Selasa, 17 April 2012

orang jalan terbalik tak pelik la

Assalamualaykum warahmatullah,

Siapa boleh tahan dari buang air selama berjam-jam??
tidak kesah lah kecil atau besar.

eh, apala mutiara bd ni kan.. tak senonoh.. awal-awal perenggan lagi dah cakap pasal buang air. lepas bagi salam pulak tu..


Pendek cerita, takde sapa marah kalau kita tinggal urusan super duper penting, kalau kita nak buang air..

Tapi ada tak orang tinggalkan segala urusan demi menyahut seruan azan dan terus solat..??

Jikalah kita nak terbuang air..
betapa bersegeranya kita meninggalkan urusan penting kerana sangat kecemasan untuk menyahut panggilan tandas..
tapi masih melengah-lengahkan solat..

Maka kita seolah-olah telah meletakkan solat itu lebih rendah dari buang air!
susah nak terima hakikat eh..

Bukankah solat itu tiang agama? bukankah ia juga perintah Allah untuk di laksanakan walau apa pun yang berlaku pada diri selagi waras..

jangan pandang rendah pada solat kalian. kerana ia kayu ukur kualiti hubungan dengan ALLAH.

.......................................................

ok berbalik kepada tajuk.
memang betul pun tajuk tu. tak tersalah taip pun..
orang yang berjalan terbalik tidak pelik dah di zaman sekarang.

Malah orang yang berjalan betul itu lebih bersifat "orang angkasa" [alien] berbanding orang berjalan terbalik..

tak percaya ke..
ok la meh sini nak bagi percaya..


antara orang perempuan yang tutup aurat dengan perempuan yang tidak menutup aurat..
manakah yang lebih biasa?

antara orang yang solat awal waktu dan bersegera menyahut seruan azan berbanding orang yang melewat-lewatkan solat..
manakah yang lebih biasa?

Antara orang yang bercampur gaul bebas lelaki dan perempuan berbanding orang yang begitu berhati-hati dan menjaga adab dan garis panduan Allah tentang pergaulan lelaki dan perempuan..
Manakah yang lebih biasa??

Antara orang buat kerje jujur dan orang buat kerja tipu sikit-sikit, siapa yang dinilai lebih cerdik??

Situasi yang mutiara bd bawakkan di atas adalah untuk membuktikan orang berjalan betul sudah menjadi ASING dalam dunia hari ini yang serba terbalik tentang kebenaran dan kebiasaan.

maksud orang berjalan terbalik:

  • perempuan yang tidak menutup aurat
  • melewat-lewatkan solat
  • bercampur gaul secara bebas lelaki dan perempuan
  • tidak beriman kepada Allah dengan sebenar-benar iman
  • menipu sikit-sikit agar diri terselamat dari bencana dunia..


manakala maksud orang berjalan betul

  • wanita yang menutup aurat
  • ornag yang sentiasa menjaga waktu solatnya
  • orang yang menjaga batas pergaulan lelaki dan perempuan.
  • beriman pada Allah dengan sebenar-benar iman.
  • jujur..
maka berjalan betul di zaman sekarang sangatlah pelik di mata orang zaman sekarang..


Tiada ulasan:

Entri terkenal