Khamis, 8 Julai 2010
Rabu, 26 Mei 2010
Khabaran
Isnin, 25 Januari 2010
Selamat maju jaya
Masa untuk melupakan segalanya.
Dan masa untuk mengingati segalanya jugak.
Sakit hati, geram, tak puas hati..kantoii? -lupakan jelah. Maafkan lagi bahagia hidup.
Suka? gembira.. senang hati.. Alhamdulillah.
HANYA dengan mengingati Allah hatikan menjadi tenang.
laaa.. terbalik lagi gambar. Biarlah malas nak betulkan. Ada gambar pun ok dah kan.. nah?
Yang bercuti tu.. tolong-tolong mk buat keje ye.. Musti tahu la diri itu telah ditujukan oleh saya.. Kuih-kuih-kuih (oh, ini cara suka yang baru dan lebih sopan dari hahahaha)..
Khamis, 19 November 2009
Arji 'u ila baiti
Nasib baik pokok kat blog ni tak payah siram. Kalau tidak dah lama layu dan mati kan. Realitinya jiwa kita pun kena selalu 'siram' jugak. Kalau mati bukan macam pokok, boleh buang. Jiwa mati mane boleh buang kan?
Siramlah dengan bacaan quran dan zikrullah..
Insya Allah penulis akan postkan semua artikel yang dah penulis karang sepanjang semester lepas.
Selasa, 30 Jun 2009
Tag dari Nur Izzati
Ini tag kedua selepas di tag oleh ‘Atiqah. Sebab tak banyak kena tag jadi boleh lah bilang.
1. Copy the picture below, and paste it on your post. (or copy the whole post)
2. Tag 10 friends and ask them to do the same.Tak pandai betul nak tag orang lain. Ni nak try tag orang:
- Maimanah Mohd Rashid
- Marhamah Jailani
- Nurul Izza Mohd Zahidi
- Makcik ROha HAssan..
- Nurhasanah Mazalan
- Fakhitah Ridhuan
- Wan Zulkarnain
- Diana AIMST
- Nur 'Atiqah binti Md Husin
Semua orang yang kena tag ini sentiasa sibuk dengan urusan masing-masing.. Jika tidak membebankan bolehlah jawab..
Isnin, 23 Februari 2009
Mahu ikut atau sebaliknya
Ikut hati, mati
Ikut rasa, binasa
Ikut nafsu, musnah
Ikut syaitan, rosak
Ikut Allah, bahagia
Ikut Nabi, untung
Ikut Quran, selamat
Ikut ilmu, berkat
Sabtu, 21 Februari 2009
WAWW
Jalan ini penuh liku
Jalan ini bersimpang siur
Jalan itu jalan suku
Jalan ini bukan untuk berhibur
Cabaran hebat, dugaannya berat
Tidak terlepas walau sesaat
Tapi penuh dengan manfaat
Demi kebahagiaan hari akhirat
Iman dipelihara, amanah dilaksana
Ukhuwah dibina, umat dijaga
Allah tetap yang UTAMA
Islam berkibar hingga ke angkasa!
Soalan:
- apakah ‘jalan ini’ ?
- apakah ‘jalan itu’ ?
- Mengapa ‘jalan ini’ bukan untuk berhibur ?
- Mengapakah kita terpaksa berhadapan dugaan yang berat untuk bahagia diakhirat?
- Penting sangatkah mengambil tahu tentang umat ?
- Mengapa Islam perlu berkibar hingga ke angkasa?
Cubalah jawab ye..macam belajar sastera je. memahami maksud sajak. (jika tidak mahu memahami pun tidak mengapa, memahami Quran dan Sunnah itu lebih penting) Penulis pun tidak tahu apakah gaya bahasa dan jenis puisi yang penulis ‘hentam’ buat ni.
Khamis, 29 Januari 2009
TErowong berSAYAP
Pada hari ini 29 Januari 2009, penulis telah membaca surat khabar berita hairan. Ada beberapa berita yang penulis tertarik. Pertama mengenai terowong. Kedua mengenai sayap parti UMNO mesti dibubarkan untuk membantu menghapuskan penyakit politik wang dalaman.
Adakah kawan-kawan dapat melihat kaitan antara kedua-dua tajuk ini? Hmm, penulis begitu tertarik dengan tajuk yang kedua itu dan pada masa yang sama sangatlah terdorong untuk mengetahui cerita lebih lanjut mengenai terowong di Palestin.
Terowong di Palestin dibina oleh para pemuda yang penuh dengan pengalaman dan kekuatan serta dapat menyiapkan terowong yang sangat luas dalam masa beberapa hari sahaja. Tahu tak berapakah besar terowong itu? orang boleh berdiri dan berlari di dalamnya. Hmm, ‘imagine’ sendirilah besar mana terowong itu. Fungsi terowong tersebut adalah untuk menyalurkan makanan dan ubat-ubatan kepada rakyat Palestin. (Perhatikan betul-betul penulis tidak menggunakan perkataan menyeludup kerana penulis rasa itu bukanlah menyeludup). Zionis kata mereka ini pengganas? Hmm, mungkin mereka meninggalkan otak mereka dirumah semasa membuat kenyataan.
Sudahkah kawan-kawan nampak kaitan antara kedua perkara ini? Hmm, mungkin susah untuk difahamikan? Mari kita ikuti huraian di bawah.
Pemuda adalah manusia yang paling bertenaga, dan paling produktif jika dibandingkan dengan tahap-tahap umur atau generasi yang lain. Perhatikan bagaimana, pemuda palestin yang berpengalaman dapat menggunakan kepakaran dan kekuatan mereka membina terowong dalam masa yang singkat. Ia amat diperlukan di dalam negara bergolak seperti Palestin. Bagaimana pula dengan politik wang? Penulis sangat bersetuju dengan pendapat seorang ahli politik (tidak diingati namanya), mengatakan bahawa membubarkan sayap UMNO tidak akan menyelesaikan masalah politik wang.
Pemuda adalah manusia yang paling produktif dan sesuai untuk melakukan apa jua perkerjaan yang mungkin tidak mampu dilakukan oleh generasi lain.Pada pendapat penulis keterlibatan pemuda dalam sayap UMNO, akan memberikan satu medium yang sesuai untuk para pemuda di Malaysia untuk bersedia menghadapi atau melibatkan diri secara serius selepas tamat pembelajaran mereka.
“Takkanlah bila dah nak jadi wakil rakyat baru nak belajar selok belok politik?”. Sebagaimana kita ingin masuk ke dewan peperiksaan lah. “Takkan masa masuk dewan periksa baru nak belajar?”. Begitulah juga perkara ini.. (hehe berpolitik pulak). Malaysiakan negara yang bebas bersuara. Penulis rasa tidak salah memberikan pandangan mengenai hal ini. Walaupun penulis bukanlah terlibat dengan politik secara lansung.
Penulis berpendapat mengambil berat mengenai politik adalah suatu keperluan, kerana kita perlu kenal dan tahu siapakah yang sedang memimpin kita dan siapakah yang meneraju segala urusan kehidupan kita sebagai rakyat.
Eh sudah melencong.. Hmm dah lama penulis tidak melencong.. Okaylah balik pada topik asal.
Kaitan antara terowong di Palestin dan cadangan pembubaran sayap UMNO..
Kaitannya adalah: Pemuda sebagai agen kekuatan dan perubahan sesebuah negara. Jika pemuda di gunakan secara maksimum, maka dapatlah negara memanfaatkan segala kebaikan yang ada pada mereka. Jika negara tidak memanfaatkan mereka, negaralah yang rugi.
Proses Pembelajaran bukanlah tertakluk pada apa yang dipelajari di universiti atau sekolah atau kampus sahaja. Seluruh kehidupan kita adalah pembelajaran. Jadi, tiada istilah pemuda atau pelajar atau mahasiswa perlu menumpukan perhatian kepada pelajaran dan tidak membabitkan diri dengan perkara-perkara lain.
Yang wujud hanyalah “pelajar dan seluruh umat Islam, mestilah sentiasa belajar, tidak kira walau di mana dan apa pun kedudukan dia”.
Selamat memboikot barang yang membantu regim TEL AVIV.
BOIKOT.BOIKOT.BOIKOT
Jangan berhenti memboikot sehingga regim TEL AVIV dan Zionis benar-benar kalah.
Isnin, 26 Januari 2009
MUTiARA JANNAH
Rupanya ramai orang ingin tahu mengapa penulis memilih nama mutiarajannah sebagai nama blog penulis dan nama pena sebagai mutiara bd.
Jeng-jeng.. Nak tahu sebabnya? Sebabnya:
Mutiara : biasanya orang guna untuk sesuatu yang berharga. Dan penulis berharap pada diri sendiri akan menulis perkara yang berharga dan bernilai untuk dikongsi dengan umat Islam yang membaca blog penulis.
Jannah: Ia adalah tempat yang diduduki oleh orang yang beriman. Dan penulis berharap pada diri sendiri supaya menjadikan blog penulis ini sebagai tempat yang boleh membantu kawan-kawan menjejaki kebahagiaan syurga.
Bd: Ia adalah singkatan untuk barat daya. Rumah penulis terletak dibahagian barat daya Pulau Pinang. Pulau Pinang (bahagian pulau) di bahagikan mengikut daerah yang Barat daya dan timur laut. Manakala bahagian tanah besar dibahagikan kepada Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan (Betul ke? rasa macam betul, tapi rasa macam salah). Kalau sesiapa perasan, pada awal kemunculan penulis dalam dunia bloging, penulis menggunakan nama Mutiara TL. –timur laut-. Kerana penulis menyangka rumah penulis berada dibahagian timur laut Pulau Pinang. (Sudah 20+ tahun hidup di Pulau Pinang, masih konfius yang mana satu Barat Daya dan Timur Laut).
Semua pertanyaan sudah terjawab. Jumpa lagi. Rajin-rajin baca Quran dan muhasabah diri.. babai
Rabu, 7 Januari 2009
wauwww coklat


Suka sangat coklat? Dah bosan makan coklat kat supermarket? MAhu rasa coklat orang hafaz Quran buat? Cubalah rasa mars homemade chocs.. Tempahan untuk warga UIA Kuantan telah dibuka.. Boleh hubungi KHADIJAH WH di talian 0195679892 untuk sebarang maklumat lanjut.
MAri kita sokong orang ISlam buat perniagaan.. Boleh boikot barang-barang yang membantu ISrael..
p/s: Promoter pun blum cuba lagi rasa coklat ni. Tapi menurut sumber maklumat yang sahih, ia memang sedap. Boleh lawat mars-choc.blogspot.com. (Boleh tgk sampel dengan lebih jelas). Dekat tepi muka blog ini pun ada. Klik je..
Selasa, 6 Januari 2009
Iklan-Iklan

Wanita solihah yang lasak? Lebih selesa ber t-shirt? T-shirt labuh kembali lagi. ingin tahu lebih lanjut. Sila berhubung dengan KHADIJAH WH.. Sesiapa sahaja yang berminat untuk beli boleh membuat pesanan. (Tak pandailah nak promosi, pandai bercerita je).T-shirt ini best-best belaka. Akan dipastikan tiada cacat seperti sebelum-sebelum ini.
p/s: betul ke cara iklan ni? kekok betul nak mengiklan ni..takpe lah baru kali pertama.. NAnti kalau ada cara yang lebih menarik dan sesuai, penulis tukarlah gaya..
Entri terkenal
-
Mak saya kata: Kalau bab mengata orang, budak 3 tahun pun pandai. .......... Kenapa buat macam? Siapa ajar awak buat macam ni? Awak ...
-
Dakwah ini bukan untuk melahirkan pensyarah yang pandai menghurai Dakwah ini bukan untuk melahirkan penceramah yang petah berkata Dakw...
-
"Janganlah engkau menjauhkan diri dari seseorang yang selama ini engkau puji kebaikannya dan engkau ketahui kehebatannya hanya disebab...
-
Saya ada dua baju. Dua-dua baju muat dengan saya. Bezanya, satu baju saya selalu pakai dan saya sangat menghargai keselesaan baju itu. Itu...
-
Apabila semua orang boleh bercakap isu ummah, Apabila orang-orang jahil dan tidak layak bercakap isu ummah, Apabila amanah diserahkan pad...
-
Mula-mula lurus, semakin lama makin terseleweng.. Itulah keutamaan memperbaharui niat. Agar.. Seruan kita mengajak manusia kepada Alla...
-
Allah Maha Besar.. Allah Maha Teliti.. Allah Maha Bijaksana.. Allah lebih dekat dengan kita dari urat leher kita.. Allah lebih sayangkan...
-
Assalamualaikum pemabaca yang dirahmati Allah. Berapa patah ayat Qurankah yang kita fahami hari ini?? Berapa ramai sahabat Rasulullah yang...
-
Assalamualaikum para pembaca yang dirahmati Allah. Sebelum ke topik utama, sukacita penulis mahu tegaskan disini, ada perkara kita perlu s...
-
Allah.. Maha Mengetahui. Menyebabkan kita redha dan lapang dada dengan segala kejadian. Amal baik dan buruk bukan kerana wujudnya manusi...




