- Sentiasa berdoa kepada Allah setelah siang malam mengulangkaji pelajaran serta tidak ponteng kelas.(mengaplikasikan kefahaman tawakkal).
- Berusaha bersungguh-sungguh dengan melawan hawa nafsu malas, tidor, bercakap kosong dan menonton cd.
- Hidup kita setiap hari diisi dengan aktiviti berfaedah dan banyak pahala (kerana studi) insya Allah, dan ini disukai Allah.
- Bila dapat keputusan yang baik, bukan di gunakan untuk berbangga, malah untuk kebaikan agama Islam (macam ni memang bagus).
- Bila peroleh keputusan yang tidak memuaskan (setelah berusaha), tidak bersedih dan mengutuk-ngutuk diri sendiri selain tidak menyalahkan Allah dan sentiasa bersangka baik dengan ketentuan Allah.
- Studi punya lama sampai terlepas waktu solat. Lebih-lebih lagi solat subuh.
- Studi punya lah gempak, rezut pun gempak, tapi niat bukan kerana REDHA Allah.
- Studi berduaan lelaki dan perempuan (yang bukan mahram). Tak baik kita campur kan dosa dengan pahala. Belajar tu perkara yang baik, berduaan lelaki dan perempuan (yang bukan mahram) tu tak baik.. Allah tak suka kita buat macam gitu.
- Meniru masa jawab soalan periksa.
- Banyak lah lagi yang lain, tapi yang ni je penulis ingat
Allah tahu kita akan buat salah, sebab tu Allah ajarkan pada kita cara untuk bertaubat. Nabi Adam bertaubat, Nabi Yunus bertaubat, Nabi Muhammad pun bertaubat, takkan lah kita yang bukan nabi ni tak nak bertaubat??? Tobat nasuha tu maksudnya benci untuk kembali melakukan dosa yang kita dah buat dan berazam untuk meninggalkan perkara tersebut selamanya.
AYUH kita sama-sama tobat. Allah kan MAHA PENGAMPUN..lagipun kita tak tahu tarikh kematian kita. Kalau mati, tak sempat tobat, macam mana??? huuu sedihnya..takut pun ada jugak..
Sebelum berakhir tajuk ni, penulis nak bercerita sikit. Cerita nya begini.
"Di sebuah jalan besar dan luas -ada empat lorong gitu (macam lebuh raya, tapi bukan lebuh raya)-, ada seseorang pelajar sedang menunggu kedatangan ayahnya untuk menjemput pulang. Sedang menunggu dengan tenang, dia ternampak seekor kucing tompok hitam putih nak lintas jalan (yang besar dan luas tu)..hmm comey nya kucing ni..kata pelajar itu di dalam hati.. Dari jauh ada sebuah kreta besar macam lori dengan halaju melebihi 110 km/j sedang menghampiri..dan "zzzusss" telah MELENGGEK kucing comel tu dan terdengarlah kucing tu menjerit..MIOOOOWWWww. Pelajar tersebut terkejut, terlongo tak terkata apa-apa. Waduh kejam tol org tu bawak kreta besar macam lori tu"
Apa pulak cerita orang yang bawak kreta besar macam lori tadi??
Rupanya dia tengah kelam kabut nak ke pejabat kerana ada mesyuarat penting berkenaan syarikat perniagaan dia. Dan dia memang tak perasanlah kucing kecik dan comel tu lintas jalan..
Analogi cerita ni:
- Pelajar yang tgh tungguh ayah -org yang menyedari hakikat dosa tapi tidak melakukan apa-apa.(biar je diri buat dosa tu dan tak bertobat)
- Kucing kene lenggek -iman kita yang dirosakkan kerana tak bertaubat
- Pemandu -org yg tidak tahu bahawa dosa itu boleh merosakkan iman.
- Jalan besar dan luas -hidup kita atas dunia ni
- Kreta besar macam lori tu -nikmat yang Allah beri atas dunia
- Kekaguman pelajar tersebut pada kecomelan kucing -rasa ego pada seseorg yang menyebabkan dia tidak mahu nampak ada bahaya sedang menunggu jika tidak bertobat.
- mesyuarat syarikat -kesibukkan hidup kerana urusan duniawi
MARI bertaubat..MARI kembali kepada Allah..Jangan biarkan Allah palingkan muka dari kita kerana kecuaian kita atas dunia ini..Kalau dah tahu, tapi buat tak tahu memang hampeh lah hidup kita..Kalau tak tahu, bukan alasan untuk kita buat (dosa)..kerana hidup kita adalah pelajaran untuk menghadapi PEPERIKSAAN Akhirat.. jadi belajarlah bersungguh-sungguh.
Kepada kawan-kawan ku, sahabat sperjuangan ku, adik-adik ku di sekolah, sanak sedara ku yang berterabur di seluruh Malaysia, SEMOGA ANDA BERJAYA dalam PEPERIKSAAN dunia dan akhirat..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan