Rabu, 11 April 2012

Patutlah belajar dapat banyak pahala

Selamat pagi dan salam sejahtera.
Apa khabar iman?
Sesungguhnya ia adalah iman adalah nikmat terbesar buat manusia..
Adakah kita sudah menjadi hamba yang bersyukur?

Zaman sekolah dulu..
Semua orang cakap keluar belajar itu sama dengan keluar berjihad..
Kadang-kadang terfikir juga..
Kenapa ya??



Yalah..
Jihad itu bukan ibadah calang-calang.
ia ibadah hebat.

Kalau tidak faham erti jihad..
Belum tentu dapat buat..

Rupanya,
Jihad itu bukan mengangkat senjata ye..
perang hanyalah satu dari jenis-jenis jihad.

Jihad sebenarnya penyerahan kekuatan dan usaha seorang muslim untuk memenangkan Islam untuk mencari redha ALLAH..!


Dan tujuan JIHAD adalah mendirikan masyarakat Islam yang sebenar.

Subhanallah!
itulah jihad...

Jihad jalan kami, mati syahid idaman kami.

Sesungguhnya di zaman menjadi pelajar dengan label -pelajar-
sukar untuk mengerti keutamaan belajar dan kemuliaan belajar hingga ia di sama tarafkan dengan keluar berjihad..

Tapi kini, selepas melalui zaman pelajar formal..
dan memasuki alam pelajar tidak formal..


Terdetiklah di hati...

"patutlah pahala belajar itu sama pahalanya dengan jihad"

kerana..

BELAJAR itu merangkumi -penyerahan kekuatan dan usaha seorang muslim untuk memenangkan Islam untuk mencari redha ALLAH-

kerana belajar itu sendiri adalah JIHAD! 

InsyaALLAH!
sekalipun menjadi pelajar tidak formal..
Biarpun tiada lagi label pelajar..
BEKERJA juga merupakan JIHAD..



kerana KERJA itu juga -penyerahan kekuatan dan usaha seorang muslim untuk memenangkan Islam untuk mencari redha ALLAH-

Sesungguhnya.. JIHAD itu luas pengertiannya!

Jangan lupa NIAT.
Jika tidak, takde makna la kerja penat-penat.

Dengan meniatkan kerja itu sebagai JIHAD, barulah KERJA itu menjadi ibadah dan mendekatkan diri pada ALLAH.

p/s: maksudnya; kerja dan belajar itu tidak boleh dibuat secara sambil lewa atau atas kepentingan-kepentingan duniawi.

Sekian.








Tiada ulasan:

Entri terkenal