Jalinan yang menghubungkan sebahagian dan sebahagian umat Islam yang lain dan berasaskan ikatan rabbani (ketuhanan) dan ketaatan kepada Allah.
So, dengan lain perkataan, ukhuwah adalah ikatan hati manusia yang sentiasa mendekatkan diri dengan Allah.. Ada satu maksud ayat quran tu, Allah kata, kalau kita nak guna segala benda atas dunia ini untuk menyatukan hati kita, takkan dapat nyerr. Sbb yg memberikan ikatan itu adalah Allah. Nak tahu ayat quran mana? Haaa.. rajin-rajin baca quran, nanti mesti jumpa ayat tu.
Berbalik kepada maksud ukhuwah,bolehlah dihuraikan sebegini. Kalau kita ni berkawan dengan org lain dan tak mendekat kan diri dengan Allah, maka itu bukannya ukhuwah.. Makin kita berkawan dengan dia, makin menjauhkan kita dari Allah.. Lagi bersahabat, lagi banyak maksiat yang kita buat.. Semakin kerap berjumpa, semakin bertambah ‘koleksi’ dosa kita dengan Allah.. Contoh lah kan, bila kita nampak je muka kawan kita ni, kita teringat cd terbaru yang belum kita tgk lagi.. atau, bila tgk muka dia je nampak shopping kompleks.. hmm.. Ini semua fenomena yang tidak di panggil ukhuwah. Yea lah, dah kalau tgk muka dia nampak shopping kompleks macam mana nak igt Allah?
Kawan-kawan pembaca sekalian tahu tak? kawan yang solih (menurut ukuran Al-quran dan sunah) adalah rezeki?? Bukan sahaja makan free, dapat duit raya dan hadiah itu rezeki, kawan yang solih pun rezeki jugak ooo. Kawan-kawan jenis ni, bila kita tgk dia, kita nampak masjid. Bila kita terjumpa dia, baru teringat “YA Allah, aku tak qiam lagi hari ni”. Bila tgk muka dia bertambah rasa nak beribadah. Haaa.. nilah antara ciri kawan solih.. Ada banyak lagi ciri lain, ni cumalah contoh sebahagian dari banyak-banyak ciri kawan yang solih. Jangan salah guna pulaks perkataan ukhuwah ni yea kengkawan..
“Demi ukhuwah, ku relakan kau berdating, kerana aku takut persahabatan kita rosak kerana teguran ku”
Baca baik-baik yea kengkawan. Apakah di namakan ukhuwah, jika kita membiar kan kawan kita melakukan maksiat kepada Allah? Di manakah tanggungjawab kita sebagai seorang Islam? Adakah ukhuwah jika kita mengajak kawan-kawan kita bersama-sama melakukan maksiat?? Cuba renung-renung kan..
p/s: sahabat yang baik adalah sahabat yg mampu mengingatkan kita bila terlupa dan membantu kita menjaga amanah Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan