Rabu, 30 Disember 2009

Pena! 3

Baiklah cuba hayati tafsir kat bawah ni.. mengikut susunan ayat yang telah termaktub dalam Al-Quran
  1. Nun, Demi pena dan apa-apa yang mereka tulis,

Dalam ayat pertama itu, Allah telah bersumpah dengan huruf nun. Haa bukan huruf lain. 'Ba' ke 'ta' ke 'ya' ke.. Tapi nun. Sebab? Wallahu 'alam.
Tapi kemudian Allah bersumpah pula dengan pen dan penulisan. Kata ulama tafsir, ia menunjukkan penghargaan pada nilainya.. Disamping, menghalakan perhatian kepada perkara tersebut.. DItengah masyarakat yang begitu tidak mementingkan pendidikan dan pembelajaran kearah itu pada masa tersebut.


Gambar hiasan semata

Penulisan dianggap sangat mundur dan ketinggalan pada masa itu. Walhal, tugasan yang Allah beban kan pada Khalifah-Nya amat perlu pada keupayaan menulis itu subur dan tersebar.

Kemudian Allah juga menafikan tuduhan liar kaum Quraisy kepada Rasulullah:

2- kamu (wahai Muhammad) dengan sebab nikmat pemberian Tuhanmu, bukanlah seorang yang gila (sebagaimana yang dituduh oleh orang musyrik, bahkan kamu adalah seorang yang bijaksana).

Dalam ayat ini Allah menyandarkan ganti nama Nabi s.a.w 'anta/kamu' kepada zat-Nya, (perkataan) 'Tuhanmu' menunjukkan keakraban dan kasih sayang Allah pada Nabi Muhammad.

Kawan-kawan boleh faham tak setakat tu? Tak berapa faham eh? Macam ni, untuk faham tafsiran ayat ni, kawan-kawan kena tengok ayat yang bahasa arabnya, dan kena tahu sikit-sikit tatabahasa Bahasa Arab.

Nak bagi senang fahamnya ginilah, kalau kita ni baik dengan kawan kita, kita mesti nak apa-apa pun berkait dengan dia, betul tak? Haa, jadi Allah nak beritahu, Nabi Muhammad ini sebenarnya mulia dan tidak gila sebagaimana yang dituduh. Selain itu, menjadi lebih-lebih lagi mulia Nabi Muhammad ini apabila baginda itu digambarkan sangat dekat dengan Allah.

Dan kerana itu Allah berkata lagi:

3- Dan sesungguhnya kamu tetap memperoleh pahala yang besar dan tidak putus sebagai balasan menjalankan ajaran Islam;

Tidak cukup setakat itu; Allah sendiri memberi penyaksian agung dan penghormatan besar kepada baginda s.a.w:

4- dan bahawa sesungguhnya kamu mempunyai akhlaq yang mulia.

Sebenarnya bukan dalam surah Al-Qalam aje Allah puji Nabi Muhammad ini berakhlaq mulia. Banyak lagi surah lain. Nak tahu ek? SIlalah rajin-rajin tengok tafsir quran bila mentelaah Quran. PAsti ketemu. Insya Allah.

Habes satu part.
Eh, belum habes lah. Tapi dah tak larat nak sambung. Nanti-nanti lah ye..

Isnin, 28 Disember 2009

Pena! 2

Haaa, entri sebelum ni pendek sangat eh? Nak buat macam mana, bila kelas dah mula, assignment pun bertompok macam kain baru angkat. Itu belum cerita nak kena buat pre dan post reading bila dah masuk kelas.. Haa nasib baik belum masuk hospital lagi..


Balik kelas dah penat. Solat makan solat rehat kejap solat rehat TeRUS. (Tidurlah). Bangun esok dah pagi, kena masuk kelas pagi-pagi lagi. Habis? Bila nak buat benda lain? Macam mana nak kumpul pahala?

Kita hidup atas dunia ini kena kreatif kan? Kreatif kumpul pahala. Bukan kreatif mengata orang.. Laa itulah, melalut tah kemana hala pulak penulis ni kan..

Kalau bukan kerana Allah yang memberi izin penulis mengarang 'short note' tafsir surah Al-Qalam kali ini, entah bila lah segala pembelajaran selama ini dapat disebarkan..

Baiklah jom sambung cerita Surah Al-Qalam..

Secara mudahnya, Surah Qalam ni nak cakap, kita mestilah merasa izzah dengan Islam yang kita ada. Apatah lagi jika kita itu seorang daei. Semua orang Islam daei kan? HA, (tu dia huruf besar dah tu), jangan nak buat tak ngaku pulakks.

Ha apadia? tak tahu apa itu daei? Owh boleh tanya je sesiapa yang tahu. Penulis tak nak cerita kat sini.

Secara panjangnya, ada banyak point-point penting yang di gariskan Allah dalam Surah al-Qalam:
  1. Menceritakan benih Islam mula tersebar dalam Masyarakat makah, suatu anjakan dan perubahan sedang dan bakal berlaku pada Kota Makah dan penduduknya..
  2. Nilai-nilai sosial dan kekeluargaan yang ada dalam kalangan pembesar Quraisy pada zaman permulaan Islam disebarkan.
  3. Penentangan orang-orang kafir terhadap dakwah Rasulullah. Menceritakan bagaimana perasaan Rasulullah s.a.w dan para sahabat diperingkat awal dakwah..
  4. Serta kasih sayang, pujukan, pujian dan hiburan yang Allah beri pada Rasulullah s.a.w dan juga para sahabat.
  5. Dengan kata lain, Allah telah menjamin; musuh Allah akan 'diselesaikan' oleh Allah Yang Maha Mengetahui, Maha perkasa dan Maha Pemberi Balasan. Kita sebagai daei cuma perlu berusaha bersungguh-sungguh dan tidak putus asa dengan perasaan sedih dan kecewa kerana sikap orang-orang yang ingkar.
  6. Merasa izzah dan mulia dengan Islam yang dianugerahkan Allah.
  7. Cerita seorang pendusta dan musuh ketat Rasulullah s.a.w.
  8. Pengisytiharan perang keatas seluruh pendusta serta azab seksa akhirat yang hina buat orang takabbur.
  9. Contoh orang takabbur dan mengancam orang kafir Quraisy yang bongkak dan berbangga dengan harta dan anak-anak..(Faktor yang menjadikan mereka menentang penyebaran risalah Islam)
  10. Agar kita dapat merasai suasana perjuangan pada masa itu. Fasa lemah dan sedikit, fasa kesakitan, kesulitan dan penderitaan.. Serta fasa usaha gigih untuk menyemai benih yang mulia di atas tanah keras

Amacam? Menarikkan surah Qalam ni kan?
Dah tak sabar nak tahu isi surah? Ok, nanti kita sambung esok lusa pulak ye.

Sabtu, 26 Disember 2009

Pena! 1

Mula-mula, bacalah! kemudian Tulis!

Mula-mula al-alaq kemudian al-Qalam. Tapi ada ulama berpendapat, al-qalam bukan selepas al-alaq. Malah selepas Islam telah disebarkan secara terang-terangan. BIla? itulah dia 3 tahun selepas dakwah secara sirr. Sirr tu rahsia lah. Sirr itu bahasa Arab. Rahsia bahasee Melayu.


Surah ini surah Makkiah.. Walaubagaimanapun ada juga ulama yang cakap surah Makiah campur Madaniah. Apa itu Madaniah dan Makiah ini?

Takkan lah sedap-sedap pulak ulama nak bagi nama lain untuk Surah-surah dalam Quran kan?

Secara ringkas nya, Madaniah dan Makiah ini pengkelasan ayat-ayat yang ada dalam Quran. Pengkelasan ayat-ayat yang ada dalam Quran sebenarnya ada macam-macam jenis. Madaniah dan Makiah ini salah satu dari cara yang ulama dah ajarkan untuk kita.

Kalau kawan-kawan belajar ulum Quran, mesti pernah jumpa punyalah.

Madaniah: Ayat Quran yang diturunkan di Madinah atau lebih banyak membincangkan tentang undang-undang dan cara hidup..

Makiah: Ayat Quran yang diturunkan di Makah, atau lebih banyak membincangkan tentang Aqidah dan kepercayaan..

Kalau kawan-kawan perasan, penulis guna perkataan atau dalam dua ayat di atas. Menunjukkan salah satu pun boleh. Bukan mesti dua-dua.

Ada lagi penjelasan yang panjang dalam pembahagian Madaniah dan Makiah ini, tapi penulis tak nak tulis lah kat blog ni. Cukup sekadar untuk kawan-kawan faham; pekebandalah Makiah dan Madaniah itu.

Ok lah, sekarang kita sambung balik fasal Surah AL-Qalam. Untuk entri pertama ini, penulis cuma kongsi Muqaddimah dulu ye. Maksudnya 'overview' surah sahaja. Belum detail lagi tafsirnya.

Bersambung..

Khamis, 24 Disember 2009

Tengok ni


ha, percaya tak kalau penulis cakap, penulis yang jahit baju ni? Oo tak nak caya ye? Takpe. bukan Quran dan hadis pun –tak boleh nak paksa suruh percaya pon. Eh senget kepala ke nak tgk? heheh memag sengaje buat baju tu 'baring'

Tahu tak.. Bukan main lagi penulis siapkan jahit baju ni tau. Ini baju kedua penulis buat. Nampak mak jahit baju macam senang aje. Sekali dah jahit baru tahu penangan menjahit.

Masa kali pertama jahit dulu, bahagian lengan dekat ketiak dan bahu jadi ketat. Ini adalah bahagian yang paling susah nak bajet untuk orang yang tak berpengalaman macam penulis ni. Kali kedua ni, dah senang sikit. Itu pun tersalah buat luas sangat pulak..

Semuanya kene kira dan mesti buat tepat-tepat. Macam kerja kayulah. kerja kayu pun best jugak. Tapi kalau buat kerja kayu tak boleh pakai hasilnya. Kalau menjahit, bila dah siap boleh pakai.

Nabi Idris pun pandai jahit baju. Kiranya Nabi Idrislah orang pertama pandai jahit baju. Kawan-kawan tahu tak hal ini? kalau tak tahu, inilah masa untuk kawan-kawan tahu. kalau dah tahu baguslah.

Nabi Muhammad s.a.w pun jahit baju sendiri jugak. Kalau baju baginda koyak, baginda akan baiki sendiri.. Baguskan contoh yang ada pada Nabi-Nabi kita? Tapi kita ni selalu je nampak orang lain bagus. Ustaz tu lah, Ustaz nilah. Itu ok lagi kalau kagum dengan ustaz.. Ada pulak yang kagum dengan artis. Itu yang paling tak tahan tu. kalau artis beriman macam Ustaz Asri Rabbani tu oklah lagi –ini pun orang panggil ustaz- Masalahnya kagum dengan sesape artis tah..

Entri kali ini nak buat kawan-kawan berminat dengan aktiviti menjahit baju dan membaiki sendiri baju-baju yang kita pakai..

Selasa, 22 Disember 2009

Lagi-lagi rokok

Cuti dah habis. Semester baru akan bermula. Seperti biasa, perjalanan sepanjang malam akan ditempuhi sebelum tiba di bumi Kuantan. Mengantuknya ya Allah. Tapi langsung tak dapat tidur.

Sebab? Pemandu bas merokok! Setiap kali dia cucuh sahaja rokok, pasti terjaga. Bayangkan, sepanjang malam itu tak dapat tidur. Kalau orang sihat mungkin tidak dapat tidur satu malam bukanlah masalah besar. Tapi bagi seseorang yang memang ada penyakit, maka itu akan jadi masalah besar..

Hampir 3-4 hari sakit kerana tidak dapat tidur dek asap rokok pakcik bas. Alangkah susahnya untuk menghadiri kelas seperti biasa.. Jika diikutkan hati mahu saja menyuruh pakcik tersebut membuang rokok yang dihisap. Tapi mengantuk dan kepenatan menyebabkan terlupa untuk melakukan demikian.

Ada banyak pengajaran yang penulis dapat dari peristiwa ini tapi yang paling penting penulis nak kongsi dalam tajuk kali ini adalah, walau apa pun yang kita buat, tiada satu pun yang tidak akan memberi kesan kepada masyarakat.

Maksudnya, apa saja kita buat pasti ada kesan pada masyarakat sekeliling kita. Janganlah sempitkan fikiran kita dengan pendapat

"aku buat macam ni bukan effect orang lain pun"..

Berhentilah menjadi orang yang pentingkan diri sendiri. Kerana anda tidak akan dapat hidup jika seluruh dunia mengamalkan prinsip itu.

Ahad, 20 Disember 2009

Lamanya

Lamanya penulis tak buat entri fasal quran kan? Bukan tak nak buat tapi tak sempat. Aiseh, suka benar bagi alasan cenggitu kan? MAcam lah berani sangat nak jawab depan Allah macam tu nanti..
Takoot la. Kawan-kawan tak takut ke?

Contoh la kan.. Tengah-tengah padang mahsyar yang besar dan penuh dengan makhluq Allah dari zaman Nabi Adam hinggalah ke akhir zaman, dengan Semua nabi dan rasul ada, segala raja dunia dan hamba dunia ada; tetiba Allah panggil kita:

Haiii mutiara bd! kenapa berhenti dari memberitahu kepada masyarakat tentang kalam-Ku??

Hadoiii apa nak jawab? Tak sempat ya Allah? Agak-agak apa yang akan penulis dapat nanti? FUiyoo tak sanggup nak imagine dah la. Takut sangat.

Jadi untuk menjawab: Bukan berhenti Ya Allah, tapi tengah cari jalan untuk menyampaikan dengan cara paling berkesan.. maka..

Penulis pun akan meneruskan siri-siri tulisan yang boleh membantu jiwa kawan-kawan untuk cintakan Al-Quran.. Kalam Allah.

Semoga berjayalah menulis..

Jumaat, 18 Disember 2009

Dunia akan musnah

mati adalah sebaik-baik peringatan. entah siapa yang cakap. tak ingat dah. Tapi memang penulis setuju sangatlah..

  • Kalau kita ni rasa kita baik sangat, cuba bayangkan sanggup tak untuk mati sekarang?
  • Kalau rasa dah cukup bagus dan tak perlu usaha lebih-lebih untuk mendapat kejayaan cuba renung-renung untuk mendapat syurga diakhirat..konfemke?
  • Kalau rasa nak buat jahat dan nakal-nakal bawak-bawaklah ingat pada mati. Sanggup ke rasa su'ulkhatimah (kesudahan yang buruk)?
  • Kalau dah rasa tak perlu ambil tahu hal orang, kononnya tak nak jaga tepi kain orang, cuba pertimbangkan kalau-kalau kat akhirat kelak, kene heret ke neraka sebab tak ingatkan orang lain..

Ingatlah mati, bukan kerana sakit. Ingat mati bukan kerana lemah semangat. Ingat mati bukan kerana dah tiada jalan untuk diusahakan didunia ini.. tapi mengingati mati kerana ia adalah tanggungjawab kita supaya sentiasa bersedia untuk menghadapi hari muka..

Rabu, 16 Disember 2009

Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali

Tahu tak sudah beberapa minggu penulis asyik teringat kat rumet penulis kat matrik yang dah meninggal tahun lepas..eh tak ingat lah, tahun lepas ke awal tahun ni.

RUmet ops salah eja ni (room mate) penulis tu hafizah. Memang mantap lah ingatan dia. Dia memang betul-betul hafizah. Sikap dia, percakapan dia memang patut digelar pemelihara al-Quran.

Pagi-pagi, kalau orang lain kelam kabut nak bersiap ke kelas, dia akan duduk kat meja dia.. senyap je nampak. Tapi rupanya tengah ngulang quran. Sehari dia duduk macam tu, dia boleh ngulang 3 juzu tanpa tengok quran langsunggg..

Mantapnya hafalan dia kan? Tapi setahun je dia sebilik dengan penulis, kedian dia dah tukar bilik.. Kalau kawan-kawan tak kenal dia, ni nak bagi kawan-kawan kenal dia. Kalau sesiapa yang rajin ikut musabaqah hafazan quran, mesti kenal punya si dia ini.

Rumet penulis ni dah selalu masuk musabaqah hafazan quran dan sampai tak dibenarkan masuk dah oleh jk musabaqah. Sebab apa? Sebab asyik dia je yang menang dalam musabaqah tu.. Adik beradik dia semuanya hafiz hafizah.. Tahu tak berapa adik beradik dia? 12 orang! ramai kan? Masa dia jadi rumet penulis, dia dapat sorang lagi adik menjadi kan adik beradik dia 13 orang!.. Ramaiii tapi semua nya soleh dan solehah.. Beruntung ayah dan mak dia.

Oklah kesimpulannya: Zaman kita ini ramai aje orang baik dan beriman, tapi kita tak pernah nak hargai kehadiran mereka sehinggalah mereka telah meninggalkan dunia.

Isnin, 14 Disember 2009

KIta tak tahu kita jahil?

Kita buat sesuatu dan kita rasa ok. Selepas mengetahui sesuatu mengenai perbuatan kita, barulah kita rasa..

"Ya Allah kenapalah aku buat macam tu dulu"

Dengan hidayah dan rahmat Allah lah kita dapat menilai tahap kebaikan perbuatan kita. Jika bukan kerana ilmu anugerah dari Yang maha Bijaksana, mustahil untuk kita menilai sesuatu dengan adil dan saksama.

Selalu sahaja kita merasa ok je aku buat gini. Atau yang lebih teruk sikit..

"la, saya tak tahu yang perkara ini tidak boleh dilakukan"

atau

"saya pun tak tahu kenapa saya buat begitu. Saya cuma ikut orang"

Jika sudah tahu yang kita serba tidak tahu dan tidak lengkap, carilah jalan untuk menjadi orang yang lebih tahu dan mampu menjalani kehidupan sebagai hamba Allah. Bukan serba tahu tapi tidak beramal.

Sabtu, 5 Disember 2009

Nak cerita lagi

Lagi cerita mengenai rokok dan tembakau. Dulu-dulu masa kecik, penulis pernah dengar cerita mak. Dulu suka suruh mak bercerita. Sebab penulis suka sangat dengar cerita. Sebab? Tak usah tanyalah sebabnya tidak diketahui.

Ceritanya macam ni:

Dulu Kelantan antara negeri yang banyak menanam tembakau. Pemandangan kat Kelantan dengan pokok tembakau ni macam Kedah penuh dengan sawah padi la.. DULU. Dah tulis huruf besar tu: DULU. Maksudnya sekarang dah tak de. Memang betul pun, sekarang penulis balik Kelantan, dah tak de pun.

Tahu tak macam mana boleh jadi tak de? Kerajaan Kelantan takde pun kuat kuasa undang-undang cakap

“Haaiii rakyat Kelantan, sila tebang pokok-pokok tembakau yang anda tanam. Jika tidak, anda akan dikenakan tindakan undang-undang”.

Tak pernah keluar pun kenyataan macam ni. Tak caya? tak caya, tanya la orang Kelantan.

Habis macam mana perusahan tembakau boleh jadi tidak wujud dah di Kelantan sekarang? (Kalau tak salah memang dah tak de lah), kalau ada lagi mungkin di luar pengetahuan dah. Sebabnya pemimpin Kerajaan Kelantan bersungguh-sungguh memberikan pendidikan kepada rakyatnya. Pendidikan apa? Mengenal tuhan, kehidupan itu amanah buat manusia, bagaimana mahu mencapai keredaan Allah.. Akhirnya, pengusaha pokok tembakau itu balik dan cabut sendiri pokok-pokok yang mereka tanam tu.

Habes cerita. Ini cerita versi ingat campur tak ingat. Kalau nak betul-betul kepastian, tanyalah rakyat Kelantan sendiri. Tapi jangan tanya yang muda-muda sekarang, mungkin mereka pun tak berapa tahu. Tanya la yang tua-tua sikit.. Berbanding orang muda, orang tua ni rajin bercerita dan suka sangat kalau ada orang nak dengar dia bercakap dan bebel.. ops marah orang tua pulak nanti..

Selamat menekuni ibadah harian.

Entri terkenal