Isnin, 5 Ogos 2019

Ini semua tentang kebesaran Tuhan

Mengimbas kembali kisah Nabi s.a.w bukanlah perkara asing dalam hidup seorang ummat baginda.

Peringkat awal memperkenalkan semula konsep Islam yg menyeluruh pada keluarga & penduduk sekitar Makkah mendapat pelbagai reaksi..

Paling menyentuh hati..

Bagaimana seorang manusia cerdik dan di iktiraf sebagai org bijaksana dizaman itu; Al-Walid bin Al-Mughirah enggan beriman kepada Rasulullah s.a.w. Walaupun dia tahu betapa benarnya mukjizat dan ajaran yg dibawa baginda..

Kemudian seorang tokoh yg disegani, berjasa menjaga Nabi s.a.w, dihormati seluruh penduduk Makkah, bahkan dikasihi Nabi s.a.w juga tidak mahu beriman kepada baginda s.a.w. Walaupun dia membela, menjaga serta berjasa melindungi Nabi Muhammad s.a.w, dia tetap teguh berdiri dalam agama nenek moyangnya hingga ke nafas terakhir.. Abu Thalib bin Abdul Mutalib.

Sedih tidak terkira seorang manusia bergelar Nabi s.a.w.

Pengajaran biasa di dengari utk kedua2 kisah ini; hidayah itu milik Allah. Nabi s.a.w pun tidak mampu mengislamkan org yg dikasihi apatah lagi org cerdik dizamannya.

Pengajaran takbiasa dengar apakah?

Taufiq dan hidayah Allah akan hadir pada org yg benar2 mahu tunduk kepada kebenaran.. Iya wahai para pembaca budiman.. Hanya jika kita berusaha bersungguh-sungguh tuk tunduk pada kebenaran, barulah kita sedar hidayah Allah sedang memanggil kita..

Tunduk kepada diri sendiri yg merasakan diri ini lebih berjasa, berpengalaman, kaya, dihormati masyarakat, tidak akan membuatkan kita menemui dan mengenal Islam dari Allah.

Kita mungkin merasakan kita adalah seorang manusia yg begitu berjasa pada Islam atau negitu berjasa kepada seseorang yg kembali kepada Islam melalui kita..
TETAPI SEBENARNYA..

Allahlah yg lebih layak mengungkit budinya dalam memberikan taufiq hidayahNya kepada kita.

Jika kita mahu menjadi org yg benar!
Jika kita mahu menjadi org yg tunduk pada kebenaran..

Yang besar itu Tuhan.
Bukan pengalaman kita, bukan keimanan kita, bukan usaha kita, bukan kebaikan kita, bukan juga "seniority" kita.

Allahu akbar.





Khamis, 21 Mac 2019

Menakluk dunia dengan Menyucikan Tuhan (bukan manusia!)

Maha Suci Allah..
Kerana Allah tidak pernah salah dalam menentukan segalanya.

Samada tentang manusia, langit dan bumi.

Merenung undang-undang ciptaan manusia, terlalu banyak kekurangan. Apatah lagi manusia sendiri. Manusia makhluq paling sempurna ciptaan Tuhan tetapi perbuatan dan fikirannya tidaklah sesuci Tuhan (mustahil tiada salah).

Belum masuk kisah perbezaan pendapat dalam segala sudut urusan kehidupan. Berbeza pendapat itu lumrah. Mengikut manusia yang dianggap lebih mulia dan lebih berilmu pun tiada masalah.

Menyucikan Tuhan Sekalian Alam itu satu kemestian. Memujinya juga suatu penghargaan dan kelayakan. Tiada manusia atau makhluq yang mampu setaraf dan sebanding. Berhati-hatilah dalam menyanjung dan memuji manusia walau kelebihan apa pun yang ada pada mereka.

Menyucikan Tuhan bukan bermaksud menghukum dosa pada manusia kerana kelemahan mereka. Buruknya akhlaq, kurangnya kasihan belas bukan juga salah undang-undang ciptaan manusia atau kerajaan yang memerintah..

Ia sebenarnya ujian kepada kita sebagai manusia menelusuri hakikat kehidupan berTuhankan Allah Yang Maha Suci.

Sudahnya?
Redha sahaja kekejaman dan kekurangan mereka?
Namanya ujian, maka usahalah sehingga lulus dengan nilaian Tuhan!

Jumaat, 15 Februari 2019

Biarlah cita-cita tinggi menembus awan dilangit..

Dengan nama Tuhan, kami berserah,
Dengan nama Tuhan, kami melangkah..
Dengan rahmat dan izin Tuhan kami tetap terus melakar sejarah.

Imaginasinya membina ummah,
Realitinya menjaga rumah sudah lelah.

Imaginasinya berjuang dan berjihad menongkah mungkar menegak kebenaran,
Realitinya perit berusaha membina, menyusun dan mendidik manusia menjadi beriman.

Imaginasinya lazat bercinta mendekat Tuhan
Realitinya memang boleh tahan..

Imaginasinya indah hidup dengan berkorban,
Realitinya baru seringgit dua menghulur meringankan beban.

Imaginasinya menang mengalahkan syaitan,
Realitinya usah cerita bagaimana berkorban berusaha untuk mengalahkan.

Sejarah bukanlah kerja membina bangunan dan reputasi,
Kerana sejarah membina kisah contoh agar menjadi sumber inspirasi.

Seluruh Nabi dan Rasul, telah selesai membina sejarah, melakar contoh inspirasi..
Kini giliran kita menyambung mata rantai ini..

Biarlah cita-cita menembus awan dilangit, asal hati tetap merendah kepada Tuhan!

Khamis, 18 Oktober 2018

Zaman baru

Selamat sejahtera  dan selamat menempuh hujung tahun 2018 yang masih bersisa.

Zaman sudah berubah bukan?
Seperti sudah kurang 'bloggers' kerana ramainya 'facebookers'..
Dan kini semakin ramai beralih kepada 'instagram'..

Media sosial berubah dan berkembang..
Dari surat menyurat, friendster hinggalah ke instagram.

Tetapi garispanduan media sosial masih tidak berubah.
Sama sahaja dimana sahaja.

Sepanjang Surah Al-Hujurat 1- 18

1- Tidak melebihi Allah dan Rasul-Nya dalam segala peraturan dan perilaku.
2- menjaga "nada suara" mengikut kesesuaian kerana ia adalah ciri orang bertaqwa dan diampunkan Allah
3- SABAR dalam berurusan dengan manusia termasuk dengan pemimpin
4- Apabila datangnya berita pastikan kesahihan berita lebih-lebih lagi jika pembawa berita itu diragui kejujurannya.
5- Iman dan akhlaq yang baik itu kurniaan Allah kepada manusia. Ia adalah nikmat; bersyukur jika ada 2 perkara ini.
6- Mendamaikan 2 pihak yang bergaduh
7- PRINSIP bersosial; setiap orang Islam itu bersaudara
8- Dilarang mencemuh, mengejek, menghina, membuka aib, memanggil dengan gelaran yang buruk
9- Jika melakukan perkara no.8 wajib bertaubat.
10- Tidak bersangka buruk.
11- tidak mengintip kesalahan orang
12- tidak mengumpat
13- Orang yang bersikap nombor 10 - 12, boleh jadi orang bertaqwa.
14- Berusaha berkenalan sesama manusia
15- Semulia manusia adalah yang bertaqwa (diantara ciri orang bertaqwa sudah ada di atas)
16- Allah tahu kita beriman sepenuhnya atau baru nak cuba-cuba, jadi tidak perlu dabik dada pada Allah yang kita terlalu beriman. Buktikan je dulu dengan melakukan suruhan dan larangan diatas.
17- Allah kenal ciri kita beriman sepenuhnya itu dengan pengorbanan yang telah kita lakukan
18- Tidak perlu rasa begitu berjasa dengan iman atau kekuatan kita untuk beramal soleh, kerana ia juga dengan rahmat pemberian Allah dengan menjadikan kita mampu begitu.

Pandai-pandailah nilai sendiri pelbagai situasi yang ada sekarang.
Contohnya:

1- Kutip cerita ikut kefahaman sendiri dan sensasikan
2- sikap terhadap golongan LGBT
3- pindaan tertentu tentang aktiviti pencegahan maksiat
4- baca tajuk sahaja kemudian hurai panjang berjela tanpa mendapatkan penjelasan
5- baca 2 muka berita, komen bermuka-muka.
6- memberikan gelaran-gelaran pelik yg dirasakan 'sesuai' megikut perlakuannya, melakukan sesuatu tidak mengikut citarasa kita

Jika tidak puashati, sila ambil quran dan telitilah isi kandungannya.
Pohonlah pada Tuhan agar dapat melihat yang benar itu benar dan yang salah itu salah seperti yang Tuhan lihat.

Bukan lain-lain.

Sekian.
Semoga bertemu lagi dilain siaran.

Jumaat, 9 Mac 2018

Hidup terlalu pendek untuk "keterlaluan"

Dengan nama Tuhan yang menciptakan kehidupan..
Dengan nama Tuhan yang menciptakan kematian..

Seperti mana tajuk,
hidup ini terlalu pendek untuk menjadi "keterlaluan"

Samada terlalu
  1. Gembira
  2. sedih
  3. mengingati kisah silam
  4. berharap pada masa akan datang
  5. marah
  6. sayang
  7. benci
dan apa-apa lagi seumpama dengan di atas.

Keterlaluan itu 'membazir' masa yang sedikit untuk kita melalui hidup yang pendek ini.

Hasil carian imej untuk smiley patience

Firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat 87;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُحَرِّمُوا طَيِّبَاتِ مَا أَحَلَّ اللَّـهُ لَكُمْ وَلَا تَعْتَدُوا ۚ إِنَّ اللَّـهَ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ ﴿٨٧ 

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik-baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas (pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.


Gembira, sedih, mengingati kisah silam, berharap pada masa akan datang, marah, sayang, benci.. Semua itu benda baik dan halal selagi tidak melampaui batas..

Untuk mengetahui 'batas'nya..
Kena belajarlah.
Tak cukup baca kat sini saja

Sekian,
Mari kita pulangkan semua urusan hanya pada Allah.

Rabu, 7 Mac 2018

Meniti hidup sebagai manusia 4

Masih dalam persoalan-persoalan yang saya lontarkan sebelum ini.

  1. Bagaimana kisah Nabi dan Rasul benar-benar menjadi 'hidup' dalam kehidupan kita
  2. Adakah kisah Nabi dan Rasul hanya untuk difilemkan sebagai kisah benar?
  3. Adakah kisah-kisah Nabi dan Rasul ini setaraf dengan kisah-kisah benar yang telah difilemkan di televisyen dan youtube?

Kemudian..

  1. Apakah kerjaya para Nabi dan Rasul?
  2. Apakah persamaan kerjaya para Nabi dan Rasul?

dan lagi persoalan..

  1. Untuk apa sebenarnya para Nabi dan Rasul di utuskan?
  2. Untuk apa Allah ceritakan kisah para Nabi dan Rasul dalam Al-Quran?

Yang paling menarik sekali..

Sedarkah kita?
Adanya persamaan antara kita dan para Nabi dan Rasul?
dari segi tujuan kita diciptakan ke dunia..

Sebenarnya disebalik persoalan-persoalan..
Sudah ada jawapan yang saya berikan.

Sekian terima kasih.
Setakat ini dahulu senaman otak awal 2018 dari saya.

Hasil carian imej untuk smiley exersice

Isnin, 5 Mac 2018

Meniti hidup sebagai manusia 3

Tidakkah anda tertanya-tanya..

Untuk apa para Nabi dan Rasul di utuskan?
Untuk apa Allah catatkan kisah para Nabi dan Rasul dalam Al-Quran?

Anda serabut dengan persoalan?
Anda pening kerana masih belum mendapat jawapan?
Blog saya bukanlah untuk menjawab persoalan anda..

hehe.

Tolong cari sendiri dan berusaha.
Nilai hidup kita sebagai manusia bukan 'makan suap'..
Nilai hidup kita pada usaha kita memahami erti hidup sebagai seorang manusia..


Firman Allah dalam surah Az-Zariyat: 56

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

Kemudian dalam surah Al-Baqarah ayat 30..

 وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً ۖ قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ ۖ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".

Dan lagi firman Allah dalam surah Al-Mulk ayat 2..

 الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ 

Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);


Haaa...
Langkah baca ayat Quran ya?..

Hasil carian imej untuk smiley warning

Mana dapat isi kalau tak baca.
Sila baca setiap satu huruf yang bahasa Arab kemudian baca juga maksud dan terjemahannya..
Baru dapat rasa indahnya hidup bersama Tuhan..

Hasil carian imej untuk smiley satisfie
Hasil carian imej untuk satisfied scenery

Baca Al-quran.. setenang alam berzikir menyucikan Tuhan..

Sabtu, 3 Mac 2018

Meniti hidup sebagai manusia 2

Masih kisah Nabi..
Bukan mahu mengulang kisah Nabi yang para pembaca sekalian sudah tahu..

Tapi mahu menyentuh akal, minda dan perasaan anda sebagai manusia yang membaca dan mengetahui kisah para Nabi.

Agak-agaknya lah..
Apa kerjaya para Nabi?

Untuk lebih mencabar senaman otak di pagi hari..
Apakah persamaan kerjaya para Nabi?

Jika dilihat sekali imbas..
Macam-macam kerjaya Nabi..

Berikut adalah contoh kerjaya para Nabi:

Nabi Muhammad s.a.w - penggembala dan peniaga
Nabi Idris a.s - Tukang besi dan tukang jahit
Nabi Daud a.s  - anggota tentera, pemerintah dan raja
Nabi Sulaiman a.s - Raja dan pemerintah

Jika begini apakah persamaan kerjaya mereka?
Jeng-jeng..

Hasil carian imej untuk smiley thinking

Tidaklah Allah menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia seperti yang Nabi Ibrahim sebutkan;

Firman Allah dalam surah Ali Imran 191

الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّـهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَـٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ ﴿١٩١
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.


Tidak mungkin Allah menceritakan pada kita kisah-kisah Nabi ini hanya semata-mata sebagai kisah Nabi..
Semata-mata untuk dikagumi?

Allah menjadikan semua perkara dengan tujuan.
Tiada yang sia-sia.
Maka kenapa para Nabi dan Rasul diutuskan dan di perkenalkan kepada kita?
Semata-mata untuk kita manusia berkata "mereka takpalah, iman para Nabi mana sama dengan iman kita manusia biasa"??

Oh ini tidak mungkin.

Khamis, 1 Mac 2018

Meniti hidup sebagai manusia 1

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Tiada yang boleh mempertikai kasih sayang Tuhan kecuali manusia yang benar-benar buta hati.

Siapa tidak kenal Nabi Muhammad s.a.w?
Musuh Islam tegar pun akan berusaha mengenali manusia hebat ini.

Ramai Nabi dalam sejarah dunia.
Nabi Adam, Nabi Idris, Nabi Nuh, Nabi Soleh..
Banyak lagi para Nabi alaihumusalam.

Macam-macam kisah hidup, pelbagai ujian cabaran hidup mereka.

Tapi bagaimana kisah-kisah Nabi ini benar-benar menjadi 'hidup' dalam kehidupan kita?
Adakah ia hanya menjadi sekadar 'kisah-kisah benar' yang di filemkan dalam televisyen dan internet?
Kisah Nabi setaraf kisah benar manusia-manusia lain dalam dunia?

Hehe..
Sila ambil berat dan fikirkan demi kebaikan hidup kita.

Hasil carian imej untuk smiley fikir

Sabtu, 2 Disember 2017

Benarkah manusia keluh kesah?

Dengan nama Tuhan aku menulis,
Dengan izin Tuhan aku mampu berbicara dan menyampaikan.

Ayuh kita sorot kehidupan harian sebagai seorang belia bekerjaya.
Abaikan apa jenis kerja tersebut, berapa mahal gaji atau tidak bergaji..

Keluhan letih, sibuk, susah, berat, mencabar, meyakitkan hati..
Kerana pelbagai isu berkaitan kerjaya seolah-olah perkara biasa dalam perbualan harian mereka.

Jika bukan tentang kerjaya, maka keluhannya tentang keluarga & duit.

Kadang-kadang, terdengar juga keluhan dan kesusahan mereka tentang amal wajib harian seorang muslim yang semakin tidak 'basah',  amal soleh yang semakin tidak lazat dan begitu berat..bahkan semakin berkurangan..

Alangkah susahnya hati.

Hasil carian imej untuk smiley susah hati

Oleh itu,
Jom kita lihat surah al-Ma'arij ayat 19 hingga 35

إِنَّ الْإِنسَانَ خُلِقَ هَلُوعًا ﴿١٩﴾ إِذَا مَسَّهُ الشَّرُّ جَزُوعًا ﴿٢٠﴾ وَإِذَا مَسَّهُ الْخَيْرُ مَنُوعًا ﴿٢١﴾ إِلَّا الْمُصَلِّينَ ﴿٢٢﴾ الَّذِينَ هُمْ عَلَىٰ صَلَاتِهِمْ دَائِمُونَ ﴿٢٣﴾ وَالَّذِينَ فِي أَمْوَالِهِمْ حَقٌّ مَّعْلُومٌ ﴿٢٤﴾ لِّلسَّائِلِ وَالْمَحْرُومِ ﴿٢٥﴾ وَالَّذِينَ يُصَدِّقُونَ بِيَوْمِ الدِّينِ ﴿٢٦﴾ وَالَّذِينَ هُم مِّنْ عَذَابِ رَبِّهِم مُّشْفِقُونَ ﴿٢٧﴾ إِنَّ عَذَابَ رَبِّهِمْ غَيْرُ مَأْمُونٍ ﴿٢٨﴾ وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ ﴿٢٩﴾ إِلَّا عَلَىٰ أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ ﴿٣٠﴾ فَمَنِ ابْتَغَىٰ وَرَاءَ ذَٰلِكَ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْعَادُونَ ﴿٣١ 

Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut); 

Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah; 
Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut; 

KECUALI orang-orang yang mengerjakan sembahyang 
Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya; 
Dan mereka (yang menentukan bahagian) pada harta-hartanya, menjadi hak yang termaklum -
Bagi orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta);

Dan mereka yang percayakan hari pembalasan (dengan mengerjakan amal-amal yang soleh sebagai buktinya);
Dan mereka yang cemas takut daripada ditimpa azab Tuhannya, - Kerana sesungguhnya azab Tuhan mereka, tidak patut (bagi seseorangpun) merasa aman terhadapnya;

Dan mereka yang menjaga kehormatannya, - Kecuali kepada isterinya atau kepada hambanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela; Kemudian sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;

 وَالَّذِينَ هُمْ لِأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ ﴿٣٢﴾ وَالَّذِينَ هُم بِشَهَادَاتِهِمْ قَائِمُونَ ﴿٣٣﴾ وَالَّذِينَ هُمْ عَلَىٰ صَلَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ ﴿٣٤﴾ أُولَـٰئِكَ فِي جَنَّاتٍ مُّكْرَمُونَ ﴿٣٥

Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
Dan mereka yang memberikan keterangan dengan benar lagi adil (semasa mereka menjadi saksi);
Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya; 
Mereka (yang demikian sifatnya) ditempatkan di dalam Syurga dengan diberikan penghormatan.

......

Manusia memang akan keluh kesah.. 
Kerana dengan keluh kesah itulah mereka akan merasai nikmat solat.
Cuba berikan perhatian kepada ayat Allah di atas, 3 kali Allah menyebut tentang orang yg memelihara solatnya.

Manusia memang akan berkeluh kesah.
Kerana dengan keluh kesah itu dapat dihilangkan dengan nikmatnya berzakat dan bersedeqah, nikmatnya beriman pada hari kiamat, dan nikmatnya merasa takut kepada azab-Nya.

Manusia memang berkeluh kesah kerana itu sifat normal kita seperti lapar.
Dengan lapar kita merasai nikmatnya makan.

Ya.
Manusia itu normal apabila dia merasa keluh kesah.
Kerana itu dia akan merasa nikmatnya menjaga amanah,
Kerana dia akan merasa nikmatnya menjadi saksi yang adil.
Kerana dia akan merasa nikmatnya bersolat.

Kerana dia akan merasai NIKMAT paling berharga dari Tuhan..
Penghormatan untuk masuk ke dalam syurga!

Hasil carian imej untuk pantai biru

Oleh itu wahai para belia..
Dan Wahai manusia seluruhnya..

Ketahuilah hidup kita memang untuk di uji dan kita hanya akan tahu lulusnya ujian itu apabila mendapat penghormatan tidak ternilai dari Yang Maha Mulia dengan dimasukkan ke dalam syurga.


Sekian.

Entri terkenal