GUGUR SYAHID IDAMAN KAMI

Alangkah indahnya hidup di akhirat jika berjaya menggenggam pahala sebagai AS-syahid..

Saturday, December 5, 2009

Nak cerita lagi

Lagi cerita mengenai rokok dan tembakau. Dulu-dulu masa kecik, penulis pernah dengar cerita mak. Dulu suka suruh mak bercerita. Sebab penulis suka sangat dengar cerita. Sebab? Tak usah tanyalah sebabnya tidak diketahui.

Ceritanya macam ni:

Dulu Kelantan antara negeri yang banyak menanam tembakau. Pemandangan kat Kelantan dengan pokok tembakau ni macam Kedah penuh dengan sawah padi la.. DULU. Dah tulis huruf besar tu: DULU. Maksudnya sekarang dah tak de. Memang betul pun, sekarang penulis balik Kelantan, dah tak de pun.

Tahu tak macam mana boleh jadi tak de? Kerajaan Kelantan takde pun kuat kuasa undang-undang cakap

“Haaiii rakyat Kelantan, sila tebang pokok-pokok tembakau yang anda tanam. Jika tidak, anda akan dikenakan tindakan undang-undang”.

Tak pernah keluar pun kenyataan macam ni. Tak caya? tak caya, tanya la orang Kelantan.

Habis macam mana perusahan tembakau boleh jadi tidak wujud dah di Kelantan sekarang? (Kalau tak salah memang dah tak de lah), kalau ada lagi mungkin di luar pengetahuan dah. Sebabnya pemimpin Kerajaan Kelantan bersungguh-sungguh memberikan pendidikan kepada rakyatnya. Pendidikan apa? Mengenal tuhan, kehidupan itu amanah buat manusia, bagaimana mahu mencapai keredaan Allah.. Akhirnya, pengusaha pokok tembakau itu balik dan cabut sendiri pokok-pokok yang mereka tanam tu.

Habes cerita. Ini cerita versi ingat campur tak ingat. Kalau nak betul-betul kepastian, tanyalah rakyat Kelantan sendiri. Tapi jangan tanya yang muda-muda sekarang, mungkin mereka pun tak berapa tahu. Tanya la yang tua-tua sikit.. Berbanding orang muda, orang tua ni rajin bercerita dan suka sangat kalau ada orang nak dengar dia bercakap dan bebel.. ops marah orang tua pulak nanti..

Selamat menekuni ibadah harian.

Friday, December 4, 2009

Mam nuu ‘u tadkhiin 4

Eh? ada lagi sambungan? Tak habes lagi ke tajuk ni? Haaa laaaa. tak habes lagi la ni. Kawan-kawan tahu budaya merokok ini sebenarnya buruk benar.

Tahu tak, betapa musuh Islam berfikir macam-macam strategi nak rosakkan kita. Tapi kita tak pernah bimbang dan kadang-kadang tak pernah ambil tahu pun yang musuh kita tengah berusaha merosakkan kita.

Kalau kita tengok berita, baca berita, dengar berita; (tak kesahlah dengar ke tengok ke baca, kannn) agak-agak kita marah tak bila ada ayah rogol anak, kawan mak rogol anak gadis maknya? Haii mestilah marahkan? Kurang-kurangnya kita mesti geleng kepala, takpun mengeluh sikit bunyi “huh”.. kan?kan? Rosak masyarakat. Rosak anak gadis bila ada ornag tak bertanggungjawab macam ni kan?

Itulah. ROSAK anak gadis sebab perbuatan orang yang tidak bertanggungjawab. Tapi umat Islam rosak? siapa hairan? Kita ke yang hairan? Kita nak hairan apa kan? Kita pun ‘dok syok enjoy’ jugak..

Enjoy hisap rokoklah. Kenapa? Tahu tak duit orang merokok tu pergi ke mana? Sudahlah merokok itu ‘membunuh’ diri sendiri dan orang sekeliling. Duit tu pulak buat bunuh orang Islam kat tempat lain pulak. (Opss, rasa ngeri pulak cakap macam ni).Waduh-waduh sedihnya melihat keadaan umat Islam. Kawan-kawan sedar tak hal ini? Lagi-lagilah kalau yang merokok tu pulak orang yang sangat berguna pada masyarakat.

Cuba kawan-kawan bayangkan, seseorang yang sebenarnya sangat bagus dan bijak otaknya; tapi merokok. Alangkah ruginya dia kan? Masyarakat pun rugi jugak. Meh bagi contoh macam nilah:

Kan orang merokok ini jangka hayatnya lebih pendek dari yang tidak merokok. Katalah sepatutnya dia boleh hidup sampai 63 tahun. Tapi disebabkan dia merokok, jadilah hidupnya 40 tahun sahaja. Dia dah rugi 23 tahun. betul tak?

Kalau orang itu orang bijak, bukan ke orang yang bijak itu bermanfaat untuk orang lain? Bila jangka hayat nya jadi pendek, maksudnya peluang untuk dia kumpul pahala kerana kelebihan yang ada pada dia pun jadi suntuk jugak. Sepatutnya 4 generasi boleh memanfaatkan kepakaran dia, jadi 2 generasi sahaja yang boleh merasai rahmat manfaat dia sebagai orang bijak. Kan rugi tu?? Dia rugi sebab tak dapat kumpul banyak pahala, masyarakat rugi sebab tak dapat merasa khidmat dia yang sangat berkualiti..

Orait, jika ada perokok yang membaca tulisan ini semoga ia menjadi permulaan dan penjana semangat untuk anda berhenti merokok. Jika kawan-kawan bukanlah perokok, sampaikanlah mesej ini pada sedara-mara kita yang merokok atau sesiapa sahaja yang kita mampu untuk sampaikan.

Thursday, December 3, 2009

Mam nuu ‘u tadkhiin 3

Ha amacam? Ada tak? Ada apa? Itulah kejap baca, kejap tak baca.. Sebab itu tak tahu apakah soalan penulis sebelum ini.. oKaylah ni nak ulang balik soalan. Seorang guru kan tidak boleh jemu mendidik anak muridnya.. Betul tak?

“Apakah benda/perkara yang menjadi HAK MILIK kita di dunia ini sehingga kita diberi kebebasan untuk berbuat sesuka hati kita?”

Dulu-dulu dalam entri yang dah lama berzaman-zaman pernah penulis sebut tentang hal sama. Semua perkara atas dunia ini hak milik Allah. Ia adalah AMANAH untuk kita semua supaya mempergunakannya sebaik mungkin. Jadi?

Bagaimana mahu dikaitkan dengan rokok, merokok dan perokok dengan AMANAH Allah ini? Mudah sahaja. Anggota badan kita adalah amanah Allah. Dengan kata lain, badan kita perlu dijaga sebaiknya sebagaimana yang telah dipandu oleh Rasulullah supaya ia menjadi saham pahala kita diakhirat.

Jikalah kita merokok? Adakah kita menjaga dan menggunakan amanah Allah yang berharga ini dengan baik?? Rasanya setiap manusia yang berakal pun tahu jawapannya..

“Sesungguhnya ada dikalangan manusia yang angkuh dan sengaja mengabaikan hidayah dari Tuhannya sehinggalah sampai disatu saat tiada peluang lagi untuk mereka berpatah balik”..

Ada ayat Quran yang menyebut lebih kurang macam ini isinya. Tapi tidak ingat surah apa dan ayat berapa.. Jadi kawan-kawan, jom kita sedarkan orang-orang di sekeliling kita bahawasanya merokok itu tidak dianjurkan agama malah HARAM hukumnya.

Wednesday, December 2, 2009

Mam nuu ‘u tadkhiin 2

Mari kita ikuti perbualan kanak-kanak di bawah:

Alif: Itu barang siapa?

Aman: Itu saya punya.

Alif: Owh, itu barang awak. Mesti awak boleh berbuat sesuka hati dengan patung itu kan?

Aman: Mestilah, sebab itu saya punya.

Alif: Kalau barang itu kita punya, suka hati kitalah kita nak buat apa..kan??

Aman: Ye lah. Asalkan jangan ganggu orang lain.

Sedang rancak Alif dan Aman berbual tiba-tiba Acik datang

Acik: Sakitnya kepala masuk bilik abang tadi..

Alif & Aman: Kenapa acik?

Acik: Tadi acik ada urusan di bilik abang.. Tapi kawan-kawan abang baru lepas merokok. Jadi bilik itu memang berbau rokok.. Kuat sangat. Pening kepala Acik ni.

Alif: Itu kan bilik abang.. Suka hati dialah nak buat apa dalam biliknya.

Aman: Ha’a, betul tu.

Acik: Betul ke macam tu Alif? Aman?

Alif: Entah?

Aman: Ye lah, sudah bilik itu kan kepunyaan abang awak, suka hati dialah nak buat apa dalam bilik itu.

Acik: Tapi Acik rasa walaupun itu bilik abang, abang tetap tidak boleh berbuat sesuka hati di dalam bilik itu.

Macam mana kawan-kawan? Apa pendapat kawan-kawan mengenai perbualan kanak-kanak ini?

Alif dan Aman menyimpulkan, jika barang itu kita punya, maka SUKA HATIlah apa yang kita hendak buat..

Tetapi masalahnya:Apakah benda/perkara yang menjadi HAK MILIK kita di dunia ini sehingga kita diberi kebebasan untuk berbuat sesuka hati kita? Agak-agaknya ada ke?

Tuesday, December 1, 2009

Mam nuu ‘u tadkhiin 1

Haaa, tahu baca ke tak tajuk kali ini? Cam pelik je ye??.

Ejaan arabnya:

mim-mim-nun-wau-ain ta-dal-kho-ya-nun

Maksudnya:

DILARANG MEROKOK.

Apafasal lah tetiba mahu bercakap tentang rokok lagi mutiara bd ni kan? Ada lahh.. Mana boleh cakap sebab apa. hehe. Berahsia pulak. Mana ada rahsia pun. Sebab beberapa hari lepas penulis ada terjumpa satu pamplet yang bertajuk ‘Asap Rokok Pasif’ terbitan Bahagian Pendidikan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tahu tak? dulu.. penulis ade pakcik yang merokok. Tapi sekarang penulis perasan dia dah tak merokok dah. Bagus betul. Tak tahulah macam mana dia buang tabiat merokoknya. Belum terfikir nak bertanya pengalaman dia lagi. Sebab penulis pun dah ingat-ingat lupa cerita kecik-kecik dulu.

Kali ini penulis mahu mengajak kawan-kawan melihat ‘tak nak merokok’ dari sudut yang lain sikit dari biasa. Maksudnya tidak dari sudut yang Kementerian Kesihatan iklan kan tu lah. Yang banyak kita tengok ‘tak nak rokok’ itu diterangkan dari sudut kesihatan.. Yelah dah Kementerian Kesihatan yang buat iklan tu. Sudah semestinya lah dari sudut kesihatan.

Kesudut manakah penulis akan membawa kawan-kawan? Ke satu sudut yang selalu dilupakan kita semua.. Jeng-jejeng

Budaya merokok itu sudah lama atau baru? Dari manakah datangnya cara hidup sebegini? Pernahkah kawan-kawan semua terfikir. Setelah melihat dan merenung sesaat, adakah pernah kita terfikir ‘faedah’ merokok untuk kehidupan akhirat kita?

Pernah seorang makcik menceritakan pada penulis:

Rokok itu pahitlah. Tak sedap lansung. Makcik dah pernah cuba.

Penulis bertanya makcik tersebut:

Kenapa makcik cuba?

Jawab makcik:

sebab makcik tengok ramai sangat orang hisap rokok kat tempat makcik belajar dulu. Buat pengetahuan semua, tempat belajar makcik itu di Eropah. (Kalau tak salah, semasa belum ada penguatkuasaan undang-undang tidak boleh merokok di kawasan awam). Kiranya dah lama lah cerita ni.

Tengok tu? Rokok tak sedap tapi kenapa hisap jugak. Dan soalan ini mungkin ada banyak jawapan bagi orang yang dah jadi perokok tegar.. betul tak?

Apa pun jawapannya, bukan itu yang mahu penulis senaraikan. Sebab penulis tahu jawapannya sungguh banyak dan kebanyakkan perokok akan memberi alasan yang lebih kurang sama sahaja.

Monday, November 30, 2009

Fah sya’ 4

Secara praktisnya, solat ini memang sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan tapi berat sekali untuk dikerjakan 5 kali sehari dalam waktu yang telah ditetapkan.

Ada tak sesiapa yang solat penuh dari dulu sampai sekarang tak pernah tinggal. Alaa tak yah la nak selindung. Mesti ada pengalaman punya. Sekurang-kurang pernah terlepas solat Subuh. Betul tak??

Panjang betul hurai point pertama. Sebenarnya nak cakap, sebab apa kita masih buat perkara keji dan mungkar walaupun solat. Itulah sebabnya. Sebab kita tak jaga lansung waktu solat kita. Solat ikut dan je timing nya. Seolah-olah meringan-ringan kan tanggungjawab solat.

Selain itu, banyak lagi faktor lain yang mengganggu kesempurnaan solat. Misalnya:

  • Makanan kita,
  • wudhu,
  • kebersihan pakaian semasa solat,
  • dosa-dosa yang kita lakukan di luar waktu solat,
  • niat solat yang bukan kerana Allah,
  • malas solat berjamaah,
  • dalam solat pulak tak khusyuk lansung,
  • solat pulak lorat-lorat yang penting cepat habis je.
Aduhai banyak sungguh la kalau nak senarai kan. Tapi rasanya cukup dulu lah setakat itu dahulu.

Jom kita berusaha tingkatkan kualiti solat kita. Macam kita berusaha menjaga penampilan kita di hadapan orang ramai, begitulah juga kita berusaha meningkatkan kualiti solat kita.

Sesungguhnya solatku, agamaku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah.

Sunday, November 29, 2009

Fah sya’ 3

Rupa-rupanya jawapannya senang aje. Soalannya apa? Hmm tau dah. Mesti lupa punya. Ke tak baca pun entri sebelum ni? Itulah, bukan boleh caya sangat ni.

Ok-ok, ini penulis ulang balik lah soalannya :

Ayat Quran ada cakap bila kita solat, solat kita itu akan mencegah kita dari melakukan perkara keji dan mungkar. Tapi kenapa kita ini solat tidaklah ditinggalkan. Tapi perangai masih lagi macam orang tidak bersolat?

Takkanlah Allah nak cakap bohong pulak dengan kita kan? Allah kan MAHA BENAR dan Maha Adil. Tiada yang lebih benar dan adil kecuali Allah. Habis kenapa kita jadi begitu iye??

Senang je jawapannya. Aiseh dari tadi asyik cakap jawapannya senang. Yelah jawapan memang la senang. Tapi nak buat itu yang susah. Apa jawapan yang senang itu?

Tadaaaa.. inilah jawapannya

Kerana solat kita itu tidak dilakukan dengan sempurna sebaik-baiknya. Macam mana nak solat dengan sempurna kan.. Malam tidur lambat. Pagi solat subuh Dinasor. Zuhur pulak solat cocok satay dengan asar (Maksudnya elok-elok lepas solat zuhur, berkumandanglah azan asar – jarak antara dua solat fardu itu rapat sungguh seperti satay).

Itu baru cakap solat subuh, zuhur, asar. Maghrib pulak? Isyak’ lagi la tak payah cakap kan.. Solat isya’ dekat-dekat nak subuh. Malam lepas maghrib sibuk tidur. Letih lah katakan. Fuiyoo.. Mak aiii lezer nya penulis ni. Macam bagus je diri sendiri tu. Ini bukan nak suruh orang terasa. Tapi supaya kita sama-sama menginsafi hakikat kita hidup didunia ini sebenarnya jauh sungguh dari gaya hidup orang yang dikasihi Allah.

Bukanlah penulis tulis begini bermaksud penulis tak pernah buat. (Kalau tak macam mana boleh tau pulak kan?). Penulis pun manusia jugak. Salah berlambak pun.. Itulah sebab kita hidup secara beramai-ramai.

Supaya hidup kita saling tegur-menegur agar kita semua sentiasa berada dalam iman kepada Allah.