Banyak betul fikir yang bukan-bukan?!
Ade ke benda gitu pun malas nak fikir?!
Allah berikan aqal untuk berfikir. Kalau malas berfikir, sah-sah lah tak bagus dan cacat. Tapi terlebih fikir pun tak boleh jugak sebenarnya. (Cewah, cakap kemaih! -ini ayat orang kedah yang adik penulis selalu guna. bahasa bakunya adalah "cakap kemas". Maksudnya cakap hebat sangat la tu-)
Ini pesanan untuk diri penulis sendiri. Tapi kalau berguna untuk kawan-kawan pembaca pun apa salahnya kan.
Kita ini ummat pertengahan. Maksudnya, apabila hendak berfikir.. berfikirlah secara yang sepatutnya. Tapi kadang-kadang ada je benda yang menguja kita untuk berfikir perkara yang kita tidak mahu fikir pun.. (kawan-kawan pernah tak rasa macam tu??)
Kan-kan.. Hati dan fikiran kita ini, Allah yang punya. Sebab tu bila rasa dah tak dapat mengawal dengan baik, maka mintaklah dengan Allah supaya kita mampu mengawalnya kembali.
Kita ni, kalau bagi rosak senang betul. Tapi nak baiki balik..hadeila.. "hembing" -ini perkataan orang kelantan je faham- penulis pun tak tahu lah nak terjemah perkataan apa yang sesuai..
Maka dengan itu, sebelum sesuatu itu rosak dengan teruk kerana kecuaian kita. Cubalah jaga sebaik mungkin. Dan jika dah hampir rosak baru kita sedar.. maka segeralah membaiki supaya kerosakkan itu tidak melarat lagi. Tapi kalau nak melarat jugak, itu pastinya bukan dibawah kekuasaan kita lagi. Disinilah sifat tawakkal pada Allah akan memainkan peranan.
Tawakkal, berserah diri pada Allah sesuai dengan segala usaha yang mati-matian..
Kalau tak usaha, pastu nak berserah diri. Itu namanya tawakkul..
Setakat itu dahulu. Babai.
Khamis, 28 Oktober 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Entri terkenal
-
Mak saya kata: Kalau bab mengata orang, budak 3 tahun pun pandai. .......... Kenapa buat macam? Siapa ajar awak buat macam ni? Awak ...
-
Dakwah ini bukan untuk melahirkan pensyarah yang pandai menghurai Dakwah ini bukan untuk melahirkan penceramah yang petah berkata Dakw...
-
"Janganlah engkau menjauhkan diri dari seseorang yang selama ini engkau puji kebaikannya dan engkau ketahui kehebatannya hanya disebab...
-
Saya ada dua baju. Dua-dua baju muat dengan saya. Bezanya, satu baju saya selalu pakai dan saya sangat menghargai keselesaan baju itu. Itu...
-
Apabila semua orang boleh bercakap isu ummah, Apabila orang-orang jahil dan tidak layak bercakap isu ummah, Apabila amanah diserahkan pad...
-
Mula-mula lurus, semakin lama makin terseleweng.. Itulah keutamaan memperbaharui niat. Agar.. Seruan kita mengajak manusia kepada Alla...
-
Allah Maha Besar.. Allah Maha Teliti.. Allah Maha Bijaksana.. Allah lebih dekat dengan kita dari urat leher kita.. Allah lebih sayangkan...
-
Assalamualaikum pemabaca yang dirahmati Allah. Berapa patah ayat Qurankah yang kita fahami hari ini?? Berapa ramai sahabat Rasulullah yang...
-
Assalamualaikum para pembaca yang dirahmati Allah. Sebelum ke topik utama, sukacita penulis mahu tegaskan disini, ada perkara kita perlu s...
-
Allah.. Maha Mengetahui. Menyebabkan kita redha dan lapang dada dengan segala kejadian. Amal baik dan buruk bukan kerana wujudnya manusi...


Tiada ulasan:
Catat Ulasan