- Kalau kita ni rasa kita baik sangat, cuba bayangkan sanggup tak untuk mati sekarang?
- Kalau rasa dah cukup bagus dan tak perlu usaha lebih-lebih untuk mendapat kejayaan cuba renung-renung untuk mendapat syurga diakhirat..konfemke?
- Kalau rasa nak buat jahat dan nakal-nakal bawak-bawaklah ingat pada mati. Sanggup ke rasa su'ulkhatimah (kesudahan yang buruk)?
- Kalau dah rasa tak perlu ambil tahu hal orang, kononnya tak nak jaga tepi kain orang, cuba pertimbangkan kalau-kalau kat akhirat kelak, kene heret ke neraka sebab tak ingatkan orang lain..
Ingatlah mati, bukan kerana sakit. Ingat mati bukan kerana lemah semangat. Ingat mati bukan kerana dah tiada jalan untuk diusahakan didunia ini.. tapi mengingati mati kerana ia adalah tanggungjawab kita supaya sentiasa bersedia untuk menghadapi hari muka..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan