Selamat pagi, selamat petang, selamat malam. Semua waktu ada. Waktu solat termasuk dalam semua waktu yang di tulis ini. Pagi, petang dan malam.. Sudahkah kita menyempurnakannya sedaya upaya kita? Fikir dan zikir..
Untuk entri kali ini penulis ingin berkongsi satu cerita dengan kawan-kawan. Cerita bermula begini..
Pada suatu hari dizaman dahulu kala, semasa penulis sedang menuntut di pusat matrikulasi UIA, penulis telah di tugaskan untuk memberi tazkirah dalam satu majlis pertemuan berkala yang mengumpulkan semua pelajar perempuan lepasan Darul Quran generasi kelima. Ini lah kali pertama penulis di tugaskan untuk memberi tazkirah. Penulis langsung tiada pengalaman memberi tazkirah. Dengar tazkirah tu memanglah selalu, tapi nak memberi tazkirah pada orang? tidak pernah terfikir dalam otak penulis ini untul memberi tazkirah pada orang lain. Lebih-lebih lagi memberikan tazkirah kepada orang yang telah berjaya menghafal Quran sebanyak 30 juzu. Semua nya baik-baik belaka. Baik itu okay lagi, masalah nya, orang yang hendak di tazkirah kan oleh penulis itu bukan sahaja baik, tetapi lebih baik dari penulis. Sudah lah yang bakal mendengar itu lebih baik, ‘kegelabahan’ penulis makin menjadi kerana ia merupakan kali pertama memberikan tazkirah. Siapa lah tidak gelabah? Belum pernah memberi tazkirah pada orang, tapi bila diamanahkan, terpaksa beri pada orang yang kita sudah umum, memang banyak beramal solih.. Penulis pun tahu, penulis bukan lah orang yang terbaik untuk menyampaikan tazkirah.. Tahu tak?, sejuk tangan dan kaki penulis sejak dari petang (setelah diberitahu selepas asar) hinggalah malam selepas isya’. Haaa.. lama tu sejuk kaki tangan kerana takut untuk memberi tazkirah..
Kalau orang yang bakal mendengar tazkirah itu mat rempit ke, orang lepak tepi jalan ke, tidaklah gelabah sangat.. Ini mahu menyampaikan tazkirah pada orang yang mulutnya sentiasa basah dengan ayat Quran lahhh.. waduh.. memanglah gelabah..
Macam-macam nasihat kawan-kawan penulis berikan, supaya penulis tidak bimbang dengan tugas itu. Dek kerana terlalu takut dan gelabah, penulis telah cuba meminta tukar dengan orang lain. Malangnya, tiada siapa mahu bertukar dan mengambil alih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan