Sabtu, 21 Februari 2009

WAWW

Jalan ini penuh liku

Jalan ini bersimpang siur

Jalan itu jalan suku

Jalan ini bukan untuk berhibur


Cabaran hebat, dugaannya berat

Tidak terlepas walau sesaat

Tapi penuh dengan manfaat

Demi kebahagiaan hari akhirat


Iman dipelihara, amanah dilaksana

Ukhuwah dibina, umat dijaga

Allah tetap yang UTAMA

Islam berkibar hingga ke angkasa!


Soalan:

  1. apakah ‘jalan ini’ ?
  2. apakah ‘jalan itu’ ?
  3. Mengapa ‘jalan ini’ bukan untuk berhibur ?
  4. Mengapakah kita terpaksa berhadapan dugaan yang berat untuk bahagia diakhirat?
  5. Penting sangatkah mengambil tahu tentang umat ?
  6. Mengapa Islam perlu berkibar hingga ke angkasa?

Cubalah jawab ye..macam belajar sastera je. memahami maksud sajak. (jika tidak mahu memahami pun tidak mengapa, memahami Quran dan Sunnah itu lebih penting) Penulis pun tidak tahu apakah gaya bahasa dan jenis puisi yang penulis ‘hentam’ buat ni.

Tiada ulasan:

Entri terkenal