Mula-mula, bacalah! kemudian Tulis!
Mula-mula al-alaq kemudian al-Qalam. Tapi ada ulama berpendapat, al-qalam bukan selepas al-alaq. Malah selepas Islam telah disebarkan secara terang-terangan. BIla? itulah dia 3 tahun selepas dakwah secara sirr. Sirr tu rahsia lah. Sirr itu bahasa Arab. Rahsia bahasee Melayu.
Surah ini surah Makkiah.. Walaubagaimanapun ada juga ulama yang cakap surah Makiah campur Madaniah. Apa itu Madaniah dan Makiah ini?
Takkan lah sedap-sedap pulak ulama nak bagi nama lain untuk Surah-surah dalam Quran kan?
Secara ringkas nya, Madaniah dan Makiah ini pengkelasan ayat-ayat yang ada dalam Quran. Pengkelasan ayat-ayat yang ada dalam Quran sebenarnya ada macam-macam jenis. Madaniah dan Makiah ini salah satu dari cara yang ulama dah ajarkan untuk kita.
Kalau kawan-kawan belajar ulum Quran, mesti pernah jumpa punyalah.
Madaniah: Ayat Quran yang diturunkan di Madinah atau lebih banyak membincangkan tentang undang-undang dan cara hidup..
Makiah: Ayat Quran yang diturunkan di Makah, atau lebih banyak membincangkan tentang Aqidah dan kepercayaan..
Kalau kawan-kawan perasan, penulis guna perkataan atau dalam dua ayat di atas. Menunjukkan salah satu pun boleh. Bukan mesti dua-dua.
Ada lagi penjelasan yang panjang dalam pembahagian Madaniah dan Makiah ini, tapi penulis tak nak tulis lah kat blog ni. Cukup sekadar untuk kawan-kawan faham; pekebandalah Makiah dan Madaniah itu.
Ok lah, sekarang kita sambung balik fasal Surah AL-Qalam. Untuk entri pertama ini, penulis cuma kongsi Muqaddimah dulu ye. Maksudnya 'overview' surah sahaja. Belum detail lagi tafsirnya.
Bersambung..
Sabtu, 26 Disember 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Entri terkenal
-
Hadith Suhaib Ibnu Sinan atau Suhaib Ar-rumi Dari Rasulullah s.a.w bersabda "Adalah seorang raja sebelum daripada kamu Tidak me...
-
Dengan nama Tuhan yang menciptakan kehidupan.. Dengan nama Tuhan yang menciptakan kematian.. Seperti mana tajuk, hidup ini terlalu ...
-
kata org dakwah hmm.. kita bukan nak hafal quran sahaja.. kena faham juga isi kandungannya.. baca quran celah gigi (lancar), Tapi tid...
-
“Hayyabil arabiah, hayyabil arabiah, hayyabil araaabiyah”.. Pernah kawan-kawan dengar frasa ni?? Haa.. Kalau kawan-kawan pernah dengar bagus...
-
Tiba-tiba rasa rindunya dengan semua tokoh-tokoh ini. Penulis mahu sangat-sangat berjumpa dengan mereka. Mereka adalah sahabat Rasulullah s....
-
Selalu tak terlintas dalam hati macam ni: "huh kenapa dia macam tu? Kenapa lah tak buat macam ni?" Sibuk betul hati kita fikir fas...
-
KEHILANGAN Hilang sikit-sikit tidaklah terlalu terasa. Tapi bila hilang sekaligus... Perit juga mengubat hiba.. وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِ...
-
Salam sejahtera dan semoga seluruh ummat Islam terutama yang membaca blog ini sentiasa berusaha memlihara iman dan anggota. InsyaALLAH. D...
-
Tap-tap-tap-tap.. agak-agak bunyi apakah ini? Bunyi hujan? bunyi tapak kasut? jawapan: bunyi tapak kasut. Jom jalan lagi.. fussshhhh, poikkk...
-
Ada tiga asas pembinaan masyarakat Islam yang Rasulullah terapkan: Pembinaan dan pemakmuran masjid, persaudaraan antara kaum muhajirin d...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan