Ahad, 8 Mac 2015

Lembaran muhasabah seorang hamba

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Araf: 172


وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِن بَنِي آدَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ ۖ قَالُوا بَلَىٰ ۛ شَهِدْنَا ۛ أَن تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَـٰذَا غَافِلِينَ 


 Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".

.....

Masih ingatkah kita kesaksian ini?
Pasti kita semua sudah lupa atau tidak dapat mengimbas kembali bila kejadian ini berlaku.

Menjalani peperiksaan sebenar, pernah kita jumpa pengawas yang baik hati memberikan 'klu' agar kita ingat akan jawapan sepatutnya kita jawab di atas kertas soalan?

Belum pernah.

Berbeza dengan ujian kita di dunia ini.

Alangkah pemurahnya Allah.
Memberikan segala bekal untuk melalui peperiksaan..
Kemudian membantu pula kita untuk melalui peperiksaan dengan jaya.

Allahu akbar.

Bukan sahaja memberikan bekal melalui ujian, bahkan membantu mengingatkan kita jawapan-jawapan dan tips melalui ujian semasa kita masih lagi dalam fasa ujian.

....

Persoalannya:

Mengapa Allah berikan kita ciptaan agungNya?
Mengapa Allah seolah beria menunjuk-nunjukkan kehebatanNya kepada kita?

Adakah untuk kita kagum dengan pemberian itu?
Pastilah tidak.

Jadi untuk apa??

Jawapannya:

agar kita tahu dan sedar, betapa TERPILIHnya MANUSIA berbanding makhluq Allah yg lain dalam menjalankan tugas sebagai khalifah.

ibarat: seseorang memberikan hadiah cantik dan istimewa pada kita..adakah kita kagum dengan hadiah itu hingga lupa berterima kasih pada yg memberi. betapa istimewanya kita disisi pemberi itu!

sekian untuk malam ini.

Tiada ulasan:

Entri terkenal