Selasa, 31 Mac 2015

Assalamualaykum ustazah!

Assalamualaykum dan selamat malam.

Selamat beribadah dan selamat menyucikan jiwa di malam hari.
Jangan lupa..
Allah turun ke langit dunia pada 1/3 malam untuk mengabulkan permintaan hambaNya.

Hasil carian imej untuk bulan
Melalui riwayat Abu Hurairah r.a:

Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam:

"Tuhan kami (Allah) Tabaraka wa Ta‘ala pada setiap malam turun ke langit dunia, yakni pada baki terakhir satu pertiga malam. Maka Allah berfirman: “Siapakah yang sedang berdoa kepada aku supaya dapat aku menjawabnya dan siapakah yang sedang meminta daripada aku supaya aku dapat mengabulkannya dan siapakah yang sedang meminta ampun daripada aku supaya dapat aku ampuni dia"

Semoga kita mendapat kemuliaan ini..

.....

Jika hidup kita penuh dengan pemberian..
Mungkin ia buat kita lupa apa erti syukur dan menghargai..
Sesekali Allah buat kita rasa kekurangan..
Agar kita ingat..
Banyaknya nikmat..
tidak terbilang dengan jari..
Namun syukur kita amat jarang kali

Bangunlah untuk bersyukur pada Allah.
Islam kita bukan percuma.
Hidup juga bukan percuma.

Allah tidak rugi apa-apa..
Jika kita lalai dan alpa.

Letih balik kerja..
Seharian berfikir masalah manusia dan urusannya
Malam tidur lena jenera entah ke mana..
Sedar-sedar pagi matahari menyapa.

Kita yang bernama manusia lah rugi tidak terkira
Bila kita tidur lena sampai ke subuh menjelma.

Bangun lah!

Hasil carian imej untuk tunduk berdoa

Firman Allah dalam surah Sajdah, ayat 15 - 17

إِنَّمَا يُؤْمِنُ بِآيَاتِنَا الَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُوا بِهَا خَرُّوا سُجَّدًا وَسَبَّحُوا بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ ۩ ﴿١٥﴾ تَتَجَافَىٰ جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ خَوْفًا وَطَمَعًا وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ ﴿١٦﴾ فَلَا تَعْلَمُ نَفْسٌ مَّا أُخْفِيَ لَهُم مِّن قُرَّةِ أَعْيُنٍ جَزَاءً بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ ﴿١٧

 Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur.

 Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.


Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan mengembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan.

.....

Tidak perlu jadi ustazah untuk bangun malam.
Jika ada orang tanya apa petua tsabat.
Inilah petuanya.
Hanya pada Allah kita berharap.
Tanpa anugerah dan pemberian Allah, tidak mungkin kita mampu melakukan walaupun hanya mengutip dan membuang sampah yang menghalang jalan.


وَقُلِ اعْمَلُوا فَسَيَرَى اللَّـهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ ۖ وَسَتُرَدُّونَ إِلَىٰ عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ ﴿١٠٥ 

 Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah kamu, maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan".

Allah dan orang beriman menyaksikan amal kamu.

Hasil carian imej untuk berdoalah

Tiada ulasan:

Entri terkenal