga Khalid si pedang Allah (gelaran yang Rasulullah beri kepada beliau) begitu kagum dengan keberanian dan kekuatan sahabat ini.

Diakhir peperangan sahabat bertanya, “wahai pahlawan yang gagah berani yang bersembunyi di sebalik penutup muka, siapakah namamu?”

Pada mulanya dia diam sejenak dan kemudian menjawab, “ aku adalah Khaulah Al-Azwar, saudara lelaki ku telah menjadi tawanan orang kafir, dan sekarang aku datang untuk menebus beliau”

Terkejutlah para sahabat. Perempuan rupanya!. Ini yang penulis kagum dengan iman para sahabiah zaman dahulu. Lihatlah, perempuannya pun jangan main-main. Penulis tidak ingat dah ‘orang kafir’ tu tentera mana. Dah lupa. Lama sangat dah baca cerita Khaulah ni.

Pengajarannya banyak. Tapi penulis mahu kongsi satu sahaja. Wanita muslimah perlu mempunyai kemahiran mempertahankan diri dan tahu menghadapi cabaran rintangan hidup. Lemah lembut dan bersopan santun tidak bermaksud kita perlu menurut segala kehendak dan hawa nafsu orang lelaki. Wanita Islam punya maruah yang telah di iktiraf oleh agama. Utamakanlah pandangan Allah. Allah kata wanita cantik dan indah itu adalah wanita yang menutup aurat. Maka tutuplah aurat.

Jangan ikut terjemahan cantik manusia yang tidak beriman kepada Allah.

“Awak cantiklah jika memakai tudung atau baju sekian-sekian”,

“wanita hari ini lebih bergaya dengan loreal dan estee lauder”.

Kita mahu ikut siapa? Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Bijaksana telah memberi pilihan kepada kita; Untuk ikut ajaran Allah atau sebaliknya. Adakah kita terlalu tidak bijak untuk mengikut selain dari Allah?

Mengenali sahabat Nabi s.a.w adalah jalan mendekatkan diri pada Allah. Berusahalah mengenali mereka, terlalu banyak mutiara yang telah ditinggalkan kepada kita dari mereka. Tapi berapa banyak yang dapat kita kutip?

Tiada ulasan:

Entri terkenal