Isnin, 30 April 2012

Cantiknya Islam ini tiada pada Ummat islam

Allah Maha Besar.
Bila memandang langit..

Allah Maha Besar.
Bila memandang kejadian-kejadian luar kawalan.

Maha Suci Allah.
Bila diri tidak mampu lari dari kesalahan.

Saat kapal yang dilayari rasa mahu terbalik.
Hati masih memikirkan bagaimana aku mahu memenuhi tuntutan syahadah sambil mengawal kapal agar kembali stabil.

...............

Apabila ada yang berkata dengan sombong:
itulah...
sekarang baru awak tahu "dunia realiti"..

Maka aku memilih jalan untuk diam.
Bukan tiada jawapan.

Kerana jawapan terus dari mulut tidak akan membawa apa-apa makna, kecuali menambahkan lagi virus-virus penyakit hati yang sedia bercambah.

oleh itu wahai para insan yang sudah punya keinginan untuk jadi soleh,

Kehendak untuk menjadi soleh dan musleh itu sudah cukup baik..
Tapi sedarlah
sepanjang jalan itu,
kita akan sentiasa diuji dan dibersihkan..
hingga tiada lagi karat jahiliyyah bertempek mengotorkan diri.

p/s: antara tanda-tanda karat jahiliyyah masih melekat dalam diri, bila merasakan diri kita seoranglah yang diuji dengan ujian paling susah..

Semoga terus menginsafkan diri.

Sekian.

Tiada ulasan:

Entri terkenal