Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Selamat pagi dan selamat bekerja dan belajar.
Jaga anak juga satu kerja.
Kemas rumah juga satu kerja.
Membaca dan menulis juga kerja.
Membangunkan anak-anak dan memastikan keharmonian rumahtangga juga adalah satu kerjaya!
Bersukur pada Allah kerana Dia telah memberikan kita fikiran yang aman. Aman dari fikiran celaru tentang keTuhanan Allah..
Dan..
Bersyukur juga kepada Allah kerana Dia telah memberikan kita cara fikir yang kritis hingga akhirnya kita mampu memahami dan mengakui kewujudan Allah tanpa sebarang bantahan.
Allahu akbar.
Keadaan berterusan dalam kebaikan >> inilah istimrar.
Keadaan yang sangat yakin dan tidak goyah kepada Allah >> inilah istiqamah.
عَنْ أَبِي عَمْرو، وَقِيْلَ : أَبِي عَمْرَةَ سُفْيَانُ بْنِ عَبْدِ اللهِ الثَّقَفِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قُلْتُ : يَا رَسُوْلَ اللهِ قُلْ لِي فِي اْلإِسْلاَمِ قَوْلاً لاَ أَسْأَلُ عَنْهُ أَحَداً غَيْرَكَ . قَالَ : قُلْ آمَنْتُ بِاللهِ ثُمَّ اسْتَقِمْ
رواه مسلم
"Dari Abu Amr, -ada juga yang mengatakan- : Abu ‘Amrah, Sufyan bin Abdillah Ats Tsaqofi radhiallahuanhu dia berkata, aku berkata : Wahai Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam, katakan kepada aku tentang Islam sebuah perkataan yang tidak aku tanyakan kepada seorangpun selainmu. Beliau bersabda: Katakanlah: Aku beriman kepada Allah, kemudian berpegang teguhlah"
Maka...
Dalam melakukan kebaikan, kita perlukan kedua-dua sifat ini:
istimrar dan istiqamah.
Boleh kita dapatkan sifat ini dengan hanya bangun pagi solat subuh, siap makan anak dan suami, kemas rumah dan pergi kerja?
Atau bolehkah kita dapatkan sifat-sifat ini selepas khatam baca dan hafaz Al-Quran berkali-kali tanpa mempelajari maksud isi kandungannya?
Tidak salah menguruskan rumahtangga, malah itulah kerja mulia.
Tidak salah bekerja berusngguh-sungguh, malah itulah yang disukai Allah.
Tidak salah ulang baca Quran hingga khatam berkali-kali, bahkan itulah antara pintu-pintu mendapat hidayah..
Yang penting kita berusaha memahami, mengapa kita lakukan semua ini?
Jaga anak, penat..
Bekerja dari pagi sampai petang pun penat..
Apatah lagi yang perlu keluar bekerja malam..
Hujung minggu waktu cuti, masih bekerja dan terus bekerja membantu dan mengajak masyarakat kembali pada Allah.
Mengapa kita lakukan semua ini?
Dahulu masa belajar..
Kita tutup aurat lengkap..
Dahulu masa belajar..
Kita sanggup menghadiri liqa usrah dan majlis-majlis pengajian ilmu..
Dahulu masa belajar..
Kita sanggup tidur lewat bangun awal untuk menyantuni masyarakat kampus dan luar kampus..
Dahulu masa belajar..
Kita sanggup bangun malam dan beribadah hingga menangis teresak-esak..
Dahulu masa belajar..
Kita sanggup sabar luarbiasa demi persahabatan dan sebuah ikatan persaudaraan..
Dahulu masa belajar..
Kita sanggup berkorban demi kebaikan bersama sahabat seperjuangan..
tapi kenapa sekarang kita rasa kita sudah tidak mampu lagi melakukan semua ini?
kerana kita sebenarnya TIDAK MEMAHAMI = LUPA
mengapa kita melakukan semua itu..
Allah dan RasulNya menyaksikan amal kita.
Orang beriman juga menyaksikan perbuatan kita.
Walau apa pun "sebab" yang telah menolak diri kita pada suatu masa dahulu..
Jika sebab itu adalah sebab yang sama.
Iaitu kerana Allah..
Maka Allah tetap ada bersama kita sejak kita tiada hingga kita ada, membesar dan berumur..
Dan Allah tetap WUJUD walaupun kita dan dunia sudah lenyap dan tiada.
Jadi..
Tidak cukupkah kecintaan kita kepada Allah untuk berterusan dalam kebaikan..??
Tiada ulasan:
Catat Ulasan