Selalu kita dengar orang sebut: Jangan buat maksiat..
Perasan tak, kita selalu sinonimkan perkataan maksiat dengan perbuatan apa?? Selalunya penulis dengar perkataan maksiat digunakan untuk perbuatan berdua-duan antara lelaki dan perempuan tanpa teman..
Rasanya betul tak penggunaan perkataan ini? Hehe.. jengjeeeenggg.. Tah hape-hape tah. Skema betul nak cakap pasal penggunaan perkataan maksiat pulak dah.. Sebab apa? Sebab nanti orang ingat maksiat tu “benda tu” je (seperti yang tertulis di atas).
Maksud maksiat: penderhakaan. Kalau “asi”: orang yang menderhaka..
Kalau kamus melayu, derhaka itu bermaksud tidak taat, menentang dan melawan. Jadi, apa sahaja perbuatan yang menentang, melawan atau berbau tidak taat pada Allah; maka itu adalah maksiat. Pening tak??
Ok, mari nak tulis semula. Jom kita baca balik. Maksiat adalah penderhakaan atau perbuatan tidak taat, melawan dan menentang.. Derhaka pada siapa?? tidak taat pada siapa? Melawan dan menetang siapa??? pastilah Tuhan Sekalian Alam..
Haa, kan berat dan bahaya maksiat itu? Kadang-kadang kita sembang ‘besa’ je sebut
“aku nak buat maksiat”..
“EH terbuat maksiat pulak”..
Sebab kita tidak tahu maksudnya..
Kalau nak bergurau “aku nak jadi anak derhaka” pasti tak sanggup kan?. Nak sebut pun tak berani, betul tak.. Tapi sebab kita tak berapa perasan maksud maksiat itu menderhaka pada Allah, maka kita sewenang-wenangnya buat gurau perkataan tersebut.."Aku nak buat maksiat kejap”.. Cuba tukar jadi “Aku nak derhaka pada Allah kejap”.. Itukan sangatlah ‘daring’.?!
Derhaka pada ibubapa pun kita tidak berani, inikan pula TUHAN kita dan TUHAN ibubapa kita.. Boleh ke kita nak buat main-main dan bergurau?? Oh, takutla..
Semoga celik dunia, celik juga akhirat.. Sebab hidup di dunia ini adalah untuk kebahagiaan Akhirat.
2 ulasan:
Salam. It was a very good article. Mabruk! :)
just cdgn penambahan, mgkin penulis boleh sertakn skali sumber supaya senang utk sbarang rujukan. terima kasih :)
wslm.. baiklah. cadangan dipertimbangkan..
Penulis memang sedang membaiki kualiti penulisan. InsyaAllah.
Catat Ulasan