Kali ini, sukacita dan sukarela penulis mahu membincangkan suatu perkara yang telah biasa menjadi tajuk hangat dalam perbualan masa kini manusia..
Apakah itu? Iaitu cakap tidak serupa bikin. Bercakap hebat. bak kata seseorang "cakap kemaih!" tapi perbuatannya masih boleh diragukan dan diperdebatkan.
Bercakap dengan ilmu, berbuat pun mestilah dengan ilmu jugak.. Kalau bercakap dengan ilmu, buat dengan perasaan, kuang-kuang.. tapi oklah lagi dari, cakap dan buat dengan perasaan.. Hehe, pengsan manusia sekeliling melayan kerenah kita.
Manusia ni macam-macam gaya. Kalau kita hendak ikutkan hati, segala benda boleh kita marah dan bengang. Tapi tidak boleh ikutkan hati seratus peratus la kan.. Sebagaimana pepatah melayu cakap "ikut hati mati, ikut rasa binasa".
Bukan tak boleh ikut hati. Boleh je nak ikut hati. Tapi pastikan hati kita itu ikut perintah Allah. Hmm lepas tu bereh aje lah. Sebab hati ikut perintah Allah. Maka kalau kita ikut hati, maksudnya dah boleh ikut perintah Allah la.. Alhamdulillah.
Kawan-kawan nyampah ke tengok orang cakap tak serupa bikin? hehe. (Boleh pulak bertanya macam tak pernah tahu pulak).. Pada pendapat penulis la kan, orang yang cakap tak serupa bikin ni sebab dia tak perasan yang dia cakap tu tak sama dengan yang dia buat. Atau, dia telah mengecualikan diri dia dari perkataan yang telah dia sebut itu.
Maka apakah sikap kita? Jika diri kita adalah seorang yang cakap tidak serupa bikin? Inilah nasihat pada diri yang lupa..
Kalau sudah cakap, cubalah buat. Tapi kalau tak boleh buat, Allah tak marah. (Ha?! cakap macam serabut pulakkkan). Iyalah, sungguh penulis cakap ni. Kawan-kawan tak percaya?
Tanggungjawab kita pada ilmu adalah faham, buat dan sampaikan. Tapi kalau tidak mampu dilakukan, ia tetap perlu disebarkan. Kerana ramai lagi manusia yang lebih mampu dari kita untuk beramal dengan ilmu tersebut. Tapikan, itu bukanlah alasan untuk kita berhenti dari berbuat. Kita mesti usaha sampai berjaya buatlah. Tidak kisah la berapa lama masa yang diambil. Janji teruskan usaha.
Kalau tak nak cakap sebab tak nak buat, maka itu adalah dosa kita dengan Allah. Maka Allah akan tanya pulak kenapa tak nak cakap. Ada kefahaman Islam, tapi tak berani nak cakap. Oklah, cakap tu maksudnya sampaikan dengan baiklah.. dengan bijaksana maksudnya.
Cakap pasal Islam gedegang gedegung. balik rumah penat, tengok cerita hindustan..peluk sana peluk sini. Segala jenis lagu rok pasang. Habih cane la nak bagitahu nikmatnya solat apabila kita telah penat seharian bekerja (belajar pun satu pekerjaan jugakkan). Atau betapa Al-Quran itu satu hiburan yang sangat lazat dan mendamaikan tatkala kita letih dan bersedih..
orait, maaflah kalau penulis pun termasuk dalam kalangan manusia cakap tak serupa bikin. Ingat senang nak sampaikan kebenaran? hmm, dan ingat senang nak tegakkan kebenaran dalam keadaan semua orang takut dan tak nak buat?? (i mean to walk the talk -cewah cakap omputih pulak. ler baru cakap sikit dah perasan, cane la nak pandai macam ni punya perangai-)
KAlau duduk diam pulak, ingat senang ke hidup di hari akhirat kelak? Tahu tapi bisu. Itulah orang Islam yang sangat kerugian di hari akhirat. Orang yang sudah menyampaikan di dunia ini pun akan menyesal di hari akhirat, apalagi orang yang BISU.. Baiklah susah didunia dari susah di akhirat.. takde sape dah boleh tolong.. (oh tiba-tiba jadi sangat sedih mengingatkan hari akhirat) waaa.. apa bekal yang kita dah sediakan? Masih elok atau sudah rosak kerana penyakit hati kita..??
Sabtu, 30 Oktober 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Entri terkenal
-
Hadith Suhaib Ibnu Sinan atau Suhaib Ar-rumi Dari Rasulullah s.a.w bersabda "Adalah seorang raja sebelum daripada kamu Tidak me...
-
Wanita solihah yang lasak? Lebih selesa ber t-shirt? T-shirt labuh kembali lagi. ingin tahu lebih lanjut. Sila berhubung dengan KHADIJAH WH....
-
Selamat petang. Sedarkah kita apa realiti ummat Islam hari ini??.. Pernah terfikirkah? Apa yang terbayang dikepala selepas perkataan ...
-
kata org dakwah hmm.. kita bukan nak hafal quran sahaja.. kena faham juga isi kandungannya.. baca quran celah gigi (lancar), Tapi tid...
-
Kamilah barisan mujahid Barisannya muda perkasa Berjuang untuk menjadi syahid Iman dan taqwa pengisi jiwa Allah Matlamat kami A...
-
Haiii..penulis nak tanya kawan-kawan satu soalan. “Suka tak kene leter?” Hihihi, nak jawab tak? kalu nak jawab buh lah kat bahagian komen....
-
Selamat sejahtera dan selamat menempuh hujung tahun 2018 yang masih bersisa. Zaman sudah berubah bukan? Seperti sudah kurang 'blogg...
-
Allah itu satu tanpa rupa TIdak berteman dan tidak berputra Tidak beribu dan tidak berbapa Iaitu Allah tuhan yang Maha Esa. Ikan warna warni...
-
Segala puji Allah Tuhan sekalian alam.. Setelah mengetahui serba sedikit keutamaan kisah benar dalam al-Quran berbanding kisah benar dala...
-
Haa, memang sah semua orang kehairan-hairanan, apakah maks ud tajuk kali ini. Mungkin orang Kelantan sahaja yang tahu apakah bendanya. ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan