Bangau oh bangau kenapa engkau kurus?
Macam mana aku tak kurus, ikan tak mau timbul.
Ikan oh ikan kenapa tak mau timbul,
Macam mana aku nak timbul, Rumput panjang sangat.
Rumput oh rumput kenapa panjang sangat.
Macam mana aku tak panjang, lembu tak makan aku,
Lembu oh lembu kenapa tak makan aku
Macam mana aku nak makan, perut aku sakit
Perut oh perut kenapa engkau sakit
Macam mana aku tak sakit, makan nasik mentah.
Nasi oh nasi kenapa engkau mentah?
Macam mana aku tak mentah, kayu api basah
Kayu oh kayu kenapa engkau basah?
Macam mana aku tak basah, hujan timpa aku
Hujan oh hujan kenapa engkau timpa aku?
Macam mana aku tak turun, katak panggil aku,
Katak oh katak, kenapa panggil aku,
Macam mana aku tak panggil, ular nak makan aku.
Ular oh ular kenapa nak makan aku
Macam mana aku tak makan, Memang makanan aku
Memang makanan aku!
Kalau berbuat sesuatu kerana manusia, jika manusia tidak menerimanya, kita akan kecewa.
Jika berbuat sesuatu kerana benda, setelah benda itu musnah, sia-sia perbuatan kita.
Hanya kita tahu kenapa kita berbuat demikian dan demikian. Dan hanya perbuatan kerana Allah sahaja yang bernilai dan berupaya membantu kita melalui titian sirat menuju ke syurga kelak. Insya Allah!
Hayatilah firman Allah ini:
“Katakanlah [wahai Muhammad] Apakah patut aku mencari Tuhan selain dari Allah padahal Dialah Tuhan bagi segala sesuatu. Setiap perbuatan dosa seseorang, dirinya sendiri yang bertanggungjawab. Dan seseorang itu tidak akan memikul beban dosa orang lain. Kemudian kepada Tuhanmulah kamu kembali dan akan diberitakannya apa yang kamu perselisihkan”
Al-an’am 164
Tiada ulasan:
Catat Ulasan